Bab 4

Romance Series 16147

Zaria dan yang lain dah balik ke pejabat. Masa dekat lif mereka terserempak dengan Mika dan Puan Sri Soraya.

"Assalamualaikum, Puan Sri dan En Mika." Zaria beri salam.

"Waalaikumussalam... Baru balik lunch ke? makan dekat mana tadi?"tanya Puan Sri Soraya.

"Haah... Puan sri..kami makan dekat sukiya je tadi, sebab rehat lama jadi kami keluar jauh sikit." kata Maria.

"Ooo...tahu tadi saya ikut uoll. Lain kali boleh ke saya join sekali." Kata Puan Sri Soraya sambil kenyit2 mata.

"Boleh je Puan Sri. Minggu depan hari jumaat kami plan nak makan dekat nasi geprek." Kata Zaria.

"Haaa...boleh2 pukul berapa uoll rehat? boleh kita pergi sama2." Puan Sri pegang tangan Zaria dengan gembira.

"Kami keluar rehat pukul 12.30 habis rehat pukul 2.30ptg."Kata Zaria lagi, yang 3 orang tue diam malu dan segan. pertama kali dapat naik lif bersama bos dan ibu bos.

"Okay baik.minggu depan uoll tunggu saya ye."kata Puan Sri.

"Baik Puan Sri." Jawab Zaria.

Sampi je level 6 mereka keluar dari lif dan tinggalkan Mika dan Mommynya di dalam lif.

"Zaria kenapa kau ajak Puan Sri." kata Maria.

"Tak salahkan kita keluar sekali dengan Puan Sri. Dia bukannya naga yang makan orang." jawab Zaria.

"Masalahnya seganlah nanti." Kata Jue.

"Kita buat biasa2 je, jangan la kita tunjuk yang kita segan dengan dia." Kata Zaria.

"Nanti kau je la layan dia, aku tak tahu nak bual apa dengan dia."Kata Lia sambil cuit bahu Zaria.

"Ye lah nanti aku layan dia." jawab Zaria.

"Bagus." kata Lia.

Mereka masing2 berpecah dan pergi ke meja kerja. Zaria memang peramah, tak kira siapa pon orang tue mesti dia akan berbual.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience