"Mummy betul ke apa yang Zayyan cakap yang dia bertunang dengan Laura sebab terpaksa? Dia tak cinta dan sayangkan Laura," soal Laura kepada Datin Suraya.
"No sayang, dia cinta and sayangkan Laura, cuma dia tak tunjuk je. Anak mummy memang macam tu, forgive him okay?" jelas Datin Suraya untuk menenangkan Laura.
"Tapi mummy, dia sendiri yang cakap," ujar Laura yang masih teringat apa yang Zayyan katakan kepadanya.
"Tak apa, nanti mummy cakap sendiri dengan Zay okey?" pujuk Datin Suraya sambil menggenggam tangan Laura.
"Okey lah mummy, Laura balik dulu. Nak keluar jumpa kawan kejap," kata Laura lalu pergi begitu sahaja, tanpa bersalaman atau memberi salam.
"Apalah yang Zayyan dah buat ni, sampai Laura marah macam ni sekali?" gumam Datin Suraya sendiri melihat Laura yang keluar dari rumahnya.
"Raisya, kau ada apa-apa lagi yang kau sorok dari kami? Or yang kau tak cerita dekat kami?" soal Tengku Kaiden yang masih ingin mengorek rahsia dari Raisya.
Raisya menggelengkan kepala menandakan sudah tidak ada lagi yang ingin dia katakan.
Tiba-tiba telefon milik Tengku Kaiden berdering. Dia menekan butang hijau lalu dia menjawab panggil tersebut.
"Helo Tuan, Tuan dekat mana? Saya cari Tuan satu mall ni tak jumpa pun," suara Joshua salah seorang anak buah Tengku Kaiden.
"Weh, Josh! Aku lupa nak bagitahu kau tadi, kau datang pickup aku dekat Rain's Hospital, aku tunggu kau," ucap Tengku Kaiden sambil menggosok belakang tekaknya.
"Okeylah Tuan, saya akan ke sana sekarang," ucap Joshua. Tengku Kaiden terus mematikan panggilan dan menyimpan iPhone 15 pro max ke dalam poket.
"Who's?" soal Zayyan.
"Joshua, aku pergi dengan dia mall tadi. Dah kau ajak aku ikut dengan kau bawa Raisya ni ke hospital, aku terus lupa nak bagitahu dia,"
"Oh... Sekarang ni kau nak pergi mana?" soal Zayyan.
"Cau pergi headquarter lah, barang baru dah sampai," ucap Tengku Kaiden lalu memakai kot hitam yang dia letakkan dia atas sofa yang berada di dalam wad itu.
"Tak apa lah, aku cau dulu...bye Raisya, assalamualaikum," ucap Tengku Kaiden lalu melemparkan senyuman kepada Raisya.
"Wa'alaikumussalam," serentak Zayyan dan Raisya menjawab salam lelaki itu.
Tengku Kaiden melangkahkan kaki keluar dari bilik itu dan terus menuju ke tempat parking kereta untuk mencari kebenaran Joshua yang sedang menunggunya di sana.
"Tuan!" jerit Joshua yang sedang berdiri di sebelah pintu kereta Lamborghini Aventador miliki Tengku Kaiden.
"Yo! Dah lama sampai?" soal Tengku Kaiden sambil berlari menuju kearah Joshua.
"Tak ada lah, baru je sampai. Tuan nak pergi mana lepas ni? Balik ke?" soal Joshua sambil membuka pintu kereta untuk bosnya.
"Headquarter," jawab singkat tengku Kaiden yang masuk ke dalam perut kereta.
"Va bene" (Okay) sahut Joshua dengan menggunakan bahasa asing bagi rakyat Malaysia.
"Aku balik dulu, esok aku datang balik," ucap Zayyan lalu melangkah keluar dari bilik itu dan bertembung dengan jururawat yang bertanggungjawab untuk merawat Raisya.
"Take care of her," ucap Zayyan kepada jururawat tersebut lalu pergi.
"Baik Tuan," kata jururawat tersebut lalu melangkah masuk melihat keadaan Raisya.
"Assalamualaikum, Miss Zara Raisya. How are you feeling now? Are you feeling any better?" soal jururawat tersebut sambil mengambil bacaan nadi Raisya.
