Bab 37

Romance Series 34882

Puan Sri Soraya minta Mika dan Zaria pergi fitting baju pengantin, tapi Mika beri alasan yang dia banyak kerja Dan tak dapat pergi.

"Zaria borang belah lelaki sudah siap Di isi nanti boleh la Zaria lengkapkan belah perempuan pula." kata Puan Sri Soraya.

"Ooo..ye ke okay aunty." Jawab Zaria.

"Janganlah panggil aunty, panggil mommy tak lama lagikan Zaria nak jadi menantu mommy." Kata Puan Sri Soraya sambil pegang tangan Zaria.

"Hehehe..kekok pula nak panggil mommy." Zaria berkata sambil gelak2.

"Kena biasakan diri tue, Zaria dah pergi jumpa dengan nenek Zaria ke?" Kata Puan Sri Soraya ikut sama ketawa.

"Belum lagi ingatkan minggu nie nak balik hantar borang pastu pergi sekali rumah nenek saya."kata Zaria dia kalau boleh malas nak jumpa dengan neneknya itu.

"Elok la tue, sampai bila dia tak nak jumpa dengan Zaria." kata Puan Sri Soraya.

"Entahlah mommy kalau Zaria datang nie Belum tentu dia nak jumpa dengan Zaria." Kata Zaria sayu.

"Tak apa cubalah dulu. Nanti ajak Mika temankan sekali balik kampung." Kata Puan Sri Soraya.

"Nak ke Tuan Mika teman saya mommy." Jawab Zaria pula.

"Apa panggil Tuan Mika, Panggil Mika je sudah la tak lama lagi nak jadi suami isteri dah." kata Puan Sri Soraya.

"Hehehe." gelak Zaria.

Zaria pergi ke bilik pejabat Mika dan beritahu yang dia mahu balik kampung minggu depan Dan dia mengajak Mika untuk bersama2 balik ke kampung tapi Mika menolak katanya minggu depan dia banyak meeting.

Zaria dah check dengan PA Mika, minggu depan jadual Mika memang kosong tapi Zaria tahu yang Mika memang tak nak temankan dia.

Zaria sudah siap kemas barang masuk ke dalam keretanya tiba ada sebuah kereta range rover warna putih berenti didepan rumahnya. Zaria macam kenal kereta tu.

"Assalamualaikum..kenapa Tuan Mika datang ke rumah saya?" Zaria beri salam.

"Waalaikumussalam.. Jom saya hantarkan awak balik kampung, alang2 boleh saya jumpa nenek awak sekali." Kata Mika dengan selamba.

"Hahh..bukan awak busy ke minggu nie." Tanya Zaria.

"Saya kan bos, suka hati sayalah nak amik cuti." Kata Mika pula.

"Lupa pula awak bos." Zaria tersenyum sinis.

"Dah masukkan barang awak dalam kereta saya." Kata Mika.

"Okay." Jawab Zaria. Zaria pelik kenapa pula dia bahasakan dirinya 'saya' selalunya dia bahasakan diri 'i', tahu lah dia tue ada darah kacukan nak ber'i'2 sangat..

Mereka dalam kereta hanya diam Sampai la dekat petronas Mika berenti mahu ke tandas. Waktu tue Dah nak masuk maghrib Zaria kalau boleh dia nak elak berenti2 dekat Petronas yang dia pernah berenti dengan Maria Dan Mira time maghrib nie.

"Awak cepat sikit ye." Kata Zaria.

"Kenapa?" Mika pelik.

"Tak ada apa." Jawab Zaria.

Zaria dia nampak ada sesuatu yang sedang berdiri Di tepi tandas perempuan. Dia larikan pandangan kearah lain supaya dia Tak nampak makhluk yang berdiri disitu. Tiba cermin tingkap sebelahnya Di ketuk Zaria terkejut rupanya Mika.

"Awak nak Air tak?" Tanya Mika.

"Tak nak lah." Jawab Zaria dengan malas.

Zaria curi pandang ke arah tandas Dah tiada makhluk tersebut. Dia menarik nafas lega.

Share this novel

Zai Zai
2025-05-07 17:01:44 

next


NovelPlus Premium

The best ads free experience