Bab 32

Romance Series 33805

Dalam kereta Zaria hanya diam, Mika dan mommynya saja yang banyak berborak sepanjang perjalanan nak smpai ke Pavilion.

Sebaik saja sampai Zaria berjalan seiringan dengan Puan Sri Soraya. Mika hanya ikut dari belakang.

"Zaria kita makan dulu okay." kata Puan Sri Soraya.

"Saya ikut je aunty, tanyalah Tuan Mika dulu."kata Zaria.

"Mika kita berenti makan dulu dekat sana ye." Kata Puan Sri Soraya.

"Okay mommy." Jawab Mika.

Mereka betiga pon berjalan menuju ke sebuah restoran yang ada Di dalam Pavilion. Puan Sri Soraya minta diri pergi ke tandas dulu.

"Mommy nak ke toilet dulu, uoll order la dulu." Puan Sri Soraya minta diri ke toilet.

"Okay aunty." Kata Zaria.

Mika perhatikan mommy, bila bayang mommynya hilang dari pandangan dia mulakan perbualan.

"Zaria awak tahu ke plan mommy i." Tanya Mika.

"Plan apa ye Tuan Mika?" Zaria pelik dengan soalan Mika.

"Plan nak jodohkan awak dengan i." Kata Mika sambil tangan silang peluk tubuh.

"Hahhh..Saya tak tahu Tuan Mika. Betul saya tak tahu." Terkejut Zaria bila dengar Mika kata begitu.

"Mommy I nak i kenal2 dengan awak, sedangkan mommy I tahu yang i sudah ada Dina. Mana mungkin I nak terima awak." Kata Mika masam mukanya.

"Tak apa Tuan Mika, nanti saya cakap dengan Puan Sri Soraya." Kata Zaria.

"Baguslah..awak cakap je dengan Puan Sri Soraya yang awak dah ada pilihan sendiri." Mika bagi cadangan.

"Tapi saya dah beritahu Puan Sri yang saya masih belum ada yang punya." Jawab Zaria.

"Ooo..patutlah dia nak sangat I nie kenal2 dengan awak." kata Mika.

"Macam mana nie Tuan Mika?" Tanya Zaria.

"Tak apa tue awak Tak perlu risau pandai la i cakap dengan mommy I nanti." kata Mika.

Tak lama kemudian Puan Sri Soraya pon sampai dari tandas, dia duduk sebelah Mika.

"Zaria dah order makan belum?" Tanya Puan Sri Soraya.

"Dah aunty saya order roti bakar je, yang aunty punya je belum order, saya Tak tahu aunty nak makan apa." Kata Zaria.

"Tak apa aunty order sendiri, Mika dah order ke?" Tanya Puan Sri Soraya kepada anaknya.

"Dah Mika order roti bakar juga." Kata Mika sambil pandangan ke arah Zaria.

"Amboi sehati sejiwa nampak, pakai baju warna sama, makan pon yang sama. Mommy rasa uoll nie memang serasi." Kata Puan Sri Soraya dengan senyuman lebar.

"Ishh..tak ada lah aunty, kebetulan je tue." Kata Zaria dia baru perasan yang makanan dia order sama dengan Mika.

"Kalau betul apa salahnya, aunty suka je." Kata Puan Sri Soraya.

Selepas makan Mereka berjalan menuju ke sebuah butik pakaian, Puan Sri Soraya mahu belikan Zaria baju, Tapi Zaria menolak. Dia tak mahu terhutang budi dengan Puan Sri Soraya, Dia takut nanti Mika salah faham pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience