Bab 42

Romance Series 36963

Selepas solat subuh Zaria mengemas biliknya dan kejutkan kawan2 bangun untuk siap2 makeup. Zaria di hias sangat cantik naik seri muka pengantin.

"Cantiknya kau beb, lepas nie aku tak boleh lah nak bergosip dengan kau dah." kata Maria.

"Ala..kau nie saje kan nak bagi aku nangis pagi2 nie."kata Zaria sambil menahan diri dari menangis.

"Jangan nangis nanti habis comot makeup tue."kata Jue tapi dia sendiri pon dah mengalir airmata, Lia pon turut nangis.

"Kau la nie Maria buat aku nangis." kata Zaria sambil lap airmata dengan berhati2.

Mereka yang dalam bilik tue ketawa termasuk mak andam. Setelah selesai makeup Zaria tukar baju pakai baju nikah, Zaria kelihatan sangat cantik. Design baju nikah Zaria pilih sendiri dia nak macam baju kurung riau yang berlace dan ada manik di tangan.

Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi rombongan lelaki sudah bersedia untuk bertolak pergi ke rumah ibu. Akad nikah berlangsung pukul 10pagi mereka datang awal untuk mak andam touch up sikit Mika.

Selepas akad nikah baru mereka semua gerak ke dewan untuk bersanding. Di dalam dewan riuh dengan suara tetamu yang datang. Mika dan Zaria berjalan ke arah pelamin yang dihiasi cantik.

Semua terpegun melihat Zaria yang sangat cantik dan berseri, mommy Mika paling bahagia melihat Zaria masa tue.

"Ya Allah..kak long tengok cantikkan Zaria." kata Puan Sri Soraya.

"Ye mommy, cantik sangat." kata Kak long Mika yang bernama Aina.

"Minta Mika nanti hargai lah Zaria tue."Kata kak Long.

"InsyaAllah..Mommy pasti Mika akan bahagiakan Zaria." jawab Puan Sri Soraya.

"Mommy sorry angah lambat.. Eisya nie tiba pula sakit perut." kata kak ngah Aida anak keduanya tiba sakit perut pagi tue.

"Tak apa2 majlis baru nak mula nie." kata Puan Sri Soraya.

"Bertuahnya mommy dapat menantu cantik." kata kak ngah.

"Tengoklah pilihan mommy." dengan bangganya Puan Sri Soraya berkata.

Sebelum ke dewan Mika dapat panggilan dari Dina, Dah seminggu dia tak jumpa dengan buah hatinya itu. Dina merajuk bila dia orang terakhir dapat tahu yang Mika akan berkahwin dalam masa seminggu lagi.

"Baby u dekat mana? u jangan lah teruskan perkahwinan tue. U dah tak sayang i ke?" kata Dina menangis2.

"Tak bolehlah sayang. U janganlah menangis macam nie." Mika tak senang duduk bila dengar Dina menangis.

"Sepatutnya I yang kahwin dengan U bukan perempuan tu." kata Dina teresak nangis.

"I kan dah janji i akan kahwin dengan dia sementara aje." pujuk Mika.

"I tak rela u kahwin dengan perempuan tue U hak i sorang je." kata Dina.

"Sayang jangan macam nie, nanti i balik KL I jumpa U okay." kata Mika cuba pujuk Dina.

"U kena janji dengan i, U jangan tidur dengan perempuan tue U hak i sorang saja." kata Dina tersedu2.

"Ye2..I janji dah jangan menangis lagi okay." pujuk Mika lagi.

"I rindu kat u, I'm sorry sebab marah u hari tue." Dina buat suara manjanya.

"It's okay nanti kita jumpa ye. I have to go now." kata Mika bila dengar suara mommynya ketuk pintu bilik.

"Okay baby bye. I love u so much." kata Dina.

"Okay. I love u too." jawab Mika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience