"Zaria mak andam datang pukul berapa esok pagi?" tanya Maria kepada Zaria.
"Pukul 6pagi." jawab Zaria.
"Kau akad nikah pukul berapa? sempat ke dia nak makeup kan kau?" Maria risau kalau tak sempat.
"Sempat paling lama pon 2 jam aku akad nikah pukul 9 pagi dekat rumah nie je." kata Zaria.
"Dik duduk diam kang comot pula inai nie." kata kak Lin bila tangan Zaria asyik bergerak2.
"Sorry kak Lin." kata Zaria sambil senyum.
"Mika dengan family dia dah sampai ke Zaria?" Tanya Maria lagi.
"Dah..mommy Mika call aku tadi dieorang dah sampai petang tadi, ibu dah hantar makanan untuk dieorang malam nie." kata Zaria. Ibu Zaria masak nasi ayam dan hantar ke homestay.
"Dah nak kawen kawan aku nie, lepas nie giliran siapa pula?" kata Maria sedih.
"Kaulah Maria...kan kau tengah hangat bercinta dengan mamat pejabat sebelah." kata Jue sambil ketawa.
"Memandai aje kau Alya tue kawan aku lah dari zaman sekolah menengah kebetulan dia kerja dekat pejabat sebelah so hari2 la aku jumpa dia." kata Maria sebenarnya mereka dah bercinta tapi Maria tak nak mengaku.
"Ye lah mula2 kawan lama jadi boyfriend betul tak Zaria." kata Jue sambil menjongketkan bulu keningnya kepada Zari.
"Betul la tu, hensem pon hensem padan lah tue." kata Zaria pula sambil ketawa.
"Korang berdua nie kalau bab nak mengenakan orang laju je kan." kata Maria.
"Mana pengantin lelaki, akak nak pakaikan inai." kata kak Lin sebab tak nampak bayang pengantin lelaki pon datang.
"Allah saya lupalah nak beritahu Tuan Mika suruh datang sini." kata Zaria.
"Hemmm..apa lah kau nie belum kahwin dah lupa dekat suami." kata Maria.
"Maria boleh kau hantar kak Lin dekat homestay tue." Kata Zaria.
"Boleh2 dah settle nanti saya hantar kak Lin ke homestay pihak lelaki." jawab Maria.
"Okay2..nie siapa lagi nak berinai." tanya kak Lin selepas selesai inaikan Zaria.
"Bagi saya dulu sekejap lagi nak hantar kak Lin sempat lah inai nie kering." kata Maria.
Malam berinai Zaria hanya di datangi kawan2 dan saudara sebelah ibu su. Nenek dan pak long Zaria tak datang. Meriah suasana di rumah ibu dan ayah Zaria ramai sanak saudara berkumpul walaupon rumah tak sebesar mana tapi seronok dapat berkumpul ramai2.
Share this novel