Bab 51

Romance Series 38487

Zaria bangun dia tgk jam dah menunjukkan pukul 3 petang. Dia pandang sekeliling bilik.
"Aduii..nie sebab naik kereta dengan dia la nie, sakit habis badan2." kata Zaria sambil mengeliatkan badan.

Zaria mandi dan solat, setelah siap dia pon keluar dari bilik, dari balkoni biliknya dia nampak semua staff dah berkumpul di satu tempat dan dia dengar suara Mika sedang bercakap. Zaria pon laju turun ke bawah.

"Bos cakap apa tadi?" Tanya Zaria duduk sebelah Maria.

"En Mika terangkan aktiviti yang kita nak buat esok. Kau kenapa lambat nie?" kata Maria.

"Aku tertidur tadi, sakit2 badan aku naik kereta bos kau tue." Kata Zaria sambil picit bahunya.

"Hahahaha..dah nama isteri kena la ikut suami dia." Maria gelak tengok gelagat Zaria.

"banyak lah kau."kata Zaria sambil tampar perlahan peha Maria.

Petang tue aktiviti bebas, semua berjalan ke kawasan pantai ada yang mandi manda, ada yang lepak je.

Selepas makan di kafe yang ada di resort tue Zaria mencari ibu mertuanya.

"Hai adik, abang Mika mana?"tanya Zaria sambil duduk di kerusi sebelah adik iparnya.

"Amboi kak Zaria sampai2 terus tanya abang Mika." kata adik Mika.

"Tak akak nak tanya mana dia letak botol minyak angin akak, semalam akak letak dalam beg baju." sambil tersenyum Zaria menjawab.

"Zaria kenapa? tak sihat ke?" tanya Puan Sri Soraya.

"Zaria sihat je, cuma bahu nie sakit tue yang nak tanya Mika mana dia letak minyak angin tue." Zaria jawab sambil picit2 bahu dia yang sengal2.

"Sini mommy picitkan." panggil Puan Sri Soraya suruh duduk dekat dengannya.

"Eh..tak apa mommy nanti dah ada minyak angin tue Zaria sapu lah kt bahu nie." Zaria menolak, dia segan kalau mak mertuanya urut. Karang ada pula yang mengata dia mengada2.

"Tue abang tengah main bola tampar pantai dengan staff pejabat." Kata adik Mika.

"Emmm...tak apalah nanti je la Zaria tanya." Zaria pandang ke arah pantai.

"Zaria dah makan ke?'Tanya Puan Sri Soraya kepada Zaria.

"Dah mommy." Jawab Zaria sambil tersenyum.

"Kakak malam kang jom kita pergi pasar malam kata depan sana tue, tadi adik ada tanya kt staf yg kerja kata sini, die orang cakap hari nie ada pasar malam." ajak adik Mika.

"Boleh juga akak pon dah lama tak pergi pasar malam." jawab Zaria sambil anggukkan kepalanya.

"Okay nanti lepas maghrib adik datang bilik akak."kata adik bongsu Mika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience