"This is where you will sleep, and you are not allowed to leave this room. If you need food or anything else, just call me or Redza," ucap lebar Alex. Redza terkedu mendengar ucapan panjang dari Alex, maklumlah Alex ni seorang yang pendiam. Diam-diam ubi berisi, bulan depan sudah mahu berkahwin.
"What?" soal Alex kerana Redza menatapnya.
"Ini kau ke Alex?" soal Redza sambil membelek-belek wajah Alex.
Pakk!
Satu jentikan ke dahi Redza dengan kuat.
"Auch! Sakit lah bodoh!" kata Redza sambil menggosok dahinya.
"No time for jokes, Redza. Tuan muda dengan bos dekat hospital, aku pergi dulu," ucap Alex kepada Redza dan berlalu pergi.
"And one more thing. Jangan buat cik Raisya rasa tak selesa, kalau tak kau aku sebat," ucap dengan amaran telunjuk.
"Oh...jadi cik ni, cik Raisya lah ye?" Redza memandang Raisya dengan tatapan nakal.
"I-iya saya, awak Redza yang Alex cakapkan tu?" Raisya menggigil ketakutan. Mana tak menggigil, sudahlah dia seorang perempuan di situ. Lelaki pula memandangnya dengan tatapan dingin.
"Iya saya. Cik Raisya jangan risau, saya tak makan orang pun. Selama cik Raisya dekat sini, cik Raisya dibawah jagaan saya dan cik Raisya tidak dibenarkan keluar dari sini, faham?" jelas Redza dengan kepedulian terhadap Raisya. Ingin menjaga bakal puannya itu. Manalah tahu naik gaji.
"Okay," jawab singkat Raisya.
Di Rain's Hospital. Mereka semua sedang menunggu di luar bilik kecemasan, menunggu kabar dari doktor tentang Zayyan.
Tengku Kaiden yang sedang termenung diatas kerusi menunggu, memikirkan apa yang telah berlaku. Saking sakitnya sampai dibahagian dadanya, seolah-olah dia dapat merasakan sakit yang dialami oleh Zayyan.
"Assalamualaikum Alex, aku nak kau jemput Raisya dekat mansion Zayyan. Aku pasti dia akan kena halau oleh Datin, nanti aku cerita," ucap Tengku Kaiden semasa memandu kereta menuju ke hospital.
"Wa'alaikumussalam, baik tuan," jawab Alex. Tengku Kaiden mematikan panggilan.
Tengku Kaiden mengeluh panjang, dia tidak ingin kehilangan Zayyan. Baginya, Zayyan sudah seperti abangnya sendiri.
"Ya Allah, kau selamatkanlah sahabatku ini," doa Tengku Kaiden perlahan-lahan.
Datin Suraya menangis di dalam pelukan Dato' Zairil. Manakala, Tengku Kaiden pula termenung seperti orang yang sudah tiada nyawa. Mukanya pucat, kegelisahan Tengku Kaiden seolah-olah dia yang mahu pergi dahulu.
Beberapa minit kemudian, doktor yang merawat Zayyan keluar.
"Macam mana dengan anak saya? Dia okey kan?" soal Datin Suraya yang sudah tidak boleh duduk dengan tenang. Ibu mana yang boleh bertenang jika melihat keadaan anaknya begitu.
"Alhamdulillah, Tuan baik-baik sahaja.Tapi, Tuan kehilangan banyak darah dan berkemungkinan Tuan tidak akan sedarkan diri buat sementara waktu. Tentang derma darah, tuan Zayyan bernasib baik kerana kami masih ada lagi 1 beg darah golongan tuan Zayyan. Namun, Kecederaan yang dialaminya tidak begitu dalam dan tidak mengenai organ dalaman. Kami akan pindahkan Tuan ke ward biasa," jelas doktor.
"Alhamdulillah," ucap mereka bertiga.
"Kalau tiada apa-apa, saya minta diri dulu."
"Thank you," ucap Dato' Zairil.
Doktor mengangguk dan melangkah pergi dari hadapan mereka. Alex tiba di hadapan Tengku Kaiden.
"Tuan muda," panggil Alex dengan nafas terputus-putus.
"Alex, dia selamat," ucap Tengku Kaiden lalu memeluk tubuh Alex.
"Alhamdulillah," ucap Alex lalu membalas pelukan Tengku Kaiden.
"Macam mana keadaan Zayyan? Dia okey kan?" soal Raisya yang gelisah dalam bilik. Berjalan bolak-balik tidak tenang duduk.
'Ya Allah, kau selamatkanlah penyelamat hamba ya Allah. Jika benar dia utusan darimu untukku maka, berikanlah dia kesihatan yang baik.'
Doa Raisya tidak putus-putus, dia berhutang nyawa kepada Zayyan. Zayyan selalu menolongnya dalam apa jua keadaan, kini dia mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan Raisya.
Knock! Knock!
"Cik Raisya, ada berita yang saya ingin sampaikan," ucap Redza dari luar bilik.
Raisya terhenti daripada langkahnya, jantungnya berdegup kencang. Dia menelan air liur sebelum bergerak ke arah pintu. Dengan tangan yang sedikit menggigil, dia membuka pintu perlahan-lahan, menampakkan Redza yang berdiri tegak di hadapannya.
"Apa dia?" soal Raisya dengan nada cemas.
Redza memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar, wajahnya masih dengan ekspresi dingin.
"Bos selamat. Doktor cakap kecederaannya tak teruk, dan dia dah dipindahkan ke wad biasa," jelas Redza tanpa berlengah.
Mata Raisya membulat. "Betul ke?" soalnya, masih sukar mempercayai berita itu.
"Betul cik," jawab Redza.
"Alhamdulillah," ucap Raisya sambil menadah tangan dan mengaminkan.
Dia berdiam sejenak dan berkata.
"Kalau saya nak jumpa dia boleh tak?" soal Raisya kepada Redza. Redza diam, dia tidak tahu untuk menjawab soalan tersebut.
"Maaf cik, saya tidak boleh membenarkan cik Raisya untuk jumpa bos. Tuan muda tidak mengizinkan dan saya hanya mengikuti perintah," jelas Redza. Dia merasa serba salah kepada Raisya.
"Tapi saya nak jumpa dia, cakap dekat Kaiden yang saya nak jumpa Zayyan. Please," rayu Raisya. Dia tidak kisah jika Datin Suraya membencinya, dia hanya ingin menemui Zayyan.
"Saya akan cuba tanya Alex," ucap Redza lalu pergi dari situ.
Redza mengeluarkan iphone miliknya dan menaip nombor telefon Alex.
"Assalamualaikum, Alex. Cik Raisya nak jumpa bos," ucap Redza.
"Wa'alaikumussalam, tak boleh. Tuan muda tidak mengizinkan," jawab Alex.
"Kesian aku tengok cik Raisya, dari tadi dia menangis tak berhenti," jelas Redza.
"Ck! Kau bagi phone dekat cik Raisya," arah Alex.
Redza kembali ke bilik Raisya untuk menjalankan apa yang diarah oleh Alex. Raisya yang masih dihadapan pintu yang terbuka.
"Cik Raisya. Alex nak bercakap dengan cik," jelas Redza lalu memberikan iphone nya.
"Assalamualaikum, Alex. Macam mana dengan Zayyan? Saya nak jumpa dia," ucap Raisya dengan nada gementar.
"Wa'alaikumussalam, cik Raisya kena bercakap sendiri dengan tuan muda," jelas Alex lalu menyerahkan iphone nya kepada Tengku Kaiden.
"Raisya, kau boleh datang tapi kena sorok-sorok," jelas Tengku Kaiden lalu mematikan panggilan.
Raisya memandang kearah Redza dengan wajah senang. Dia diizinkan oleh Tengku Kaiden untuk menemui Zayyan.
"Jom! Kita pergi sekarang. Kaiden bagi kita jumpa Zayyan," ucap Raisya dengan tergesa-gesa mengambil beg tangan dan iPhone nya
"Baik cik," jawab Redza lalu melangkah keluar dari headquarter dan menuju ke keretanya.
Redza membuka pintu untuk Raisya, dan membantu Raisya masuk ke dalam kereta. Dia dijaga seolah-olah seorang permaisuri oleh anak buah Zayyan. Kerata mula meluncur menuju ke Rain's Hospital untuk menjenguk Zayyan yang sedang koma.
Setibanya di sana, Raisya agak gugup kerana dia pasti Datin Suraya akan menghalaunya apabila melihat Raisya disini. Lagi-lagi, setelah apa yang berlaku pada anak tunggalnya.
"Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah, kau berikanlah aku kekuatan untuk berhadapan dengan Datin," doanya lalu melangkah masuk ke dalam hospital. Dia melihat Tengku Kaiden dan Alex yang berada di kerusi berhadapan dengan ward Zayyan.
Share this novel