BAB 11

Romance Series 10144

Di headquarter Dragon Force, suasana menjadi tegang didalam bilik bawah tanah, ia juga merupakan bilik seksaan para-para manusia yang suka mencari masalah dengan mereka.

"Lepaskan aku!" jerit lelaki itu yang sedang diikat pada kerusi.

"Kau diam, nak aku sunat kan lagi sekali?" soal Joshua sambil memegang gunting ditangannya.

"Kalau kau nak, kami boleh tolong. Tak pun, kau masuk Islam dengan aku," sambung Joshua lagi sambil menunding jari telunjuknya ke arah anak buah Black Mamba.

"Mana tuan muda dengan bos ni? Aku dah tak sabar nak tengok dua anak dajjal ni kena seksa," celah Redza yang sedang menajamkan pisau, pedang samurai dan menyiapkan alat-alat seksaan.

"Rileks lah bro, mung–"

BANG!

Pintu bilik itu ditendang kuat oleh Tengku Kaiden yang sudah mula memanas dan wajahnya bertukar dingin. Jika dia sudah bertukar menjadi seperti singa jantan yang kelaparan, maka disitulah tiada siapa pun yang boleh lari darinya. Itulah personaliti sebenar seorang ketua kepada Dragon Force iaitu Tengku Kaiden Rafael.

"Santai bro, nasib baik pintu tu tak tercabut," Zayyan terkejut akibat tendangan dari tengku Kaiden terhadap pintu. Nasib tidak tercabut sahaja pintu itu.

"Tak ada masa nak santai," ucap Tengku Kaiden lalu mengambil dagger emas miliknya dari tangan Redza. Dia meluru menuju kearah kedua manusia yang sedang di ikat diatas kerusi.

"Kau anak buah aku kan?" soalnya dengan nada dingin kepada lelaki yang berada disebelah kanannya.

Lelaki tersebut mengangguk perlahan. Dia tidak mempunyai keberanian untuk menatap wajah dingin lelaki itu. Dari awal memang dia tidak mahu berhadapan dengan lelaki itu kerana mengkhianatinya, tapi disebabkan Alex menghubungi Zayyan yang mengatakan dia adalah utusan dari Black Mamba, dia tidak boleh lagi membiarkan lelaki itu hidup.

"Kenapa kau buat macam?" soal Zayyan.

Tengku Kaiden menikam paha lelaki tersebut dengan dagger emasnya, dagger itu mempunyai racun Cobra. Cobra ialah ular kesayangan yang dia bela dari dalam telur lagi. Jika dagger itu ditusuk maka, riwayat seseorang tidak akan bertahan lama.

Jeritan keras dari lelaki itu yang membuatkan lelaki di sebelahnya itu ketakutan. Anak mata biru Tengku Kaiden tertumpu pada anak mata hitam pengintip dari kumpulan Black Mamba.

"Dia tak akan bunuh kau orang dengan cara senang, dia akan seksa kau orang seseksa-seksanya," jelas Zayyan dengan senyum sinis terukir. Ini baru ketua yang dia impikan, seorang yang dingin dan tidak mempunyai perasaan yang takut untuk membunuh atau menyeksa seseorang.

Keesokan harinya.

"Mummy, Laura mungkin akan datang lewat sikit sebab ada meeting dengan client," kata Laura didalam telefon.

"Sorry mummy, Laura tak dapat nak tolong mummy hias untuk birthday Zayyan," sambungnya lagi.

"It's okay. Nanti kalau dah habis meeting, terus datang sini tau," kata Datin Suraya.

"Okay mummy, I love you," ucap Laura.

"I love you more honey," ucap Datin Suraya.

"Zay, kau nak bagi bunga ni ke dekat Raisya? Kau rasa dia suka ke bunga ni?" soal Tengku Kaiden sambil melihat-lihat bunga yang ada disekelilingnya.

"Suka atau tak, yang penting aku tunjuk effort aku yang aku betul-betul nakkan dia, nak dia jadi isteri aku," jelas Zayyan. Tengku Kaiden terdiam tanpa protes dia mengikuti apa sahaja yang Zayyan inginkan.

"Raisya, kamu dah siap masak?" soal Datin Suraya.

"Dah Datin. Sambal udang petai yang Datin suruh saya masak pun dah siap, tinggal nak hidang aje," jelas Raisya. Tak sangka yang Zayyan suka makan sambal udang petai, sama pula tu makanan kegemaran Zayyan dengannya.

Beberapa minit mereka menghiasi ruang tamu dengan barang-barang untuk menyambut hari lahir Zayyan, tiba-tiba...
"Raisya! Raisya! Oi! Perempuan! Keluar!" jerit Laura dari luar sambil mengetuk pintu.

"Iya?" jawab Raisya dengan nada dingin.

"Kau memang ada hubungan dengan tunang aku kan?!" tengking Laura dengan wajah yang bengang.

Raisya terdiam sejenak. Sejak bila pula yang dia ada hubungan dengan Zayyan? Kalau dia tahu yang Zayyan akan putuskan hubungan pertunangan mereka disebabkan dia, macam mana? Kalau Datin Suraya tahu, mesti dia akan marah teruk!

"Sejak bila pula? Saya tak ada apa-apa hubungan pun dengan tunang cik Laura," Raisya menidakkan apa yang Laura katakan. Memang betul mereka tiada apa-apa hubungan, tetapi hanya dia dan Zayyan yang tahu apa yang ada didalam hati mereka.

"Kalau betul tak ada, bunga ni dari siapa? Siapa yang bagi kau bunga ni?!" kata Laura sambil melemparkan sejambak bunga mawar ke atas lantai dan mengenai kaki Raisya.

"Apa bising-bising ni? Malu lah orang tengok," celah Datin Suraya yang baru sahaja keluar dari dapur.

"Tengok lah ni mummy...dia ada hubungan dengan Zay! Laura bencilah macam ni!" tegas Laura dengan jelingan tajam kepada Laura.

"Mana saya tahu bunga itu dari siapa," kata Raisya, dia memang tidak tahu bunga itu dari siapa.

"Kau tak tahu? Seriously? Kau baca ni!" ucap psycho Laura sambil membaling sekeping kad ucapan.

Raisya menyambut kad ucapan tersebut lalu membacanya.

Assalamualaikum Zara Raisya, aku nak minta maaf atas apa yang aku dah buat dekat kau minggu lepas. Aku betul-betul sayangkan kau, aku cintakan kau. Aku nak kau jadi isteri aku Raisya, tolong terima aku Raisya...Aku tahu, mungkin hubungan kita ini akan melibatkan perasaan mummy aku atas sebab tunang aku, tapi percayalah aku akan jaga dan sayangkan kau sampai mati. Aku akan jumpa kau sekejap lagi, aku nak ajak kau keluar makan sebagai tanda minta maaf aku untuk kau.

Daripada: Zayyan Rain
Kepada: Zara Raisya (My Lovely Flower)

Raisya membaca ucapan yang tertulis pada sekeping surat tersebut, ianya dituju kepada Raisya. Hal ini akan menyebabkan keluarga Zayyan akan huru-hara, salahnya kerana muncul dihadapan Zayyan waktu itu.

"Kenapa kau diam?"

Raisya masih terpaku dan tidak bercakap.

"Aku tanya ni! Kenapa kau diam?! Maksudnya kau memang ada hubungan dengan Zayyan kan?!" jerkah Laura, dia tidak menghiraukan orang disekelilingnya.

"Saya–"

PANG!

satu tamparan melekat pada pipi mulus Raisya, Laura menamparnya dengan kuat sehinggakan pipi gadis itu merah dan berbekas kesan jari. Kerana tamparan itu, para tetamu yang menghadiri majlis Hari ulang tahun Zayyan terkejut. Tamparan itu adalah tamparan kedua yang Raisya dapat selepas bapanya.

"Laura Media! Kenapa tampar dia?" jerit Dato' Muzriq, bapa kepada Laura.

"Dia yang cari pasal! Disebabkan dia juga, Zayyan tak pernah pandang I daddy! It's all her fault!" jerit Laura dengan tiada rasa malu.

Orang-orang disitu saling berbisik antara satu sama lain, kejam betul bakal menantu Datin Suraya ini. Sanggup menyakiti orang yang tidak bersalah akibat kecemburuannya.

"Dekat dunia ni memang dah tak ada lelaki lain ke kau nak try? Tunang aku juga kau nak try!" dengan nada yang masih sama, masih lagi tidak puas hati dengan Raisya.

Raisya hanya berdiam. Dia bukan takut, tetapi ramai yang berada di dalam rumah tersebut untuk menyambut hari kelahiran Zayyan yang ke-28. Dia tidak ingin merisaukan majlis tersebut, lagipun dia tiada siapa yang akan menyebelahinya. Kalau mahu berkawan dengan Laura sudah pasti dia akan kalah, dia hanya orang asing yang tiba-tiba masuk ke dalam kehidupan Zayyan sekeluarga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience