Bab 47

Romance Series 37103

"Zaria jangan malu2 tau buat je rumah mommy nie macam rumah ibu Zaria, nak makan apa2 ambil je." kata Puan Sri Soraya kepada menantunya Zaria.

"Okay mommy." jawab Zaria dengan senyuman manis.

"Mika ada beritahu ke dia pergi mana? dah beristeri pon sibuk nak jumpa kawan sampai lupa nak balik." tanya Puan Sri Soraya kepada Zaria.

"Tak apa mommy seminggu kan dia tak jumpa kawan dia, biar lah boleh Zaria luangkan masa dengan mommy." Kata Zaria saja salahkan perhatian Puan Sri Soraya dari tanya soalan pasal Mika.

"Okay juga kan... Zaria lepas nie nak kerja lagi ke? ke nak duduk rumah je." Tanya Puan Sri Soraya.

"Zaria ikut Mika je, kalau dia suruh Zaria berhenti kerja Zaria ikut je, kalau dia suruh kerja pon Zaria okay." Jawab Zaria.

"Baik duduk rumah je boleh lah selalu temankan mommy, mommy pon sorang kat rumah daddy kalau jumpa kawan dia dah tak ingat mommy kat rumah." kata mommy buat muka sedih.

"Hahhh..ngumpat daddy ye?" kata Tuan Sri Ilham yang baru tengah turun tangga.

"Bukan mengumpat tapi bercerita dengan menantu kita nie, U tue kalau jumpa kawan mesti lupakan i kat rumah." kata Mommy.

"Mana I lupa, i sentiasa ingatkan bidadari i nie." kata daddy sambil peluk mommy dari belakang/

"Amboi mommy romantiknya."tegur kak long yang baru turun tangga.

"Mana ada romantik, kalau nak tengok romantik kena tunggu orang tak ada dalam rumah nie." kata daddy.

"Hahahaha.. Mommy dengan daddy nie memang macam nie sentiasa romantik, depan kami pon daddy suka peluk mommy." kata kak ngah yang sama turun tangga dengan kak long.

"Untunglah mommy dapat suami yang romantik macam daddy, zaman sekarang susah dah nak dapat suami yang romantik nie." kata Zaria pula.

"Betul tue Zaria." jawab kak long dan kak ngah serentak.

Seronok Zaria tengok kemesraan antara daddy, mommy dan anak2nya. Bertuah anak2 Puan Sri Soraya yang dapat mak yang selalu ambil berat pasal anak.

"Dah jom la kita makan dulu, nak tunggu Mika nie mommy rasa dia dah makan kat luar nie." kata mommy sambil pegang tangan daddy.

"Jomlah kak long dah lapar sangat nie." kata kak long.

Mereka semua bangun dan menuju ke meja makan. Semasa makan kak long bertanya kepada Zaria.

"Zaria nanti kerja lagi ke?"kak long bertanya.

"Tak tahu kak long, Zaria tunggu keputusan dari Mika je nie. Kalau dia suruh Zaria kerja, Zaria kerja je kalau dia suruh berhenti Zaria berhentilah, tapi Zaria sayang nak berhenti dah 5 tahun lebih dah Zaria bekerja dekat sana." Jawab Zaria.

"Apa kata Zaria berhenti kerja pastu buat bisnes sendiri." kak ngah beri cadangan kepada Zaria.

"Tak cukup modal lagi la kak ngah nak buat bisnes." Jawab Zaria. Dia ada sedikit simpanan tp itu untuk dia sambung belajar nanti.

"Apa susah minta aje kat Mika tue duit." kata kak long sambil suap nasi ke mulut anaknya.

"Ishh...malu lah Zaria baru kahwin dah minta duit kang dia kata Zaria nie mata duitan pula." Kata Zaria sambil tersenyum.

"Tak pon minta la mommy dan daddy sponsor." Kata adik.

"Boleh kan mommy daddy." tanya adik lagi sambil kenyit mata.

"Mommy daddy okay je tapi tunggu keputusan dari Mika la."kata daddy, mommy pula hanya menangguk setuju.

"Kak Zaria nak buka kedai apa?" tanya adik.

"Akak nak buka kedai bunga, akak suka bunga dan suka gubah bunga." kata Zaria sambil bayangkan kedai bunga yang dia impikan.

"Bagus kalau Zaria buka kedai bunga nanti mommy boleh datang beli bunga kat kedai Zaria je dapat diskaun." kata mommy sambil ketawa.

"Mommy kalau bab bunga memang lah. Tengok dalam rumah nie penuh bunga segar 2 minggu sekali mesti tukar bunga." kata kak long sambil menjuih mulut menunjuk dalam rumah.

"Mestilah nak nampak rumah tue ceria dan cantik kena lah hiasi dengan bunga2 segar, ia juga jadi terapi mata dan minda." jawab mommynya.

"Yelah mommy, selamatlah tak turun pada kami suka pada bunga." kata kak ngah pula.

"Rugilah, betul tak Zaria?." kata mommy kepada Zaria.

"Betullah tue." Jawab Zaria dengan senyuman.

"Sekarang mommy dah ada geng bunga." kata daddy.

Mereka di meja makan ketawa gembira, Daddy seronok anak2 nya berkumpul ramai2 macam nie, 2 hari lagi kak long dah nak balik ke US, kak ngah nak balik ke Melaka dan adik pula akan masuk asrama balik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience