Bab 13

Romance Series 33805

Awal Zaria bangun dan bersiap untuk bawa ayah su pergi ke hospital, Maria dan Jue tak ikut mereka tinggal di rumah.

"Tak yah pergi la Zaria, ayah tak ada apa2 nie." kata ayah di meja makan.

"Ayah dah janji dengan Zaria malam tadikan nak pergi hospital." Zaria tarik kerusi dan duduk disebelah ayahnya.

"Jom la abang kita jumpa doktor check, Izah risau lah." kata ibu sambil pegang bahu suaminya.

"Izah la nie beritahu Zaria kan dah susahkan dia balik sini nak bawa abang pergi hospital." Ayah kata sambil mendongak ke isterinya.

"Tak ayah kebetulan aje 2,3 hari nie hati Zaria tak sedap je, tue yang Zaria ambil keputusan nak balik kampung." kata Zaria.

"Jom abang tukar baju, Izah dah siapkan semua tue." pujuk ibu.

"Yelah2.." ayah su bangun dan masuk ke bilik dipimpin oleh isterinya.

Nak tak nak ayah su terpaksa juga ikut Zaria pergi hospital Teluk Intan. Zaria berhentikan ayah dengan ibu dekat depan emergency, selepas itu Zaria cari parking.

Ibu Zaria masuk dan mengambil nombor giliran. Hari sabtu pon masih ramai orang dekat emergency.

Ayah Zaria terus dibawa ke zon merah ibu teman ayah di dalam.
Zaria terus datang ke dalam zon merah untuk berjumpa doktor.

"Assalamualaikum...pakcik saya doktor Ashraf yang amik kes pakcik pagi nie, pakcik rasa macam mana? ada sakit mana2 ke?" tanya doktor ashraf.

"Kebas tangan kaki, kepala saya sakit mata pula makin kabur."kata ayah.

"Dah berapa lama pakcik rasa jadi macam nie?" tanya doktor Ashraf.

"Baru 2 minggu." kata ayah.

"Sepatutnya pakcik kena datang selepas dapat tanda2 macam tue, tak boleh biarkan takut makin teruk." Kata doktor Ashraf sambil check bahagian kebas.

"Saya ingat tak teruk." kata ayah lagi.

"Tak boleh pakcik lepas nie kalau rasa sakit mana2 terus je ke sini, strok nie bahaya pakcik boleh bawa maut." Kata doktor sambil tulis pada kertas.

"Saya tak nak nyusahkan anak saya nie,." Kata ayah sambil memandang ke arah Zaria.

"Tak apa pakcik kalau tak nak nyusahkan dia makcik boleh call ambulan, kami boleh ambil dekat rumah." Kata doktor.

"Ye lah." ayah dah malas nak melawan cakap lagi.

"Macam mana doktor ayah saya?"tanya Zaria.

"Ini tanda2 strok ringan tapi tak apa, kami akan buat mri, ct scan tengok macam mana." kata doktor Ashraf

"Boleh pulih balik ke doktor?" tanya Zaria.

"InsyaAllah kena banyak buat terapi lah dan senaman" kata doktor.

"Okay doktor terima kasih ye."kata Zaria.

"Ibu Zaria tunggu dekat cafe ye. apa2 call je. Ayah ibu nak makan tak? kalau nak makan Zaria belikan." tanya Zaria.

"Ayah nak makan laksam kalau ada la, kalau tak ada Zaria beli la nasi lemak." kata ayah.

"Ibu nak makan apa?"tanya Zaria.

"Ibu tak nak makan la, tak lapar." ibu jawab.

"Jangan macam nie ibu nanti ibu sakit siapa nak jaga ayah." kata Zaria pujuk ibunya makan.

"Betul tue Izah tak sayang abang ke?"Ayah buat ayat sedih.

"Mesti lah Izah sayang, kalau tak sayang Izah biar je abang sakit dekat rumah." Air mata ibu mula bertakung.

"Alo2 ucuk abang nie, jangan lah nangis malu la dengan anak kita tue."Ayah pujuk ibu.

"Abang la tanya soalan macam tue."kata ibu.

Zaria peluk ibu dari belakang.

"Ibu Zaria ada tok jaga ibu dan ayah." kata Zaria.

"Terima kasih sayang" ucap ibu sambil cium pipi Zaria.

"Ibu nak makan apa nie?" tanya Zaria.

"Belikan nasi lemak lah tok ibu."

"Okay..Zaria pergi dulu ye." kata Zaria sambil keluar dari wad emergency tue.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience