Pagi yang penuh indah dengan sinaran mentari yang menyelinap masuk melalui celahan langsir kelabu, memenuhi ruang bilik Zayyan Rain yang berwarna abu-abu itu. Suasana tenang di luar diserikan dengan bunyi kicauan burung yang menambah kehangatan pagi itu.
Zayyan perlahan-lahan bangkit dari pembaringannya, mengeluh kecil sambil merapikan rambutnya yang sedikit kusut. Tanpa berlengah, dia melangkah ke bilik air untuk mandi dan bersiap-siap ke tempat kerja. Sebaik air pancuran menyentuh kulitnya, kesegaran mulai menyelimuti tubuhnya, memulihkan semangatnya untuk menghadapi hari baru.
Selepas selesai mandi, Zayyan berdiri di hadapan almari pakaian, memikirkan baju yang sesuai untuk dipakai.
"Hmm, kemeja hitam atau putih?" dia berkata kepada dirinya sendiri sebelum akhirnya memilih kemeja putih yang tampak kemas dan profesional.
Setelah berpakaian, dia menyembur sedikit wangian kegemarannya, membuatkan suasana bilik penuh dengan aroma maskulin yang lembut tetapi memikat.
Langkahnya seterusnya menuju dapur kecil untuk meneguk secawan kopi panas, satu ritual pagi yang tidak pernah ditinggalkannya.
"Good morning son," ucap Datin Suraya sambil mendekati Zayyan yang sedang menikmati kopi.
"Morning too mummy," ucap Zayyan apabila mendengar suara mummy nya, dia menghadiahkan sebuah senyuman kepada Datin Suraya.
Zayyan hanya memberikan senyumannya kepada ahli keluarganya sahaja, kalau orang luar memang susah untuk lihat seorang Zayyan Rain ini tersenyum. Senyuman Zayyan Rain sangatlah indah, dia mempunyai lesung pipit yang dalam di kedua-dua belah pipinya. Senyuman itu mampu menarik perhatian kaum lelaki dan wanita. Kalau lelaki pun dah cair dengan senyumannya apatah lagi dengan kaum wanita.
Sambil menikmati kopi, matanya menatap ke luar tingkap, mengamati dedaunan yang beralun perlahan ditiup angin pagi. Hari ini, Zayyan bertekad untuk menjadikan segalanya lebih baik daripada semalam.
Zayyan menghirup kopi panasnya perlahan-lahan, menikmati setiap titis yang menghangatkan tenggorokannya. Di luar, langit semakin cerah, dan cuaca yang nyaman memancarkan aura positif yang mengajak seseorang untuk memulakan hari dengan penuh semangat.
"Macam mana kerja semalam?" tanya Datin Suraya, memecah kesunyian dengan suaranya yang lembut.
Zayyan menoleh sekejap ke arah ibunya sebelum kembali memandang ke luar tingkap. "Alhamdulillah, everything okay," jawabnya, matanya masih pada dedaunan yang beralun tenang di luar sana.
Datin Suraya mengangguk. "Jaga diri, Zay. Jangan terlalu tertekan. Jangan biarkan kerja menguasai hidup kamu," pesannya dengan penuh perhatian. Zayyan hanya mengangguk dan tersenyum tipis, tidak mahu memberatkan hati ibunya.
Sesekali, Zayyan memandang jam dinding yang menunjukkan hampir pukul lapan pagi. Masa berlalu begitu pantas, dan dia tahu dia perlu segera berangkat ke pejabat. "I’ll be fine, mummy. I’m just getting ready," jawabnya sambil meneguk kopi terakhirnya sebelum meletakkan cawan itu di meja.
"Zay pergi kerja dulu mummy, Assalamualaikum," ucap Zayyan Rain sambil menyalami tangan Datin Suraya.
"Iya, wa'alaikumusalam. Take care," ucap Datin Suraya sambil menepuk bahu anak lelakinya.
"Okey mummy, mummy pun. Kalau ada apa-apa, just call me, okay?" pesan Zayyan Rain lalu mencium pipi Datin Suraya.
"I will," jawab Datin Suraya.
Zayyan berjalan menuju pintu utama, membuka pintu dan melangkah keluar dengan langkah yang penuh tekad. Udara pagi yang segar menyapa wajahnya, menenangkan fikiran yang berserabut akibat kesibukan minggu lalu. Kereta mewahnya terparkir di hadapan rumah, siap untuk membawanya ke pejabat.
Tibanya di Rain Company, Zayyan melangkah memasuki lif, kemudian berjalan menuju ke biliknya.
"Malasnya," ujar Zayyan lalu melabuhkan punggungnya di kerusi.
Zayyan membuka komputernya lalu mula menekan papan kekunci untuk mencari dokumen yang dia selesaikan sendiri untuk dicetak dan disimpan di dalam fail.
"Check dulu, nanti kang salah print kena buat balik," ucapnya sendiri.
Setelah beberapa minit Zayyan menyemak semula hasil kerjanya itu agar tiada kesalahan semasa mencetak.
"Nice," ucapnya.
Zayyan mula mencetak dokumen tersebut dengan teliti agar tiada kesalahan atau ketinggalan semasa mencetak.
Setelah beberapa minit Zayyan mencetak. Kemudian, Zayyan menebuk kertas tersebut untuk membuat dua lubang pada bahagian sisi kiri kertas supaya mudah untuk dimasukkan ke dalam fail.
"Finish!" ucapnya sambil menggeliat.
Knock! Knock!
Dua kali pintu biliknya diketuk dari luar.
"Come in," kata Zayyan sambil memainkan pen hitam ditangannya.
Seorang wanita yang muda memasuki ruangan tersebut sambil membawa sebuah fail untuk di serahkan kepada Zayyan.
"Tuan," panggil wanita itu.
"Ya, Zetty?" kata Zayyan sambil berpeluk tubuh.
"Ini documen yang dekat Bali tu, saya dah check semua. Tak ada masalah and Tuan boleh sign untuk di serahkan kepada client," ucap Zetty yang merupakan Personal Assistant Zayyan yang telah lama bekerja dengan Rain Company.
"Okay, letak situ nanti aku sign," ucap Zayyan sambil menunjukkan kearah mejanya untuk Zatty meletakkan fail itu di atas mejanya.
Zetty meletakkan fail itu di atas meja Zayyan lalu melangkah keluar dari bilik Zayyan. Zayyan menghela nafas, lepas satu, satu kerja yang datang. Kalau tak kerja tak ada duit, kalau tak ada duit tak boleh beli kereta, rumah, motor, makanan dan kahwin.
"Luas sungai kelate,
Raso lepah bereney,
Napok adik lambai tange,
Dari tebing seberey,
Lamo sungguh capok umpan,
Nok tarik naik duyung comey,"
Zayyan mula bernyanyi lagu negerinya iaitu negeri Kelantan.
"Eh! By the way, macam mana dengan perempuan tu erk? Okey tak dia?" soal dirinya sendiri, memikirkan keadaan Raisya yang berada di apartment miliknya.
"Okey kot, nanti kejap lagi lah aku pergi intai dia...Intai? Uish! Bahayanya kau Zayyan, tak baik intai anak dara orang," ucapnya seorang diri sambil menepuk kedua-dua pipinya.
Zayyan mula untuk fokus semula dengan kerjanya yang tertangguh beberapa minit lepas akibat terlalu lama berangan.
Zayyan menanda tangani fail yang telah diserah oleh Zetty kepadanya untuk menyelesaikan projek dekat Bali, Indonesia.
Zayyan berdiri dari kerusinya. Lalu, dia mengambil wallet dan iPhone miliknya lalu bergegas keluar dari biliknya.
"Zetty, fail tu aku dah sign. Nanti, kau ambil dalam bilik aku and don't forget to lock the door. Aku nak keluar dan aku dah tak balik semula. Kalau ada tanya pasal aku, cakap aku ada urgent," kata Zayyan lalu melangkah pergi dari tempat itu.
"Baik Tuan," ucap Zetty lalu membungkukkan kepala menandakan hormat kepada bosnya.
Zayyan menuju ke keretanya, lalu masuk ke dalam perut kereta dan menggerakkan kereta dan menuju ke mansion miliknya untuk menjenguk Zara.
Sesampainya di apartment, Zayyan memandang pintu apartment ya g tertutup rapat, lama Zayyan tenung dan berfikir.
"Nok masuk ko tokse?"("Nak masuk ke taknak?") ucap Zayyan lancar dialek Kelantan. Keliru nak ketuk ke tak pintu tu.
Zayyan keluar dari perut kereta, lalu melangkah ke pintu yang tertutup rapat. Zayyan mengangkat tangan yang tergenggam untuk mengetuk pintu. Kalau nak redah, nanti kang kena cop pencuri.
Knock! Knock! Knock!
Share this novel