BAB 8

Romance Series 10144

Knock! Knock! Knock!

Pintu wad Raisya di ketuk oleh Zayyan untuk menjemput Raisya pulang dari hospital. Namun begitu, niatnya juga ingin membawa Raisya untuk menemui ibunya akan tetapi, disebabkan Raisya baru sahaja sembuh dari demamnya, dia ingin Raisya berehat di rumah tanpa beban pikiran.

Zayyan melangkah masuk ke dalam wad, perlahan-lahan menghampiri katil Raisya. Matanya menangkap seorang jururawat yang sedang mencabut tiub infusi yang terpasang di tangan Raisya. Wajah Raisya kelihatan sedikit meringis, mungkin kerana rasa tidak selesa sewaktu tiub itu ditarik keluar.

"Assalamualaikum," ucap Zayyan yang berjalan menuju ke samping Raisya.

"Wa'alaikumussalam," jawab Raisya.

"Dah siap?" soal Zayyan kepada jururawat.

"Sudah Tuan," ucap jururawat sambil memberikan ubat-ubatan yang perlu Raisya makan.

"Dah jom, aku ada banyak kerja lagi nak buat," kata Zayyan dengan nada yang dingin.

Raisya mengangguk dan menuruni katil tersebut dan mengambil barang-barang pakaiannya dan berjalan di belakang Zayyan yang melangkah keluar terlebih dahulu.

"Kau dah makan?" soal Zayyan tanpa berpaling ke belakang.

"Dah! Awak dah makan?" soal Raisya sambil memandang belakang Zayyan yang tegap.

"Hmm," sahut Zayyan pendek.

Mereka berdua menuju ke kereta Lamborghini Aventador milik Zayyan dan masuk ke dalam perut kereta tersebut. Masing-masing berdiam diri dan tidak bersuara.

"Zayyan,"

"Hmm?"

"Awak tolong saya ni, tak ada orang marah ke?" soal Raisya, handsome-handsome macam ni takkan tak ada awek.

"Tak, kenapa?" kata Zayyan yang hanya fokus pada jalan raya.

"Iya lah. Awak kan handsome, kaya pula tu. Takkan tak ada makwe?" Raisya sudah semakin berani bersuara atau bercakap dengan Zayyan secara informal.

"Aku ada tunang, tapi aku tak anggap dia tunang aku," jelas Zayyan.

Membulat mata Raisya mendengar pengakuan dari Zayyan.

"Tapi kenapa?" soal Raisya sambil mengangkat sebelah keningnya.

"She's not my type and I hate when she being a clingy at me. Aku akan pastikan hubungan kami putus," jelas Zayyan dengan tegas.

Raisya mendengar itu merasakan bahawa Zayyan memang terpaksa bertunang dengan seseorang yang tidak dicintainya.

"Kenapa kau pandang aku macam tu? Aku tahulah aku ni handsome," ucap Zayyan yang perasan anak mata kelabu Raisya yang sedang melihat kearahnya.

"Eh, ma...mana ada. Jangan nak merepek, tak ada maknanya awak handsome," Raisya berdalih dengan nada gagap, lalu memandang ke depan.

Zayyan tersenyum kecil melihat telatah Raisya yang panik itu. Comel pulak! Kalau halal ni, dah lama dia peluk!

"Tak baik menipu," ujar Zayyan.

"Ma...mana ada saya menipu, betullah. Awak bukannya handsome pun," dalih Raisya lagi.

"Ada lah, kau cakap tadi," usik Zayyan.

"Mana ada!" Raisya masih lagi tidak mengaku.

"Kau nak aku repeat balik ke apa yang kau cakap tadi?" soal Zayyan dengan senyum nakal.

Raisya terdiam, dia ingat apa yang dia cakap pasal Zayyan beberapa minit yang lepas. Nak tipu tak boleh, haih. Nasib kaulah Zara Raisya.

"Kenapa diam? Dah ingat dah?" soal Zayyan, senyum nakal masih terpapar di bibirnya.

"Ta...tak ada apa," dalih Raisya sambil menggelengkan kepalanya.

"Nak kau repeat tak?" soal Zayyan lagi.

"Ta...tak payah," geleng Raisya.

"Aku repeat eh," kata Zayyan.

"Tak payah!"

"Aku repeat!"

"Tak payah! Awak berhentikan kereta dekat tepi, saya dah malas nak layan awak ni," ujar Raisya. Penat nak layan Zayyan yang asyik nak mengusik je kerjanya.

Zayyan melepaskan ketawa. " Okey-okey. Aku tak cakap dah, kau duduk diam-diam dalam kereta ni. Kalau tak, aku campak kau dekat sungai nanti," kata Zayyan sambil melihat wajah frust Raisya.

