"Zaria aunty nak tanya nie, tapi Zaria jangan marah ye." tanya Puan Sri Soraya.
"Tanya la aunty." kata Zaria sambil minum air.
"Zaria dah ada orang yang special ke?" perlahan aje Puan Sri Soraya bertanya.
"Tak ada...kenapa aunty?" Zaria pon jawab.
"Tak ada apa..saja je aunty tanya."Kata Puan Sri sambil tersenyum lebar.
"Oo...siapalah nak kan saya nie aunty, dah la tak cantik, belajar pon sampai degree je."kata Zaria merendah diri.
"Siapa cakap Zaria tak cantik? Zaria cantik la, aunty suka dengan Zaria..kalau la aunty ada anak lelaki ramai dah lama aunty jadikan Zaria menantu aunty." kata Puan Sri Soraya sambil pegang tangan Zaria.
"Hehehehehe.." Zaria ketawa kecil.
"Zaria kalau aunty nak jadikan Zaria menantu aunty Zaria nak tak?" kata Puan Sri.
"Hahh...aunty bukan ada seorang aje anak lelakikan. En Mika kan dah ada pilihan sendiri." Kata Zaria terkejut.
"Ye aunty nak Zaria jadi isteri kepada Mika. Aunty tak suka lah de ngan makwe Mika tue si Dina." kata Puan Sri sambil buat muka.
"Aunty dah tanya En Mika ke dia setuju ke? saya tak nak la sebab benda nie nanti saya kena buang kerja."kata Zaria.
"Tak apa itu Zaria jangan risau, pandai la aunty nanti nak buat Mika setuju." jawab Puan Sri.
"Tapi aunty saya nie orang biasa2 je."kata Zaria lagi.
"Biar biasa2 dari yang ada sekarang, gedik tak reti hormat orang." kata Puan Sri. Zaria hanya terdiam bila dengar kata Puan Sri Soraya.
"Zaria jangan risau nanti aunty tanya Mika. nanti Zaria keluar la dating dengan Mika bagi serasi." Pujuk Puan Sri Soraya.
"Saya tunggu keputusan dari En Mika je la. Kalau dia setuju, saya okay je la." Kata Zaria. Dalam hati Zaria berkata
"Wow..minta2 la dia setuju, dapat lah aku kawen dgn crush aku nie."kata Zaria dalam hati.
Mereka berdua habiskan minuman dan Puan Sri Soraya minta diri dulu dia mahu pergi ke salon rambut.
Share this novel