Series
38487
Dekat lobby resort Sarah mengagihkan kunci kepada mereka, yang bujang tidur 3 orang satu bilik, mana kala yang dah berkahwin dapat satu bilik.
Sebaik dapat kunci bilik Zaria laju berjalan menuju ke bilik suite yang khas untuk dia dan Mika, Mommy daddy dan adiknya bilik lain, apa yang Zaria tahu dia mahu luruskan badannya.
"Aduhh..penatnya." kata Zaria sambil menghempas badan ke atas tilam.
"Pergilah mandi dulu." kata Mika sambil campak tuala ke arah Zaria.
"Jap lagi lah saya nak baring." kata Zaria dia rasa lega dapat baring.
"Nak baring konon karang terus lelap." kata Mika sambil buka butang bajunya, dia dah tak malu untuk tayang badannya kepada Zaria.
"Tak lah, nie awak punya pasal lah bawa kereta sport awak tue, sakit pinggang tau." kata Zaria.
"Biasalah kereta sport memang macam tue, saya dah lama tak bawa dia jalan jauh." kata Mika.
"Hemm..awak nak mandi pergilah mandi dulu saya nak baring jap." kata Zaria.
Mika malas nak layan Zaria dia terus capai tuala dan mandi bagi segarkan badan. Selepas mandi dia keluar tengok Zaria dah tertidur dengan kain tudung masih ada dikepalanya.
"Hoi..bangun lah mandi pastu boleh turun bawah makan." Mika tarik lengan baju Zaria.
"Kejap lah awak, awak nak makan pergi dulu nanti lepas solat baru saya turun pergi makan." Kata Zaria dalam keadaan mata tertutup.
"Ikut awaklah." kata Mika.
Mika pon bersiap dan dia turun ke Cafe yang disediakan. Puan Sri Soraya tegur Mika.
"Mana Zaria?" Tanya mommynya.
"Ada dalam bilik tidur." Kata Mika dengan selamba.
"La kenapa tak ajak dia turun sekali makan?." tanya mommynya.
"Dia kata lepas solat zohor baru dia turun makan." kata Mika dia tak suka orang ganggu dia tengah makan.
"Kesian dekat Zaria tue, Mika patut tunggulah Zaria mungkin dia penat naik kereta tue." Kata mommynya dia kesian dengan Zaria.
"Malaslah Mika nak tunggu Mika dah lapar nie." Kata Mika sambil makan.
"Ishh..ada cakap macam tue, dia kan isteri Mika." kata mommynya.
"Sepatutnya dia yang kena teman Mika nie makan, bukan tidur." tegas suara Mika.
"Mika tahu tak pukul berapa Zaria bangun pagi tadi siapkan breakfast dulu." Marah mommynya.
"Biarlah dia mommy, dia nak makan nanti pandai lah dia turun." kata Mika sambil suap makanan ke dalam mulutnya.
"Ya Allah.. Mika mommy tak pernah ajar Mika cakap macam nie." keluh mommynya.
Mika hanya diam lagi banyak dia cakap lagi kuat mommynya bebel, sibuk sangat dengan menantu kesayangan dia tue sampai sanggup marah Mika.
Share this novel