"Yeah! I'm feeling better than before," jawab Raisya lalu merebahkan badannya ke muka katil.
"Nadi okey, detak jantung pun okey, cuma suhu badan sahaja yang tinggi. Cik Zara perlu banyakkan minum air kosong," ucap jururawat itu sambil senyum manis dilemparkan kepada Raisya.
"Take a rest, after lunch I will be Back," ucap jururawat itu lalu melangkah keluar dari bilik Raisya.
"Assalamualaikum," ucap Zayyan sesampai di rumah Datin Suraya.
"Wa'alaikumussalam Zay, mummy nak tanya pasal budak semalam yang kamu selamatkan tu," kata Datin Suraya sambil menarik lengan anak tunggalnya itu.
"Tanya apa?" soal Zayyan yang mengikuti langkah Datin Suraya.
"Pasal budak perempuan yang kamu tolong semalam tu, mummy nak tahu siapa dia? Kenapa kamu tolong dia? And dekat mana dia sekarang?" soal bertubi-tubi dari Datin Suraya kepada Zayyan.
"Kenapa mummy nak tahu?" soal Zayyan pelik, selalunya Datin Suraya tidak kisahkan tentang orang lain.
"Iyalah, mummy perlu tahu. Kamu kan dah nak kahwin," kata Datin Suraya yang membuatkan mood Zayyan berubah.
"Mummy, please. I don't want to marry her," ucap Zayyan. Dia betul-betul tidak ingin menikahi wanita seperti Laura.
"Why? She's beautiful, independent, and she from wealthy family," bagi Datin Suraya, kekayaan adalah segalanya bagi dia. Dia sanggup korbankan apa saja untuk duit.
"No mummy, I won't marry her!" Zayyan terlepas meninggikan suara kepada Datin Suraya.
"ZAYYAN RAIN!" jerit suara garau yang berada di pintu utama. Dato' Zairil bapa kepada Zayyan yang baru sahaja pulang dari Jakarta, Indonesia kerana urusan kerja.
Zayyan dan Datin Suraya memandang kearah suara yang menjerit nama Zayyan. Dato' Zairil yang memandang Zayyan dengan tatapan yang tajam, dia mendengar Zayyan meninggikan suara kepada Datin Suraya.
"Lower your tone, son. She's your mother," ucap Dato' Zairil sambil melangkah masuk mendekati mereka berdua.
"But Daddy, I don't want to marry Laura, and I don't love her anymore," kata Zayyan seolah-olah dia ingin memutuskan pertunangan tersebut.
"But why, honey? Why can't you love her?" Datin Suraya yang masih lagi tidak mendapat jawapan yang betul-betul dia inginkan dari anak tunggalnya.
"Because I want to find a hijabi woman, not like her. She doesn’t wear the hijab, and I hate that. I want my wife to protect her aurat," kata Zayyan dengan lembut tanpa meninggikan suara.
"People can change, Zayyan. Give her time," ucap Datin Suraya sambil mengelus lengan anak tunggalnya.
"No, Mummy. My answer is no, and I never marry her. If Mummy still forces me to marry her, I will leave this house and never come back," ucap Zayyan lalu melangkah pergi ke tingkat atas dimana terletak biliknya.
"Zayyan!"
"ZAYYAN RAIN!" jerit Dato' Zairil apabila melihat anaknya yang berlalu begitu sahaja.
"Abang, salah ke saya buat semua ni untuk Zay?" soal Datin Suraya lalu memeluk tubuh suaminya.
"No, sayang. Give him time; maybe he's stressed with work," jawab Dato' Zairil menenangkan isterinya yang sedang menangis di dalam dakapannya.
"Takkan aku nak harapkan Zayyan je? Aku kena cari kerja untuk sara hidup aku," ucap Raisya yang masih terbaring di atas katil hospital.
"Mana lah aku nak cari kerja? Bukannya senang nak cari kerja sekarang ni," ucapnya lagi.
"Kalau lah aku tahu akan jadi macam ni, lebih baik aku tak balik rumah semalam," bebelnya lagi.
Raisya memejamkan matanya untuk bertenang. Dia memikirkan cara untuk menyara hidupnya tanpa membebankan orang lain.
"Independent," ucapnya lalu tertidur.
Share this novel