"Ck! Kau nak apa Laura?" soal Zayyan lalu melepaskan pegangan tangan Laura dari lengannya.
"I nak you lah baby," ucap Laura yang tidak ingin melepaskan tangannya dari lengan Zayyan.
"Siapa baby kau?" soal Zayyan lalu menghempaskan tangan Laura dari lengannya.
"You lah baby I!" jerit Laura yang menghentakkan kaki secara bersamaan.
"Zay! Sabar lah woi!" jerit Tengku Kaiden dari kejauhan yang sedang berlari menuju kearahnya.
"Cepatlah! Lama betul!" bidas Zayyan yang sedang berjalan mendekati pintu keretanya.
"You nak pergi mana?" soal Laura mengikuti langkah Zayyan. Nak berkepit je kerjanya.
"It's none of your business," ucap Zayyan membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam perut kereta.
"It's my business! You tunang I tahu tak? I perlu tahu you nak pergi mana, nak keluar dengan siapa?! Tell me!" jerit Laura sambil menghentakkan kakinya.
"Enough Laura! Aku tak setuju pun untuk bertunang dengan kau, aku buat semua tu sebab terpaksa! Aku taknak sakitkan hati mummy aku! Faham?!" jerkah Zayyan yang kesabaran setipis tisu.
"You-"
"Shut your fuckin mouth Laura! I'm tired!" Potong Zayyan.
"Dah, jom Kai. Dah lama budak tu pengsan, nanti kang mampus pula budak tu," ucap Zayyan lalu menghidupkan enjin keretanya.
Tengku Kaiden memasuki perut kereta sambil melambai tangan dan senyum sinis kepada Laura yang dimarahi oleh Zayyan sebentar tadi.
Kereta Zayyan meluncur laju menuju ke hospital yang berdekatan dengan kawasan itu.
Laura menumbuk udara dengan geram, wajahnya memerah menahan marah. "You takkan dapat lari daripada I, Zayyan! Mark my words!" jeritnya, tetapi kereta Zayyan sudah jauh meninggalkannya.
Di dalam kereta, suasana tegang masih terasa. Zayyan menggenggam stereng dengan kuat, rahangnya mengetap, tanda dia sedang menahan rasa amarah yang bergelodak di dadanya.
"Relax, bro. Jangan sampai tangan kau patah sebab stereng tu," gurau Tengku Kaiden, cuba mencairkan suasana.
"Diamlah, Kai. Kepala aku dah serabut. Aku tak tahu berapa lama lagi aku boleh tahan dengan perangai dia," ujar Zayyan sambil menghembuskan nafas berat.
"Kenapa kau tak terus terang je dengan mummy kau? Cakap je kau tak nak Laura," soal Kaiden serius.
"Aku dah cuba. Tapi mummy aku tu degil. Dia terlalu percaya dengan keluarga perempuan tu. Katanya ni semua untuk kebaikan aku," balas Zayyan dengan nada kesal.
"Kadang-kadang, kau kena utamakan diri kau, Zay. Kalau kau terus diam, kau juga yang merana," nasihat Kaiden sambil menepuk bahu sahabatnya.
Zayyan hanya mendiamkan diri, matanya fokus pada jalan raya. Dia tahu Kaiden betul, tapi bagaimana caranya dia harus melawan keputusan ibunya tanpa menyakiti hati wanita yang paling dia hormati itu?
Seketika kemudian, mereka tiba di hospital. Zayyan memarkir keretanya, mengangkat tubuh gadis itu dari seat belakang yang masih lagi tidak sedarkan diri dan bergegas menuju ke bahagian kecemasan.
Setelah beberapa minit Raisya dirawat oleh doktor. Kemudian, doktor keluar dari bilik kecemasan.
"How about her doc? It is something bad?" soal Zayyan kepada doktor perempuan yang merawat Raisya.
"She's okay, dia cuma demam and tak ada apa-apa yang serius," jelas doktor itu, lalu beredar dari situ.
"Jom pergi tengok dia," ajak Tengku Kaiden sambil menarik lengan Zayyan.
Zayyan mengangguk dan berjalan menuju wad yang di tempati oleh Zara Raisya. Semasa dalam wad itu, Zayyan hanya memerhati Raisya yang sedang tidur dan menggunakan gas oksigen.
"Kau suka dia?" soal Tengku Kaiden menghancurkan suasana yang sunyi.
"Entah..." jawabnya ringkas.
"Cuba kau cerita dekat aku macam mana kau jumpa dengan budak ni," kata Tengku Kaiden yang menyandarkan badannya ke dinding bilik itu dan tangan bersilang pada bidang dadanya.
"Waktu aku cakap yang aku nak pergi healing sorang-sorang dengan motor kan? Aku ride sorang-sorang and tiba-tiba hujan, lepastu aku ternampak dia duduk dekat kerusi batu bawah lampu jalan," Zayyan mula bercerita tentang apa yang berlaku.
"Dia buat apa dekat situ?" soal Tengku Kaiden.
"Aku pun tak tahu, aku tanya dia kenapa dia duduk situ sorang-sorang, and dia jawab, dia kena halau dari rumah," sambungnya lagi
"Kenapa dia kena halau?" soal Tengku Kaiden yang terkejut apabila mendengar apa yang diceritakan oleh Zayyan tentang Raisya.
"Entah, aku tak tanya pula," jawab Zayyan sambil mengangkat kedua-dua bahunya. Lalu, dia sambung bercerita tentang bagaimana dia membawa pulang gadis itu ke mansion miliknya dan kenapa gadis itu ada bersamanya semasa di pusat membeli belah tadi.
"Asal kau tak tanya dia?" soal Tengku Kaiden. Perangai macam makcik-makcik.
"Kau ingat aku ni makcik-makcik yang suka jaga tepi kain orang ke?" bidas Zayyan sambil menjeling tajam kearah Tengku Kaiden.
"Ala...kau ni, aku tanya je kot...Jangan lah nak marah-marah, nanti cepat tua," bidas Tengku Kaiden.
"Kau diam, aku campak kau dari tingkap tu ke bawah kang, baru tahu...Kalau aku tua, kau pun tua juga, sebab kita sebaya," bidas Zayyan dengan nada dingin kepada Tengku Kaiden.
Mereka berdua diam dan jari gadis itu mula bergerak serta membuka matanya secara perlahan-lahan. Zayyan dan Tengku Kaiden yang melihat itu cuma memerhati Zara untuk bersuara terlebih dahulu. Maklumlah dua-dua ego.
"S...saya dekat mana ni?" soal Raisya dengan nada serak.
"Kau dekat hospital and kau demam," jawab Zayyan yang berpeluk tubuh.
Raisya yang masih merasakan pening kepala mencuba untuk membetulkan posisi duduk supaya senang dia berinteraksi dengan kedua-dua jejaka tampan itu.
Raisya memandang lama kearah Tengku Kaiden dan beralih ke arah Zayyan secara bergantian. Dia melihat wajah mereka berdua sama seperti kembar.
"Kembar awak ke?" soal Raisya kepada Zayyan yang sedang memerhatinya.
"No, kami bukan kembar and parents kami berbeza," jelas Tengku Kaiden lalu mendekati katil Raisya.
"Tapi muka awak berdua sama and mata pun, mata awak berdua sama-sama biru," ucap Raisya yang masih lagi pelik. Kalau bukan kembar apa?
"Abaikan benda tu, aku ada soalan nak tanya kau ni," kata Tengku Kaiden.
"Ye? Tanya apa?" soal Raisya yang pelik.
"Kau kena halau dari rumah sebab apa?" soal Zayyan sebelum Tengku Kaiden menyoal.
Raisya terkedu dengan soalan Zayyan yang membuatkan dirinya diam dan tidak terkata. Tengku Kaiden dan Zayyan saling melihat antara satu sama lain, dia tidak ingin memaksa Raisya untuk bercerita tapi, kalau Raisya tidak bercerita mereka tidak akan tahu kenapa Raisya dihalau dari rumah.
"Kalau kau tak nak cerita tak apa, aku tak paksa," kata Zayyan.
"Sa...saya kena halau sebab...sebab saya kena tuduh," Raisya bersuara setelah beberapa minit dia berdiam diri.
"Kena tuduh? Maksud kau?" soal Tengku Kaiden yang semakin mendekati Raisya.
"Saya kena tuduh pregnant, tapi saya tak pregnant pun," jelas Raisya lalu air matanya mengalir membasahi pipinya.
"How?" soal Zayyan. Dia merasakan sakit apabila melihat gadis itu mengalirkan air mata.
Raisya mula menceritakan apa yang berlaku dengan dirinya dan tentang kakaknya sendiri yang sanggup tikam belakang. Dari A sampai Z, Raisya bercerita dengan air mata yang berderai mengalir di pipi.
Share this novel