Selepas saja majlis selesai, mommy dan daddy Mika minta diri pulang ke Kuala Lumpur, esok ada kenduri anak kawan Tan Si Ilham. Mika rasa janggal berada di rumah ibu ayah Zaria disebabkan mereka terpaksa duduk satu bilik.
"Awak nak mandi ke? Kain tuala dekat atas katil, kain pelikat pon atas katil sejadah saya dah bentangkan." kata Zaria sambil tunjuk barang yang disebut nya di atas katil.
"Okay tq." kata Mika selamba.
"Saya turun bawah dulu ye." kata Zaria.
"Okay2." jawab Mika.
Zaria dengar bunyi suara orang bersembang dekat bawah, bila dia turun dia nampak nenek dan pak long nya ada di situ.
"Bila nenek sampai? nenek sihat?" tanya Zaria.
"Aku sampai nie maknanya aku sihat lah." kata Nenek dengan bongkaknya.
"Nenek dah makan ke? kalau tak makan lagi Zaria hidangkan." kata Zaria dengan senyuman.
"Tak payah aku datang bukan nak makan, aku datang nie nak kau tukar nama rumah bapak kau tue ke atas nama aku." dengar nada marah nenek Zaria berkata.
"Mak apa nie? kenapa perlu buat macam nie. Kesian dekat Zaria." Kata ibu menangis bila mak mertuanya kata begitu kepada anaknya.
"Nek kalau Nek nak rumah tue amik lah, tapi janganlah layan Zaria macam orang asing, Zaria nie kan cucu nenek." kata Zaria dengan nada sedih.
"Aku nak kau tukar juga nama rumah tue, aku tak nak nanti bila kau dah kena cerai nanti kau tuntut pula rumah tue." nenek berkata dengan senyum sinisnya.
"Mak apa nie, jangan lah buat Zaria macam tue dia kan darah daging mak juga sepatutnya mak doakan benda yang baik bukan doakan yang buruk2." Ayah pula berkata dengan tegas.
"Kau nie usu kenapa bela sangat budak nie? dia bukan anak kandung kau pon." marah pak long.
"Walaupon dia bukan anak kandung aku, dia amanah dari angah untuk aku, kau dengan mak untuk jaga dia tapi korang berdua hanya tahu nak harta angah saja." kata ayah dengan lembut.
"Budak nie dari kecil kan memang pembawa bala, tak nak aku jaga budak pembawa bala nie." kata pak long dengan sombongnya.
"Ya Allah sampai hati kau cakap macam tue, aku jaga dia dari kecil tak ada pon dapat apa2 bala." Ayah dah mula nak marah bila anak yang dia jaga dari kecil di katanya pembawa bala.
"Tak lama lagi kau dapatlah bala dari dia tue." kata pak long lagi.
"Ya Allah tak baik long kau kata begitu." Ayah marah.
"Aku tak kisah, sejak mak bapa dia mati dia bukan lagi cucu aku." Kata Nenek dengan muka selambanya.
"Nek janganlah buat Zaria macam nie." Zaria menangis sedih.
"Lantak kaulah, aku nak nanti kau bagi aku geran rumah yang dah tukar atas nama aku." kata nenek terus bangun dari sofa.
"Mak cuba mak tengok muka cucu mak nie, tak kesian ke dekat dia." Kata ibu sambil menangis.
"Dah jom along kita balik, lama dok sini buat darah tinggi aku naik je." kata nenek sambil ambil beg dan keluar pintu.
Mika dengar dari atas dia tak nak turun kang dikatakan menyibuk pula, Zaria menangis di sangka neneknya datang untuk meraikan hari bahagianya tapi sebaliknya. Ibu Zaria peluk anaknya.
Share this novel