BAB 15

Romance Series 10144

Genap seminggu setelah kejadian itu berlaku. Dalam satu minggu itu, banyak hal yang berlaku, Raisya masih tidak dibenarkan untuk melawat Zayyan. Manakala, Laura pula hilang tanpa dijejak, dengar cerita dia keluar negara dengan sugar daddy nya setelah dia membunuh ibu bapanya sendiri akibat hilang kewarasan.

"Weh! Bos dah datang!" jerit Joshua yang sedang memerhati yang lain yang sedang mengangkat senjata dari helikopter.

"Bos..." panggil Redza dari belakang dengan wajah yang sedih ingin menangis.

"Apahal?" soal malas Zayyan.

"Bos... rindu..." tangis Redza.

"Come here,"

Redza berlari dan memeluk tubuh Zayyan dengan erat. Rindunya dia kepada bosnya, walaupun garang macam bapak rimau.

"Where is Kaiden?" soal Zayyan m, mata melilau mencari kebenaran Tengku Kaiden yang tidak muncul-muncul dari tadi.

"Tuan muda bawa cik Raisya dekat rumah baru yang tuan beli untuk cik Raisya," jelas Redza lalu melepaskan pelukan tersebut.

Zayyan berkerut dahi. "Kenapa? Kenapa Raisya tak stay sini je?" soal Zayyan masih blur.

"Tuan cakap, dekat sini bahaya dan hanya dia seorang perempuan dekat sini. Tuan risau kalau apa-apa berlaku kepada cik Raisya, bos pergilah jumpa cik Raisya. Saya tak sampai hati nak tengok cik Raisya hari-hari menangis sebab nak jumpa bos, tapi mummy bos tak bagi jumpa," jelas panjang lebar Redza lalu menyapu air matanya yang mengalir di pipi.

"Dia menangis?" soal Zayyan.

Redza mengagguk.

"Hari-hari?"

Redza mengagguk lagi.

"Sebab aku?"

"Iya bos," jawab Redza. Sudah penat dia mengangguk, nasib tidak patah lehernya.

"Sayang juga dia dekat aku eh," seloroh Zayyan yang membuatkan Tengku Kaiden yang baru melangkah untuk mendekatinya ketawa terbahak-bahak.

"Kau apahal gelak?" soal Zayyan hairan.

"Tak ada, saja nak gelak. Dah lama tak ganggu kau, tak mengusik kau," seloroh Tengku Kaiden yang membuatkan Zayyan mengetap bibir menahan marah.

"Okey-okey, aku gurau je. By the way barang dah sampai?" soal Tengku Kaiden.

"Dah, nanti aku double check," jelas Zayyan.

"Next week aku kena jumpa Encik Yusuf dekat kem pelatihan. Nanti kau teman aku eh," kata Tengku Kaiden yang sedang membetulkan tali lehernya.

"Ha, yelah. Aku juga," pasrah Zayyan. Dia tidak boleh membantah, sebab arahan ketua.

"Kau dah settle kan budak Black Mamba tu?" soal Zayyan.

"Belum...aku tak ada mood nak bunuh dia," Zayyan mengangkat sebelah keningnya.

"Kenapa?"

"Sebab kau tak ada, aku nak kau tengok sekali aku seksa dia. Tapi kalau pasal budak aku tu, aku dah settle kan dah," jawab santai tengku Kaiden. Mana nak ada mood nya kalau asyik termenung sahaja semasa Zayyan dimasukkan ke hospital, officie pun jarang masuk, sampaikan ayahandanya Tan Sri Tengku Kair sendiri yang take over untuk sementara waktu.

"Kau settle macam mana?" soal Zayyan sambil menyepak rambutnya ke belakang.

"Tuan muda," panggil Alex yang merisaukan keadaan tuan mudanya yang seperti kehilangan daya upaya untuk berdiri.

"Kita balik dulu Tuan, malam nanti kita datang lagi," ucap Alex yang sudah tidak tahu ingin berbuat apa ketika melihat keadaan Tengku Kaiden saat ini. Ini adalah pertama kali dia melihat sisi lemah tuan mudanya.

"Why human is so rude? He never hurt innocent people," sukar Tengku Kaiden yang melemah.

Mereka berdua pulang ke headquarter untuk merehatkan diri, tetapi tengku Kaiden memilih untuk ke bilik seksaan untuk melihat mangsanya yang diikuti oleh Alex.