'Hek eleh orang tua ni, ada hati nak campak kita,' ejek Raisya dalam hati.

"Mengutuk aku lah tu," kata Zayyan, macam dia tak nampak mata Raisya menatapnya dengan tatapan tajam.

"Eh! Mana ada!" dalih Raisya.

"Aku mungkin tak dengar apa yang kau cakap dalam hati kau, tapi aku tahu yang kau tengah kutuk aku kan?" ucap Zayyan yang membuatkan amarah Raisya semakin membuak-buak.

"Dah lah! Malas saya nak layan orang sewel macam uncle ni," ucap Raisya yang membuatkan Zayyan terkedu.

"What?! Kau panggil aku uncle? Seriously?! Nampak tua sangat ke aku ni?" kata Zayyan sambil membelek-belek wajahnya. Umur baru 28 takkan dah tua kot.

Raisya menutup mulut yang menyatakan bahawa dia terlepas cakap. Tapi, dia sengaja je nak buat Zayyan naik angin.

"Budak! Kau ni kan, memang nak kena ganyang dengan aku nampaknya," angin Zayyan sudah mula membuak-buak.

Sesampai di mansion, dengan pantas Raisya keluar dari kereta dan berlari masuk ke dalam rumah. Raisya membuka pintu dan mengeluarkan separuh badannya untuk mengintai Zayyan yang berada di dalam kereta.

"Zayyan!" panggilnya.

Zayyan membuka cermin keretanya dan melihat kearah Raisya, sambil mengangkat kening menandakan 'Apa?'.

"From now on, I'm gonna call you uncle okay?" soal Raisya yang sedang menahan ketawa. Raisya mula menunjukkan perangainya yang sebenar, seorang mudah ceria dan selalu mengusik.

"Eh budak! Sini kau!" jerit Zayyan lalu keluar dari kereta untuk mengejar Raisya.

Dengan pantas Raisya menutup pintu mansion untuk mengelakkan Zayyan dari masuk ke dalam.

"Jaga kau budak!" jerit Zayyan dari luar, manakala Raisya pula sudah terbahak-bahak ketawa dari dalam.

Zayyan mendengus lalu melangkah kembali ke keretanya dan masuk ke dalam perut kereta. Zayyan U-turn dan berlalu pergi dari kediaman tersebut.

"Sabar kau Flower, nanti kalau dah jadi bini aku, aku kerjakan kau cukup-cukup," ucap Zayyan dengan senyum sinis terukir dibibirnya.

Keretanya laju meluru ke rumah The Rain's.
Dengan fikiran yang masih memikirkan tentang Raisya. Kini, dirinya seperti telah menemukan tempat kebahagiaan, kebahagiaan Zayyan ada pada Raisya. Dia inginkan gadis itu menjadi isterinya, tetapi dia perlu menyingkirkan Laura terlebih dahulu.

"Assalamualaikum," ucap Zayyan melangkah masuk ke dalam rumah.

Tiada sahutan dari dalam? Mungkin ibu bapanya keluar, maklumlah laki bini mesti nak dating kan?

"Mak Ton!" panggil Zayyan kepada orang gajinya.

"Ya tuan? Ada apa-apa yang boleh Mak Ton tolong?" soal Mak Ton.

"Mak Ton duduk kejap, Zay ada soalan nak tanya Mak Ton," ucap Zayyan dengan sopan.

"Tuan nak tanya apa?" soal Mak Ton. Tak pernah-pernah nak ajak berborak.

"Mak Ton rasa, Laura tu okey tak jadi isteri Zay?" soal Zayyan yang membuatkan Mak Ton bingung.

"Kenapa tuan tanya macam tu? Tuan tak suka dia ke?" soal Mak Ton dengan nada yang heran.

"Ha'ah! Zay tak suka dia. Lagi pun, Zay rasa Zay dah jatuh cinta dekat seorang budak ni," jelas Zayyan.

"Budak mana tuan? Tuan jangan main-main, kalau Datin tahu ni, mesti dia akan mengamuk," kata Mak Ton sambil mengintai ke luar dari tingkap. Kot-kot mereka tiba-tiba pulang ke.

Zayyan hanya terdiam, merenung nasibnya. Adakah dia kan bongkarkan rahsia Laura sebelum majlis kahwin mereka dekat? Ataukah sekarang? Soalan tanpa jawapan. Tapi kalau difikir-fikir, dia boleh sahaja mahu bongkarkan rahsia Laura, tapi risau dengan kesihatan Datin Suraya pula. Orang tua tu ada darah tinggi, nanti tak pasal-pasal...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience