Bab 45

Romance Series 36931

Sampai saja mereka berdua di rumah agam Tan Sri Ilham dan Puan Sri Soraya, mereka di jemput oleh Puan Sri Soraya yang sedia menanti selepas Mika telefon kata yang mereka mahu pulang ke Kuala Lumpur.

"Assalamualaikum anak dan menantu mommy? apa khabar sihat tak nie?"kata Puan Sri Soraya kepada Zaria dan Mika.

"Waalaikumussalam.. Alhamdulillah sihat je, mommy daddy sihat?" tanya Zaria sambil salam mak mertuanya.

"Alhamdulillah kami sihat je sayang." Kata Puan Sri Soraya.

"Jom masuk, semua ada dalam rumah menunggu Zaria sampai." Puan Sri Soraya jemput Zaria masuk ke dalam rumah.

"Yeke, kak long, kak ngah pon ada ke?" tanya Zaria, dia ingatkan kak long Mika dah balik ke US.

"Iye ada, adik bongsu Mika pon ada, masa Zaria nikah hari tue dia tak boleh balik sebab ada exam." kata Puan Sri Soraya sambil peluk bahu Zaria.

"Ooohh..ramailah kat rumah mommy nie." kata Zaria dengan segan2.

"Haah..jom2." Kata Puan Sri Soraya sambil berjalan dengan Zaria.

Mika angkat beg letak kata depan pintu rumah nanti bibik bawa beg masuk ke dalam bilik Mika. Mika masuk ke dalam rumah dia Salam dengan kakak dan abang iparnya. Kemudian dia naik ke bilik untuk mandi dan keluar jumpa dengan buah hatinya Dina.

"Mommy Mika balik lambat sikit nak keluar jumpa kawan." kata Mika kalut.

"Ya Allah budak nie, baru sampai rumah dah sibuk nak keluar jumpa kawan dia pula." mommynya marah2 manja.

"Biasalah mommy orang laki nie memang macam tue, lebih pentingkan kawan dari keluarga." kata kak ngah.

"Abang tak macam tue kan?" kata suami kak ngah.

"Selamat kak ngah dapat suami macam nie, kalau tak malam tidur luar." jawab kak ngah sambil peluk lengan suaminya.

"Sama pattern dengan abang long nie, balik kerja terus memerap dalam rumah tak nak keluar jumpa kawan."kata kak long.

"Baguslah kak long so tak ada la kak long risau, kat US kan ramai awek2 mata biru." kata adik sambil ketawa.

"Abang long kau kalau nak mata biru boleh je, tapi dia lebih pilih nak mata hitam nie." kak long ketawa suaminya hanya memandang dan ikut ketawa.

"Hahahahahaha..selamatlah abang long tue tak faham sangat bahasa melayu, kalau tak habis dia tahu kita ngumpat dia." kata kak ngah pula.

"Itulahnya..hahahah." jawab kak long sambil tepuk peha suaminya.

"Zaria letih pergi la naik berehat dulu." kata mommy.

"Zaria naik mandi solat dulu ye." kata Zaria sambil bangun dan berjalan naik tangga.

"Okay2 bilik Mika sebelah kanan pintu warna putih, dia je pintu warna putih yang lain semua sama warna, fanatik betul Mika dengan warna putih." kata kak long.

"Bertabahlah Zaria." kata kak ngah pula.

Zaria pon masuk ke dalam bilik Mika, dia terpegun melihat hiasan dalam bilik Mika semua berwarna putih, ada 5, 6 barang aje yang warna lain cantik bersih je. Zaria masuk ke bilik air cantik tersusun mandian yang botol nya berwarna putih kagum dia dengan Mika sebab seorang pembersih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience