"Kai," panggil Raisya.
Tengku Kaiden memandang kearah wajah cantik Raisya yang dibasahi air mata. Lama Raisya menatap wajah kacak Tengku Kaiden. Apa yang ingin dia bicarakan? Tiada kata-kata yang mampu dia keluarkan kepada Tengku Kaiden.
"Masuklah. Datin dengan Dato' tak ada, mereka keluar untuk makan dan check-up kesihatan Datin," jelas Tengku Kaiden lalu membuka pintu wad Zayyan.
Raisya melangkah masuk, dia melihat Zayyan yang terlantar diatas katil hospital dan tidak sedarkan diri. Rasa bersalahnya timbul dalam diri Raisya, berdosakah dia atas apa yang berlaku pada Zayyan?
"Assalamualaikum. Awak, saya datang nak minta maaf atas apa yang berlaku," ucap Raisya, air mata mengalir laju di pipi sehingga menititik diatas tangan Zayyan.
"Tuan muda," panggil Alex yang merisaukan keadaan tuan mudanya yang seperti kehilangan daya upaya untuk berdiri.
"Kita balik dulu Tuan, malam nanti kita datang lagi," ucap Alex yang sudah tidak tahu ingin berbuat apa ketika melihat keadaan Tengku Kaiden saat ini. Ini adalah pertama kali dia melihat sisi lemah tuan mudanya.
"Why are humans so rude? He never hurts innocent people," sukar Tengku Kaiden yang melemah.
Alex memapah Tengku Kaiden dan mengiringnya ke keretanya, tanpa basa basi mereka meninggalkan Raisya dan beberapa anak buah Tengku Kaiden untuk menjaga Raisya dan Zayyan ketika mereka tidak berada di sana.
Setelah beberapa minit mereka pergi. Suasana didalam wad menjadi sunyi sepi, hanya kedengaran suara monitor detak jantung Zayyan.
"Kau buat apa dekat sini?" soal suara wanita dari belakang Raisya yang sedang menangis menatap wajah Zayyan yang pucat dan tidak sedarkan diri.
Raisya menoleh, dia melihat Dato' Zairil dan Datin Suraya betul-betul berada dibelakangnya. Wajah merah Datin Suraya menahan amarah, manakala wajah tenang Dato' Zairil. Mereka berdua menatap wajah lesu Raisya yang sedang menangis di hadapan anak tunggalnya.
"Dato', Datin. Maafkan Raisya," ucap Raisya dengan nada gementar.
"Maafkan kau? Heh! Anak aku sedang bertarung nyawa disebabkan kau tahu tak? Kau ni memang membawa bala dalam keluarga aku!" sinis Datin Suraya lalu menolak tubuh kecil Raisya sehingga ke dinding wad tersebut.
"Suraya! Stop! Don't make it trouble," ujar Dato' Zairil.
"Are you okay?" soal prihatin Dato' Zairil.
"Get out!" bisik keras Datin Suraya dengan tatapan tajam tepat kearah mata Hazel milik Raisya.
Raisya mengangguk perlahan-lahan dan keluar dari wad tersebut. Dia menangis, Redza yang memandang kearah bakal puannya dengan rasa belas kasihan.
"Cik, kita balik dulu ya?" ajak Redza wajah sedih Raisya.
Raisya menggeleng perlahan, air matanya masih tidak berhenti mengalir. Hatinya terasa pedih dengan kata-kata Datin Suraya, tetapi dia tahu dia tidak boleh menyalahkan sesiapa. Apa yang berlaku pada Zayyan mungkin memang salahnya.
"Redza... Saya nak tunggu sekejap," suara Raisya serak, hampir berbisik.
"Tapi, cik..."
"Please..." Raisya memejamkan matanya, menahan sebak di dada.
Redza menghela nafas panjang sebelum mengangguk. "Baik, cik. Saya akan tunggu cik di luar."
Raisya menoleh kembali ke arah pintu wad. Hatinya meronta ingin masuk kembali, ingin berbicara dengan Zayyan, walaupun dia tahu lelaki itu tidak akan mampu menjawabnya buat masa ini.
Di dalam wad, Dato' Zairil memandang isterinya yang masih berdiri kaku dengan wajah marah.
"Sayang, cukup," tegur Dato' Zairil dengan nada tegas. "Kita tak tahu apa yang terjadi sebenarnya. Awak tak boleh terus salahkan budak tu tanpa usul periksa."
Datin Suraya mendengus kasar. "Abang nak saya percaya apa lagi? Dia punca Zayyan macam ni! Kalau bukan sebab dia, anak kita tak akan terlantar macam ni!"
Dato' Zairil meraup wajahnya, mengeluh panjang. Dia memahami perasaan isterinya, tetapi sebagai seorang lelaki yang sudah lama hidup dalam dunia penuh tipu muslihat, dia tahu ada sesuatu yang mereka masih belum tahu.
"Mungkin ada sesuatu yang kita terlepas pandang. Kita tunggu Zayyan sedar, dan kita dengar sendiri dari dia," ujar Dato' Zairil, berusaha untuk meredakan emosi isterinya.
"Kenapa Zayyan putuskan hubungan dengan Laura? Kalau betullah Laura tu seorang gadis yang kotor, kita boleh buat dia berubah kan?" soal Datin Suraya.
"Hati tidak boleh dipaksa, jika jodoh Zayyan adalah Raisya, maka tetaplah Raisya dan tidak semua manusia boleh berubah jika kita memaksa walau dalam keadaan apa sekalipun," jelas padat Dato' Zairil.
"It's same like us. Kenapa awak putuskan hubungan awak dengan bekas tunang awak untuk berkahwin dengan abang?" soal Dato' Zairil lagi.
Datin Suraya tidak menjawab, tetapi hatinya masih membara. Matanya masih menatap tajam ke arah pintu wad, seolah-olah Raisya masih berada di sana.
Di luar wad, Raisya terduduk di bangku panjang sepanjang hari sehingga malam tiba, wajahnya ditekup dengan kedua-dua tangan.
"Kenapa semua jadi macam ni?" bisiknya perlahan.
Dia tidak sedar bahawa seseorang sedang memerhatikannya dari jauh. Sepasang mata tajam milik Tengku Kaiden tidak beralih dari tubuh kecil Raisya yang jelas kelihatan rapuh saat ini.
"Dia tak sepatutnya menangis," ujar Tengku Kaiden perlahan, lebih kepada dirinya sendiri.
Alex yang berdiri di sebelahnya mengerutkan dahi.
Tengku Kaiden tidak membalas. Sebaliknya, dia melangkah mendekati Raisya, perlahan-lahan.
Menyedari kehadiran seseorang, Raisya mengangkat wajahnya. Matanya yang merah akibat menangis bertembung dengan mata kelam Tengku Kaiden.
"Kai..." suaranya hampir tidak kedengaran.
Tanpa sepatah kata, Tengku Kaiden membuka kotnya dan menyangkutkannya di bahu Raisya sebelum duduk di sebelah gadis itu.
"Jangan menangis lagi," katanya perlahan.
Raisya menunduk, bibirnya bergetar menahan esakan. "Saya rasa semuanya salah saya, Kai..."
Tengku Kaiden diam.
Dia tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku, tetapi satu perkara yang dia pasti—Raisya tidak patut menanggung kesakitan ini seorang diri.
"Raisya, aku tak tahu nak cakap macam mana. Kau kena balik dulu, nanti kalau semua dah clear aku roger," jelas Tengku Kaiden tanpa memandang wajah sembab Raisya.
"Datin tak suka kau dekat sini, kau balik lah dulu," sambungnya lagi.
"Take her back to the headquarter, and tell Josh to check Laura's whereabouts," arah Tengku Kaiden kepada Redza.
"Baik tuan!"
Raisya mengikuti langkah Redza dari belakang untuk pulang ke headquarter Dragon Force. Dengan perasaan yang bercampur aduk. Dia patut pergi dari hidup Zayyan, kerananya Zayyan seperti ini.
Di dalam bilik yang berwarna abu-abu, Raisya menanggalkan tudungnya shawl hitam dan dicampak ke atas katil bersaiz king dan berwarna hitam. Melihat dirinya di cermin yang tertampal pada dinding. Matanya merah, sembab dan pucat.
"Maafkan saya," Raisya tidak berhenti menyalahkan dirinya sendiri.
"Allahu Akbar," ucapnya.
Raisya melangkah ke bilik air untuk mengambil wuduk, sudah waktunya masuk solat isya'.
Setelah mengambil wuduk, Raisya memakai telekung solat dan bersedia untuk solat isya'.
Setelah selesai solat isya', Raisya merenung melihat Kaabah yang terukir pada sejadahnya.
"Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada Zayyan. Dia telah banyak membantu ku, dan ampunkanlah dosanya kerana telah menyakiti hati ibunya atas kerana aku, ya Allah," doanya dengan tangisan.
Segala memori yang pernah dia lalui dengan keluarga dan Zayyan kembali dalam ingatan. Sakitnya kepala Raisya saat ini apabila mengingati apa yang telah berlaku atas dirinya. Dia benar-benar seorang yang membawa bala ke? Kenapa Allah mengujinya begitu berat? Allah tidak menyayanginya ke? Timbul pelbagai soalan dalam fikirannya.
Share this novel