Hari yang di tunggu dah sampai, mereka berempat turun ke lobby lepas terima call dari kaunter bawah yang mengatakan Puan Sri sudah tunggu di lobby.
"Aku segan lah Zaria."kata Mira.
"Tak apa lah, korang diam je nanti."selamba je Zaria berkata.
"Kita nak naik kereta sape minggu nie, kita tak cabut undi lagi nie."kaka Jue pula.
"Haah lah...lupa banyak sangat kerja sampai tak ingat nak cabut undi."Lia menyampuk.
"Tak apa kita jumpa dulu dengan Puan Sri."kata Zaria. Mereka berempat menunggu lif.
Sampai saja di lobi mereka berjalan menuju ke kereta velfire Puan Sri Soraya.
"Assalamualaikum..Puan Sri."Ucap mereke berempat serentak sambil menghulur tangan untuk bersalam.
"Waalaikumussalam..Hai Zaria, Lia, Jue dan aaaa..."Puan Sri menjawab salam sambil menyambut huluran tangan mereka. Sampai nama Maria Puan Sri terlupa.
"Maria."Sahut Maria sambil tersenyum manis.
"Haa..Maria..uoll sihat ke?"tanya Puan Sri Soraya.
"Alhamdulillah kami semua sihat je."Jawab Jue.
"Puan Sri sihat?" Maria pula tanya.
"Alhamdulillah...saya sihat dan makin sihat nie..hahaha."Puan Sri berkata sambil tunjuk badan dia yang makin berisi sedikit.
"Ehhh..jom naik kereta saya je senang sikit."pelawa Puan Sri Soraya.
"Baik Puan Sri."Kata Zaria dan kawan2.
Maria, Jue dan Lia duduk belakang manakala Zaria pula duduk sebelah Puan Sri.
Sepanjang perjalanan mereka ke kedai makan nasi geprek tue, Puan Sri dan mereka berempat seronok berbual.
"Zaria mak ayah ada lagi ke?"tanya Puan sri. Sejak kali pertama dia melihat Zaria, dia suka dengan sikap Zaria yang lemah lembut peramah dan sopan.
"Aaa..tak ada dah Puan, umi dan abi saya meninggal masa dieorang buat haji."kata Zaria.
"Ohh..innalillahiwainnalilahirojiun..dieorang ada sakit ke?"tanya Puan Sri Soraya lagi.
"Umi memang ada sakit jantung, abi pula sihat je. Mungkin dah sampai ajal dieorang nak meninggal dekat sana." jawab Zaria dengan rasa sedih.
"Sabar ye. Nenek ada lagi ke?" Puan Sri tanya lagi.
"Nenek ada lagi.. Abi saya ada 3 adik beradik tiga tiga lelaki. Sekarang tinggal paklong dengan paksu je lepas abi meninggal." jawab Zaria menahan sedih bila dia teringat abinya.
"Oo..Zaria dah lama ke kerja dekat Ilham Holding?" Puan Sri tukar topik, dia dah tersalah topik tanya soal keluarga Zaria.
"Alhamdulillah..tahun nie nak masuk tahun ke 5 dah. Dari Tan Sri Ilham jadi bos lagi saya dah kerja situ." jawab Zaria.
"Lama juga la ye. Lia, Jue, Maria dah lama juga ke?" tanya Puan Sri kepada mereka bertiga.
"Lia baru 3 tahun puan. Jue dengan Mira sama dengan Zaria 5 tahun dah." Jawab Mira.
"Pekerja lama la nie. Okay tak Mika ambil alih syarikat tue?" Tanya Puan Sri kepada Maria, sambil tue matanya lirik ke muka Zaria.
"Alhamdulillah..okay je Puan Sri, En Mika baik je dengan staff."Jawab Maria.
"Alhamdulillah..semoga dia ikut la jejak langkah daddy dia yang sayang dan baik dekat staff.. aamiin.."Kata Puan Sri sambil meraut tapak tangan ke mukanya.
"InsyaAllah.aamiin." mereka semua mengaminkan juga.
Share this novel