"Sabar tau Zaria. Tak sangka si Lily tue buat kau macam tue." kata Maria dia terkejut tengok apa yang Lily dh buat pada Zaria.
"Aku tak tahu apa salah aku dengan dia Maria, sampai dia malukan aku depan orang ramai." kata Zaria sambil lap airmata.
"Aku rasa dia tue dah gila, kalau kau nak tahu sebelum kau start kerja kat sini, dah ramai staff baru berhenti disebabkan dia dengan geng mulut puaka dia tue." kata Maria.
"Kenapa perlu malukan aku macam nie, siap ada yang rekod video, Ya Allah malunya aku." Zaria menangis sambil tekup tapak tangan ke mukanya.
"Dah2 kau jangan nak fikir sangat nah kau pakai dulu sweater aku nie." kata Maria. Selamat Maria ada bawa sweater hari nie.
"Tq Maria, kau memang sahabat sejati aku." kata Zaria, mengalir air matanya.
"Apa masalah awak nie Lily? Saya dapat aduan mengenai awak nie dah banyak." Marah en Samad.
"Saya tak ada masalah dengan sesiapa pon, tapi Zaria yang buat hal dulu, dia cuba nak rampas kekasih saya." Kata Lily buat muka sedih.
"Awak tak boleh nak asingkan kerja dengan peribadi ke? saya dapat aduan yang awak nie memang suka buli dia." Marah en Samad lagi.
"Tak..mana ada saya buli dia. Saya nak mengajar dia. Nie mesti dia yang mengadukan." Kata Lily.
"Tak.. Dia tak ada ngadu apa2 pon pasal orang buli dia ke, kutuk dia ke." Kata en Samad.
"Ye lah tue.. Saya tahu la en Samad suka dekat Zaria." Sambil menjuih mulut Lily berkata.
"Ya Allah..sampai macam tue sekali awak fitnah saya? Saya kalau suka Zaria sekali pon dia saya dah anggap macam anak saya tahu." Marah en Samad.
"Maaf en Samad." Lily minta maaf sambil tunduk kepalanya.
"Saya bagi awak warning kali ke 3 kalau awak buat hal lagi, lepas nie saya tak teragak2 tukarkan awak ke cawangan di Melaka." kata en Samad, dia tak tahu yang betul2 Lily ditukarkan ke Melaka esoknya.
"Baik..Saya minta maaf en Samad." kata Lily.
"Tak payah minta maaf dekat saya, minta maaf dekat Zaria." kata en Samad.
Video pergaduhan antara dia dengan Lily sudah tersebar sampai ke pihak atasan.
Mika turun ke tingkat 6 dengan muka yang masam.
"Kenapa tue muka masam je en Mika." Tanya Yan kepada Seri.
"Entah lah." jawab Seri
"Takut aku tengok muka en Mika tue." Kata Yan.
Mika berjalan ke bilik en Samad, masa lalu di depan meja Zaria, Mika toleh sekilas dan laju dia berjalan ke bilik en Samad.
"Tukk..tukk." Mika ketuk pintu.
"Masuk." kata en Samad.
"Ehh..en Mika, jemput duduk, ada apa nie." Tanya en Samad.
"Nie apa nie?" Mika tunjuk video yang tular.
"Hemmm...dah settle dah hal nie en Mika." kata en Samad dia tahu mesti cepat tersebar tentang tadi.
"Macam mana benda macam nie boleh berlaku dalam syarikat nie, kalau ada klien yang datang dan tengok adegan nie tak ke malu?"kata Mika.
"Ada salah faham sikit je tadi." kata en Samad.
"Tak kira salah faham sikit ke banyak ke, benda nie boleh jatuh imej syarikat nie." Marah Mika.
"Maaf en Mika..saya akan pastikan benda nie takkan berulang lagi." kata en Samad lagi.
"Panggil semua staff dan berkumpul di bilik meeting sekarang." kata Mika.
"Baik en Mika." jawab en Samad.
En Samad pon email ke semua staff yang di bawah selianya untuk ke bilik meeting sekarang.
Semua staff sudah berkumpul dalam bilik meeting, Mika dan en Samad pon berjalan masuk ke dalam bilik meeting.
"Assalamualaikum dan selamat petang.. Saya dapat satu video pergaduhan di pantri tengahari tadi. Saya tak nak tahu siapa salah siapa betul, saya tak nak benda nie berulang lagi. If things like this continue to happen, strict action will be taken. understand!!!" tegas nada Mika sambil pandang muka seorang demi seorang.
"Satu lagi siapa yang dah post pasal video tue kedalam mana2 platform sosial media minta segera padam sebelum tindakan di ambil." kata Mika lagi.
"Dah bersurai."
"Saya nak yang bergaduh tadi salah seorang tukar ke cawangan Melaka. Berkuatkuasa hari esok." kata Mika kepada en Samad.
"Baik en Mika." jawab en Samad.
Mika pon berlalu pergi, en Samad masuk ke dalam pejabatnya dan dia sediakan surat pertukaran kerja ke cawangan Melaka.
Share this novel