Di headquarter Dragon Force, mereka sedang berbincang dengan Tengku Kaiden untuk melancarkan serangan balas kepada kumpulan mafia Black Mamba. Zayyan tidak dapat menyertai mereka atas sebab keluarga.
"Tuan, bos memang tak boleh join kita ke? Termasuk Alex?" soal Joshua yang sedang mengelap pistol Taurus G3 miliknya.
"Zayyan, dia cakap ada hal keluarga nak settle kan, maybe pasal tunang dia kot. Kalau Alex, dia dah ada tugas dari Zayyan," jelas Tengku Kaiden sambil berpeluk tubuh.
'Dah lah aku seorang dekat sini, idea nak susun strategi pun tak ada,' bisik Tengku Kaiden di dalam hati.
'Kalau bukan sebab Laura, mesti Zayyan ada dalam meeting ni. Sumpah aku benci kau Laura, kerja menyusahkan orang aje,' bisiknya lagi sambil mengutuk.
"You! Sabar lah!" jerit Laura yang berada di seat passenger kereta Zayyan.
"Shut your mouth," kata Zayyan tanpa menoleh.
"You ni memang nak mati awal ke? Drive lah slow-slow," kata Laura yang hanya memandang wajah tampan tunangnya.
"Kau diam! Tak pasal-pasal kau, aku humban dalam loji taik," kata Zayyan dengan nada tegas.
"What wrong with you? I suruh you pickup I sebab nak jumpa mummy you. Bukannya nak suruh you buat apa pun, lagi pun kereta I rosak dan I–" belum sempat Laura habiskan ayatnya, Zayyan memotong.
"Bising lah kau ni! Memekak je kerja kau!" jerkah Zayyan, mulut macam makcik-makcik.
Laura semakin berang dengan Zayyan yang masih lagi tidak menerimanya sebagai tunang. Kalau dah jadi isteri mungkin dia akan dipukul oleh Zayyan.
'Tak apa Laura, kau kena sabar. Aku akan pastikan tak ada sesiapa yang boleh rampas kau dari aku Zayyan,' bisik Laura dengan senyum sinis.
Tibanya mereka dirumah ibubapa Zayyan. Setelah memarkir kereta Zayyan mendapat panggilan daripada mansion nya, itu pasti dari Raisya.
"Kau cakap dekat mummy yang aku ada hal," ucap Zayyan setelah Laura keluar dari keretanya.
"Wait, We're here to discuss our marriage," kata Laura dengan menghentakkan kaki.
"Kisah apa aku? Kau yang terhegeh-hegeh nak kahwin dengan aku, bukan aku yang nak pun. Pandai-pandai kau lah eh, nak kahwin dekat mana? Nak buat majlis dalam hutan ke? Dekat batu belah batu bertangkup ke? Dalam mulut buaya ke? Dalam gua ke? Aku tak kisah," ucap Zayyan panjang lebar, geram je dia nak humban Laura dalam kandang buaya, kalau bukan dalam kandang buaya dalam akuarium ikan pirana pun okey juga.
"You!" amarah Laura semakin membara.
Zayyan segera beredar dari situ, penat dan muak melihat wajah Laura yang tak cantik. Muka dah macam nenek-nenek, kalau dah jadi mak orang entah-entah lagi cantik arwah neneknya.
"Assalamualaikum, kau nak apa?" Zayyan menjawab panggilan Raisya setelah beberapa panggilan tidak dijawab akibat Laura, memang membawa bala.
"Wa'alaikumussalam, uncle! Beg pakaian saya ada dalam kereta uncle tak?" soal Raisya tergesa-gesa.
Zayyan memandang seat belakang dia melihat beg pakaian dan barang-barang yang dibeli olehnya kepada Raisya.
"Ada, asal kau tinggal eh? Kau ni menyusahkan orang betul," ucap Tengku Kaiden tanpa meninggikan suara.
"Sorry lah uncle, saya tergesa-gesa semalam. Nanti uncle hantar eh," ucap Raisya. Panggilan uncle masih melekat dibibirnya.
"Eyy! Budak kau jangan panggil aku uncle boleh tak? Aku muda lagi dan aku masih lagi handsome," kata Zayyan, sempat lagi memuji diri sendiri.
"Habis tu? Saya nak panggil uncle dengan panggilan apa? Pakcik? Mr CEO? Tuan Zayyan?" soal Raisya bertalu-talu.
"Kau duduk rumah diam-diam, kejap lagi aku sampai. Lepas je aku sampai aku akan ajar kau," ucap Zayyan lalu mematikan panggilan telefon.
"Kau sabar Flower, aku akan ajar kau cara nak panggil aku," ucap Zayyan seorang diri di dalam kereta dengan senyum nakal.
"Don't forget what we discussed earlier, they definitely don't know our plan. Joshua, make sure you hack all their systems before we act," ucap Tengku Kaiden lalu beredar dari bilik mesyuarat tersebut.
"Baik Tuan!" ucap anak-anak buahnya.
Tengku Kaiden mendail nombor telefon Zayyan kerana ingin berjumpa dengannya, ada hal yang mustahak dari Laura.
"Assalamualaikum bro, kau dekat mana? Aku nak jumpa kau ni, ada hal mustahak!" ucap Tengku Kaiden setelah Zayyan menerima panggilan.
"Wa'alaikumussalam, apa yang mustahak tu? Aku nak pergi jumpa Raisya kejap nak hantar barang," jawab Zayyan di seberang telefon.
"Nantilah aku cerita, kau pergilah dulu dekat Raisya, aku tunggu kau dekat tempat biasa," ucap Tengku Kaiden lalu mematikan panggilan setelah Zayyan menjawab.
Tengku Kaiden yang merenung seorang diri di kafe yang berdekatan dengan Rain's Hospital.
Mengenangkan nasib bahawa dia tidak kahwin lagi dan calon isteri pun dia tidak ada lagi.
"Beginilah nasib orang kacak," ucapnya sambil mencicipi segelas kopi hangat.
"Raisya! Raisya!" jerit Zayyan dari luar, kini di berada betul-betul depan pintu mansion nya sambil mengetuk pintu berkali-kali.
"Iya! Kejap!" jerit Raisya dari dalam, dia mengambil tudung sarung dan dipakainya.
Raisya membuka pintu dan dia melihat wajah merah Zayyan, dah kenapa muka merah merona? Perempuan mana yang bagi ayat manis sampai muka merah macam tomato ni?
"Awak okey tak ni?" soal Raisya inginkan kepastian.
"Okey je, asal?" soal Zayyan lalu melangkah masuk ke dalam lalu memberikan barang-barang Raisya.
"Sebab muka awak merah, perempuan mana yang bagi awak ayat manis sampai muka awak merah merona?" soal Raisya dengan nada seolah-olah dia cemburu.
"Kenapa? Kau jealous? Tak ada siapa-siapa pun, aku panas je. Kau jangan jealous tau," kata Zayyan senyum sinis terukir dibibirnya.
"Eh, mana ada. Saya tak ada masa nak jealous," kata Raisya yang membuatkan Zayyan semakin suka untuk mengusiknya.
Bagi Zayyan, hanya Raisya yang mampu membuat dirinya tenang dari semua masalahnya. Kalaulah dari dulu Allah pertemukan dia dengan Raisya, mungkin mereka sudah bahagia dengan anak-anak mereka. Tapi, hanya Allah yang menentukan, kita hanya mampu merancang.
Lama dia menatap wajah cantik berseri Raisya. Jika wanita ini hilang dari hidupnya, adakah dia akan tetap tersenyum seperti sekarang? Adakah ada perempuan lain yang mampu membuatnya merasakan kebahagiaan seperti sekarang?
"Kenapa awak pandang saya macam tu?" soal Raisya, cara pandangan Zayyan terhadap Raisya yang membuatkan Raisya merasa tidak tenang.
"Kahwin dengan aku Zara Raisya," ucap Zayyan dengan serius.
Raisya terkedu dengan ucapan Zayyan. "Awak dah ada tunang," ucap Raisya sambil menggelengkan kepalanya.
"Aku tak cintakan dia Raisya, aku nak putuskan hubungan kami," kata Zayyan lalu mendekati Raisya.
Raisya hanya berdiam diri. Zayyan melihat Raisya seperti takut terhadap dirinya dengan pantas dia menjauh dari Raisya, dia tidak ingin perempuan yang dicintainya membencinya atas alasan takut terhadapnya.
Lamaran Zayyan bergantung tanpa jawapan dari Raisya dan Zayyan juga telah melupakan Tengku Kaiden yang sedang menunggunya di kafe. Adakah Raisya akan menerima lamaran dari Zayyan? Sempatkah Zayyan membongkar rahsia Laura sebelum majlis perkahwinan?
Share this novel