Bab 10

Romance Series 33805

Balik dari kerja Zaria, Maria dan Jue bersiap2 untuk pulang ke kampung.

Mereka berhenti makan dulu di RnR Sungai Buloh.

"Zaria ibu kau tahu ke kau nak balik nie?" tanya Maria.

"Tak, aku nak bagi suprise." kata Zaria.

"Dia ada dekat rumah tak? kang nak bagi suprise last sekali kita yang tersuprise dia tak ada dekat rumah." kata Jue pula.

"Ada, ibu aku jarang balik kampung dia boleh kira berapa kali je dia balik kampung dia dekat Pahang tue.." kata Zaria dia tahu kalau nak balik Pahang mesti nak ada dia sekali sebab gilir bawa kereta dengan ayahnya.

"Mana lah tahu ayah dan ibu kau pergi bercuti ke?" kata Maria.

"Yelah2 aku telifon jap." Zaria takut juga kang tiba2 ibu dan ayah tak ada di rumah, naya mereka bertiga tidur luar rumah.

Zaria pon bangun dari kerusi die pergi jauh sikit dari meja, sebab dekat situ sangat bising sampai tak dengar bunyi tutt..tutt.

"Assalamualaikum..ibu..apa khabar sihat ke?" Zaria beri salam.

"Waalaikumussalam...Alhamdulillah ibu sihat, Zaria sihat ke? ibu rindu dekat Zaria." kata ibu.

"Zaria sihat je ibu. Ibu ada dekat mana tue?" tanya Zaria lagi ingin kepastian.

"Ibu dekat rumah lah, ayah tak berapa sihat nie dia kata kaki tangan dia kebas2." kata ibu sambil urut tangan ayah.

"Hahh..dah bawa ayah pergi hospital ke ibu? bahaya kalau biar.. tue macam tanda nak jadi strok je." Zaria dah mula nak cemas, dia risau kalau jadi apa2 pada ayah atau ibunya tue.

"Puas dah ibu pujuk Zaria, kamu tahu la ayah kamu tue macam mana keras kepala." kata ibu.

"Tak apalah tunggu Zaria balik ye ibu, nanti kita pujuk ayah sama2 pergi hospital." kata Zaria sambil berjalan menuju ke meja makan tadi.

"Zaria nak balik malam nie ke? bahayalah nak, balik esok pagi2 je." tanya ibu.

"Tak boleh ibu, Zaria dah risau dekat ayah. Sekarang Zaria dah ada dekat RnR Sungai Buloh, Zaria balik dengan kawan2 nie." kata Zaria.

"Yelah baik2 ye jangan bawa kereta laju2 ye.. bahaya." kata ibu.

"Okay ibu, kalau ibu nak tido dulu pergilah nanti Zaria dah sampai, Zaria call ibu." kata Zaria.

"Okay sayang, tolong hati2 ye." jawab ibu.

"Okay ibu, bye2." kata Zaria lagi dia berjalan laju.

Sampai di meja makan yang Maria dan Jue duduk Zaria pon bercerita mengenai ayahnya. Mereka ambil barang dan berjalan ke kereta Zaria.

Sepanjang perjalanan Zaria hanya berdiamkan diri, dia tak boleh bayangkan seandainya ayah dia juga pergi seperti abi dan umi, macam mana la kehidupan dia selepas nie.

Selama nie pon banyak benda dia kongsi cerita dengan ayah dan ibunya tue. Dari bab pelajaran sampai lah hal kerjanya sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience