Arghhh!
Berdering mendengar suara jeritan dalam bilik seksaan tersebut. Tengku Kaiden hanya memandang Zayyan menyeksa Felix dengan caranya sendiri, ikutkan hatinya ingin juga dia menyeksa lelaki tersebut. Tapi, disebabkan Zayyan yang minta atas apa yang berlaku pada Raisya jadi, dia hanya menuruti sahaja permintaan sahabatnya itu.
Kenangan yang lampau masih terngiang-ngiang di telinganya. Suara jeritan Justin akibat diseksa oleh Felix didepan matanya.
"Eres débil porque no pudiste protegerla, no mereces ser llamado amigo ni líder, ¡Zayyan!"("Kau orang lemah sebab tak mampu nak lindungi dia, kau tak layak digelar sebagai seorang sahabat mahupun ketualah, Zayyan!") tiba-tiba Felix menjerit yang membuatkan Tengku Kaiden terbangun dari lamunannya.
"Ya! Memang aku lemah waktu itu! Aku tak mampu nak lindungi sahabat aku, dan aku akan bawa rasa dendam sehingga aku dapat balas dendam," jelas Zayyan sebelum Tengku Kaiden beraksi.
"Kaiden! Tengoklah ni...sahabat kau, kesian...dah babak belur muka," sinis Felix sambil menunjukkan wajah Justin yang sudah babak belur, kelihatan wajah Justin yang dipenuhi dengan lebam dan berdarah akibat diseksa.
"Sial kau Felix! Aku akan pastikan kau mati!" Tengku Kaiden yang sedang berusaha untuk melepaskan diri dari ikatan rantai pada badannya.
"Zay...Zayyan! Bangun bodoh! Siallah!" jeritnya apabila melihat Zayyan yang sudah sekarat akibat dipukul kuat oleh anak buah Felix.
Arghhh!
Jeritan Justin terdengar kuat di ruangan tersebut, membuatkan darah Tengku Kaiden mendidih. Dia menggertap giginya menahan marah yang membuak-buak di dalam dada. Zayyan yang sudah lemah terbaring di lantai, wajahnya berlumuran darah akibat hentakan tanpa belas kasihan dari anak buah Felix.
Felix hanya ketawa puas melihat keadaan mereka berdua. Dia menghampiri Justin yang tergantung dengan rantai besi, tubuh lelaki itu sudah penuh dengan luka dan lebam.
"Sakit?" Felix menepuk pipi Justin yang sudah hampir tidak sedarkan diri. "Lain kali jangan cuba masuk campur hal orang lain."
Felix menyepak, menumbuk, mencekik, memberi Justin makan cecair simen, menyuntik dadah ke dalam tubuhnya tanpa belas kasihan, membuatkan lelaki itu menggelupur kesakitan. Nafas Justin makin tersekat-sekat, matanya berkaca menahan derita yang tidak tergambar dengan kata-kata.
"Aku nak tengok berapa lama kau boleh bertahan sebelum kau merayu minta nyawa," Felix berbisik di telinga Justin sebelum ketawa sinis.
Justin hanya mampu mengerang, tubuhnya semakin lemah. Racun dari suntikan itu mula meresap ke dalam aliran darahnya, membuatkan seluruh badannya terasa panas seperti terbakar dari dalam.
Tengku Kaiden memandang ke bawah, tidak mampu melihat wajah sahabatnya yang diseksa hidup-hidup. Dengan airmata yang mengalir di pipinya. Dia hanya mendengar jeritan dari Justin.
"Disebabkan kau, aku hampir bankrup tahu tak? Disebabkan otak kau yang pandai tentang ICT tu, kau hack semua company dan semua senjata yang patut sampai dekat aku!"
"Take care tau."
BANG!
Dengan sekali tembakan, berkecai kepala Justin didepan mata Tengku Kaiden dan Zayyan.
Darah memercik ke dinding, bau anyir memenuhi ruang sempit itu. Mata Tengku Kaiden membulat, tubuhnya menggigil menahan amarah yang tidak lagi mampu dibendung. Zayyan yang masih terbaring di lantai mengangkat kepala lemah, nafasnya tersekat-sekat melihat tubuh Justin kini kaku tanpa nyawa.
"JUSTIN!" jerit Tengku Kaiden apabila melihat sahabatnya dibunuh didepan mata.
"Kau memang sial Felix, aku akan bunuh kau!"
Tengku Kaiden menggerakkan tangannya perlahan-lahan, cuba mencari cara untuk melonggarkan rantai besi yang membelenggu tubuhnya. Matanya merah menahan amarah yang semakin membakar jiwa.
"Felix!" jeritnya dengan suara yang garau dan penuh kebencian. "Kalau kau anak jantan, lepaskan aku. Kita lawan satu lawan satu, jangan jadi pengecut!"
Felix ketawa sinis. "Kau fikir aku sebodoh itu, Kaiden? Aku dah menang, dan aku nak pastikan korang semua merasai neraka sebelum aku bunuh korang."
Tiba-tiba—
DUMM!!
Pintu bilik seksaan tersebut diterajang kuat dari luar. Anak buah Felix berpaling dengan wajah terkejut. Sebelum mereka sempat bertindak—
DOR! DOR! DOR!
Bunyi tembakan memenuhi ruangan itu. Satu persatu anak buah Felix rebah ke lantai dengan darah memercik. Felix terkedu, tangannya pantas mencapai pistol di pinggangnya.
Namun, sebelum dia sempat menarik picu—
DUMM!!
Satu tumbukan padu tepat mengenai rahangnya, membuatkan dia terpelanting ke belakang. Nafasnya tersekat, kesakitan menjalar ke seluruh tubuhnya. Tengku Kaiden tersenyum puas melihat anak-anak buahnya yang dipimpin oleh Redza datang walaupun terlambat.
"Aku dah cakap... kau akan mati di tangan aku, Felix," suara garau itu bergema, penuh dengan dendam yang tak terpadam.
Tengku Kaiden berdiri di hadapan Felix dengan mata yang berkilat ganas, rantai besi yang tadi membelenggu tubuhnya kini sudah terlerai.
Mata birunya tertumpu pada wajah Zayyan yang sudah seperti tenat, dia terus menuju kearah Zayyan dan menyuruh anak-anak buahnya yang datang untuk menyelamatkan mereka untuk menangkap Felix dan Lucas.Tapi, malangnya Felix sempat melarikan diri dan tidak dapat dikesan. Anak-anak buah Tengku Kaiden tidak menjumpai Felix dan Lucas sama sekali.
Mengingat kejadian itu, tengku Kaiden menekup wajahnya dengan sebelah tangan menahan tangisan. Mengenang kenangan mereka bersama, dari sewaktu sekolah sehingga menjadi seorang yang berkuasa.
"Maafkan aku..." bisik Tengku Kaiden, hanya Alex yang mendengar ucapan tuan mudanya.
“Bukan setakat Justin kau tak dapat lindungi, Jessica pun kau gagal. Justin dah beri kau amanah untuk jaga dia, sebab Jessica satu-satunya adik kesayangan Justin,” suara Felix bergema di dalam bilik seksaan itu, penuh dengan ejekan.
Tengku Kaiden terkaku. Dadanya terasa dihentak kuat dengan kebenaran yang pahit. Wajah Jessica yang sentiasa ceria berlegar dalam fikirannya—senyumannya, suara manjanya, dan janji yang dia buat kepada Justin sebelum lelaki itu pergi menjalankan misinya.
"Kaiden, aku tak minta banyak... Aku cuma nak kau jaga Jessica kalau apa-apa jadi pada aku."
Jessica, adik kesayangan Justin bunuh diri setelah dia mengetahui bahawa Justin dibunuh dan Tengku Kaiden tidak sempat menghalang. Semasa Tengku Kaiden pergi ke rumah Jessica, dia melihat tubuh Jessica di lantai dan dipenuhi dengan darah pada tubuhnya. Setelah di siasat, polis mengesahkan bahawa Jessica mati kerana bunuh diri.
Felix tersenyum sinis melihat reaksi Kaiden. “Apa, terasa ke? Kau gagal sebagai seorang sahabat dan kau gagal sebagai seorang pelindung. Kau gagal Tengku Kaiden Rafael atau Dragon?"
"Diam!"
Jantung Tengku Kaiden seakan berhenti berdetak. Nafasnya menjadi berat. Tangannya yang terikat menggenggam erat rantai besi hingga kulitnya hampir terkoyak. Nama itu, gelaran itu yang sudah lama tidak didengarnya dari ibubapanya mahupun Zayyan sendiri.
"Kau memang nak 'dia' bangun ke?" soal Tengku Kaiden. Dia? Siapa dia? Dia ialah Dragon dimana Dragon adalah personaliti kedua Tengku Kaiden yang sangat kejam berbanding dengan Tengku Kaiden.
Anak-anak buah Tengku Kaiden menelan kesat air liur apabila mendengar panggilan itu. Sudah lama Dragon tidak bangkit dari dalam diri Tengku Kaiden, kali terakhir Dragon bangkit selepas hari kematian Justin dan Jessica. Rusuh satu markas Dragon mengamuk, memandang semua orang seperti ingin menelan. Tatapan dingin, anak mata berwarna hazel dan tatapan yang tajam terus menuju kearah anak mata anak-anak buahnya waktu ketika itu. Ramai juga anak-anak buah Black Mamba yang ditangkapnya dan disiksa akibat terlampau sakit apabila kedua-dua orang yang amat disayanginya mati begitu sahaja.
"Tell me, who is your first leader?" Kornea biru Tengku Kaiden menatap tajam tepat ke anak mata Felix.
"I never betray my leader," jawab Felix dengan yakin.
"Come to daddy, Mickey," Tengku Kaiden memanggil singa tersebut setelah Alex membuka pintu sangkarnya.
Grrr...
Mickey melangkah mendekati Tengku Kaiden dan menggeselkan kepalanya pada kaki lelaki itu—manja! Yang lain segera berlari keluar setelah mendengar nama itu disebut, takut mereka pula menjadi mangsa selepas Felix.
"Enjoy your meat, sweety," Zayyan tersenyum sinis sambil mengisyaratkan ke arah Felix, yang kini telah dilepaskan ikatannya. Dia kemudian melangkah ke belakang, memberi ruang kepada Mickey untuk menjamah mangsanya.
Arghhh!
Jerit Felix buat kali terakhir sebelum kepalanya digigit oleh singkat tersebut. Tengku Kaiden tersenyum puas, dendam sudah terbalas. Kini, hanya perlu mencari siapa ketua mereka sebenarnya.
Share this novel