Series
38487
Selepas beberapa hari mereka berdua berada di kampung Mika ajak Zaria balik ke Kuala Lumpur Zaria agak berat hati nak balik, sebab cuti dia ada tinggal 4 hari lagi tapi nak buat macam mana dia kenalah ikut cakap suaminya itu.
"Nanti kami balik lagi, Mika dah kena start kerja dah esok ada kena jumpa client penting."kata Mika sambil angkat beg masuk ke dalam bonet kereta.
"Tak apa pergilah ibu faham, Mika bos besar mana boleh cuti lama2." kata ibu yang masih peluk Zaria.
"Terima kasih ibu sebab faham kerja Mika." kata Mika.
"Bawa kereta elok Mika." kata ibu.
"InsyaAllah ibu." jawab Mika.
"Mika tolong jaga puteri ayah nie dengan baik, kalau kamu dah tak sayang atau dah tak bahagia dengan dia pulangkanlah dia dengan cara yang baik dekat ayah ibu." kata ayah sambil tepuk bahu Mika.
"InsyaAllah ayah saya akan cuba bahagia kan Zaria ayah janganlah risau." kata Mika sambil pandang ke arah Zaria yang masih dalam pelukan ibu.
"Terima kasihlah Mika sebab sudi terima anak ayah nie." Kata Ayah lagi.
"Sama ayah, dah jom awak kang lambat pula sampai KL." Kata Mika selepas salam tangan ayah.
"Ayah Zaria balik dulu." kata Zaria sambil salam tangan ayah.
"Dengar cakap suami kamu nie, jangan melawan suami." pesan ayah.
"Ye ayah, ibu Zaria balik dulu." Zaria salam tangan ibu pula.
"Jaga diri baik2 ye, jangan lupa solat." pesan ibu pula.
"Okay ibu, Bye ayah ibu." Zaria melambai sambil jalan pusing ke belakang.
"Assalamualaikum.. Bye2." kata Mika.
"Waalaikumussalam." jawab ayah dan ibu serentak.
Zaria keluar kan kepala ikut tingkap untuk melambai ibu dan ayah, tiba dia rasa sedih sangat sebelum kahwin elok je kalau nak balik KL, bila dah kahwin perasaan tue jadi lagi sedih.
Zaquan keluar rumah bila nampak kereta Mika lalu dan dia pon melambai.
"Siapa lelaki yang lambai kepada awak tue? boyfriend ke?" Tanya Mika sambil pandang cermin belakang.
"Ishhh..saya mana ada boyfriend lah." kata Zaria sambil lap air mata.
"Ye ke..beria dia melambai awak tadi." Kata Mika tersengih.
"Dia kawan sekolah menengahlah." Kata Zaria sambil pandang cermin sisi.
"Dia suka kat awak tue, awak jual mahal la nie." kata Mika lagi.
"Saya tak sayang tak suka dia buat apa saya nak jual mahal kat dia pula." Kata Zaria dengan nada geram.
"Jadi awak kahwin dengan saya sebab suka sayang lah nie." Mika ketawa besar sambil menyakat Zaria.
"Ehhh...jauh dah nie tersasar soalan, dah bawa kereta elok orang tengah sedih tinggal ibu ayah dia nak buat lawak pula." Zaria marah2 manja.
"Hahahahahaha.." Mika ketawa.
dont ask me why . author excited nk hbiskan cerita ni sbb idea untuk book lagi satu mcm lebih mencurah ಥ‿ಥ
Share this novel