Kampung halaman Zaria terletak di Teluk Intan Perak, sepanjang perjalanan nak sampai ke rumah Zaria fokus, keadaan jalan yang gelap dan tak banyak kereta lalu buatkan dia takut sikit.
Selamat ada yang teman dia balik tadi. Banyak dah kejadian samun area situ.
"Zaria jauh lagi ke?" tanya Maria.
"Tak jauh dah, dalam 15 minit lagi sampai la." jawab Zaria.
"Kau letih tak, meh sini aku bawa pula." Kata Maria.
"Ikut letih memang letih tapi sini bahaya kalau nak berhenti. Tunggu dekat depan sana ada petronas kita tukar dekat sana." kata Zaria cuba menggerakkan badannya.
"Okay2." jawab Maria.
Zaria fokus kembali ke pemanduan dia. Satu lagi kelebihan Zaria hijab terbuka, dia boleh nampak makhluk dari alam lain.
Dia tak nak beritahu kepada kawan2 nya takut mereka terkejut dan takut. Sampai dekat petronas yang dikatakan mereka bertukar pemandu.
"Maria aku nak pergi tandas jap." Zaria keluar dari kereta mahu ke tandas.
"Aku nak ikut." Kata Jue.
"Okay jom." Zaria tunggu Jue keluar kereta.
Maria tunggu di dalam kereta, walaupon kawasan bercahaya Maria tetap kunci pintu kereta.
Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam, masih awal tapi kereta tak banyak lalu kawasan tersebut.
Zaria lalu situ sebab nak lagi cepat sampai, kalau ikut satu lagi jalan jauh dia kena pusing untuk sampai ke kampungnya.
Setelah selesai membuang hajat, mereka berdua menuju ke kereta. Zaria terkejut ada sesuatu duduk di belakang Maria.
"Allah.." Zaria terhenti dari berjalan.
"Kenapa Zaria?" Jue pon ikut sama berhenti dari jalan.
"Hahh..tak ada apa2 kau boleh tolong belikan aku air mineral tak?" Zaria menuruh Jue belikan air.
"Nak berapa botol?" tanya Jue.
"Kau beli 1 je." kata Zaria.
"Okay." Jue pon berjalan menuju ke dalam kedai petronas.
Zaria hanya berdiri jauh sambil baca ayat suci Al quran dan hembus kuat.
"Kau jampi apa Zaria?" Tanya Jue.
"Tak ada apa lah..aku tunggu kau datang lah." Zaria terkejut bila Jue ada belakang dia.
"Nah air yang kau nak." Jue hulur air mineral ke arah Zaria.
"Tq..sampai kampung aku nanti, aku ganti balik duit kau ye." kata Zaria sambil berjalan ke pintu.
"Tak payah lah." Jue terus buka pintu belakang dan masuk ke dalam kereta.
Zaria pandang ke tempat duduk belakang dah tak ada pocong yang duduk. Zaria tarik nafas panjang dan hembus dengan kuat sambil berkata.
"Aku tahu kau ada dekat sini, aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku. Aku tak takut pada kau, aku cuma takut pada Allah tuhan yang satu."
Habis berkata begitu Zaria terus masuk ke dalam kereta, dia duduk di sebelah Maria.
Maria mulakan perjalanan dengan membaca doa kenderaan dan doa "bismillahitawakaltuallahlahawalakuatailabilah."
Zaria buka penutup botol air
mineral dan dia baca yasin dengan pelahan serta 3 qul kemudian dia tiup dalam air mineral tersebut.
"Maria kau minum dulu air nie. Jue kau pon minum air nie." Zaria minta Maria minum.
"Okay." jawab mereka berdua.
Mereka berdua minum tanpa bantah dan bertanya kenapa. Sepanjang perjalanan tue Zaria pasang surah yasin, dia pon ikut sama baca.
Share this novel