"Mommy buat apa dekat sini?"terkejut Mika nampak mommynya di pejabat.
"Kebetulan mommy lalu dekat sini, mommy singgahlah. Nak tunggu anak lelaki mommy yang sorang nie balik rumah entah la."Puan Sri Soraya buat muka merajuk.
"Mika busy la mommy." kata Mika sambil tarik kerusi suruh mommy duduk.
"Itu je la alasan Mika. busy..busy..busy, daddy busy pon ada je masa dengan mommy."kata Puan Sri Soraya.
"Daddy lain la, karang dia tak balik mommy juga yang syak bukan2."kata Mika.
"Ada je alasan kamu nie Mika."geram je Puan Sri Soraya tengok perangai anaknya yang suka menjawab.
"Heheheh...mommy dah makan ke? kalau belum jom Mika teman mommy Makan."Mika pujuk mommynya.
"Belum, mommy datang nie nak ajak Mika makan lah." kata Puan Sri Soraya.
"Selamat Mika ada dekat opis kalau tak tadi sia2 je mommy singgah."kata Mika.
"Jom Mika belanja mommy makan dekat hotel depan sana tue, Mika dengar buffet dekat situ banyak pilihan."Mika bukakan pintu bilik pejabatnya.
"Jom2 mommy dah lapar nie."kata Puan Sri Soraya.
Puan Sri Soraya dan anaknya turun ke lobby, mereka pergi ke hotel berdekatan pejabat Mika.
"Mika hari nie jumaatkan?"tanya Puan Sri Soraya.
"Haah..mommy kenapa?"jawab Mika.
"Kamu tak pergi solat jumaat ke?" Puan Sri Soraya pandang dengan muka berkerut.
"Minggu nie cuti mommy."kata Mika dengan selamba.
"Cuti apa pula, kamu bukan perempuan ada hari2 cuti."kata Puan Sri Soraya.
"Minggu nie je Mika tak pergi mommy, minggu lepas Mika pergi tau."Kata Mika bangga.
"Kamu pergi tue pon sebab daddy ajakkan, kalau tak adanya kamu nak pergi."marah Puan Sri Soraya.
"Mana ada mommy."Mika berdalih.
"Mika kamu jangan nak buat main2 bab solat nie, macam mana kamu nak bimbing keluarga kalau solat pon tonggang terbalik, ingat Mika kamu sorang je anak lelaki mommy, kalau mommy mati nanti mommy nak kamu yang solatkan jenazah mommy."kata Puan Sri Soraya.
"Ingat solat tue tiang agama. kamu tue dah tak ingat mati ke? mati nie bukan kira muda ke tua kalau dah sampai masanya akan pergi juga, apa kamu nak jawab solat tak pernah cukup, mengaji apa tah lagi lama dah mommy tak dengar kamu mengaji."marah Puan Sri Soraya dalam kereta.
"Apa mommy nie Mika muda lagi kan, nanti2 Mika taubat lah."kata Mika panas telinga dia dengar bebelan mommynya.
"Kamu ingat mati nie boleh tunggu2 ke?"Puan Sri Soraya geram je dengan sikap acuh tak acuh Mika dalam bab solat.
"Yelah2..Mika janji mika tak tinggal solat dah."kata Mika sambil pegang tangan mommynya.
"Tolonglah Mika bab2 solat nie jangan nak main2..mommy tak suka."kata Puan Sri Soraya.
Dah kena ceramah dengan Puan Sri Soraya. Mika ada 4 adik beradik dan dia sorang saja lelaki dalam familynya.
Share this novel