Alex hanya diam dan mengikuti langkah tuan mudanya. Anak-anak buahnya dapat melihat wajah Tengku Kaiden yang merah sedang menahan amarah. Jika seperti ini, maka tiada siapa yang berani mengganggunya mahupun Zayyan.

Tengku Kaiden dan Alex berdepan dengan dua makhluk yang akan menjadi mangsanya. Adakah mereka berdua akan mati disini? Atau hari ini?

"Liat juga eh nyawa kau ni. Aku dah bagi kau racun Cobra aku pun kau masih hidup," ucap Tengku Kaiden yang sedang memegang dagger emas miliknya.

"Now, tell me why you betray me? Betray Dragon Force even you know that I'm not am innocent people and heartless people when someone in my gang betray me," ucap lancar bahasa Inggeris nya kepada anak buahnya yang telah mengkhianati dirinya.

Pang!

Satu tamparan melekat di pipi lelaki itu dengan kuat dan menampakkan kesan lima jari berwarna merah pada pipinya. Pinggir bibir mengeluarkan cairan darah.

"Disgusting," ucap Tengku Kaiden.

SLACK!

"Argh!!"

Satu jeritan yang kuat memenuhi ruangan tersebut akibat tikaman dagger emas pada bahagian paha dan di tempat yang sama.

"Kau tengok ni eh, Next time don't try to play with fire if you don't want it's burn," ucap Tengku Kaiden kepada anak buah Black Mamba.

Dagger itu di goyangkan pada luka dan cairan racun cobra memasuki luka yang dalam itu akibat tikaman kedua dari Tengku Kaiden.

"Aku teringin nak tengok kau kena siat dengan taring Mickey, tapi aku nak seksa kau dulu," jelas Tengku Kaiden dengan senyum kejam.

PRAK!
PRAK!

Kedua-dua tangan lelaki itu di patahkan secara serentak yang membuatkan lelaki itu menjerit kesakitan.

"Dah berapa banyak informasi kau bocorkan dekat Black Mamba? Kau tahukan yang mereka adalah musuh ketat aku?" tikaman dagger beralih di perut lelaki itu.

"Ma...maafkan sa...saya tu...tuan muda," ucap lelaki tu yang sedang mengatur nafas yang sedang di hujung tanduk.

"Cih! Maaf konon. Bak sini samurai," ucap Tengku Kaiden lalu pedang samurai diberikan oleh Alex kepadanya.

"Dah lama aku tak potong orang," ucapnya lagi.

"Ma...maafkan saya tuan muda," ucap lelaki itu lagi, merayu? Sudah terlambat untuk itu.

SLACK!

Tubuh lelaki itu terpisah menjadi dua bahagia. Alex yang memerhati kejadian tersebut membuatkan bulu roma nya merinding.

Potongan demi potongan tubuh di potong oleh Tengku Kaiden dengan penuh emosi, yang difikirkan keadaan Zayyan yang masih koma dan Laura yang hilang entah ke mana.

"Give Mickey," arah Tengku Kaiden. Mickey adalah singa betina yang di jaga dari kecil yang sangat manja dengan Tengku Kaiden, Zayyan dan Alex. Alex mengaggukkan faham.

"Kejam-kejam," kaya Zayyan sambil menganggukkan kepalanya.

"Mickey dah balik sini? Siapa yang bawa dia balik?" soal Zayyan, setahunya singa itu berada di Perancis bersama dengan orang-orang bawahan tengku Kaiden.

"Baru je sampai, masa kau masuk hospital hari tu," jelas Tengku Kaiden dan Zayyan mengangguk dan membuat mulut seperti 'O'.

"Sayang juga kau dekat aku eh?" ucap Zayyan yang membuatkan Tengku Kaiden memeluknya.

"Gila tak sayang? Kau kawan baik aku dari sekolah rendah lagi bro," jelas Tengku Kaiden lalu meleraikan pelukan mereka.

"Zayyan," panggil Tengku Kaiden.

"Hmm?"

"Welcome back,"

"Yeah! I'm back,"

Akhirnya Zayyan kembali, Tengku Kaiden yang sudah menyiapkan segala strategi untuk membalas balik kumpulan Black Mamba. Kumpulan ini dipimpin oleh seorang pemimpin yang misteri, sampai sekarang tiada siapa yang tahu pemimpin tersebut. Dalam masa yang sama, dia dan Zayyan juga harus melindungi keluarga serta Raisya agar tiada apa yang berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience