"Uish! Ramainya orang dekat rumah kau. Kau ada ajak orang kenduri ke?" soal Tengku Kaiden yang matanya melilau melihat sekeliling.
"Mana ada. Aku tak ada ajak orang buat kenduri pun," jawab Zayyan lalu memarkir keretanya.
Mereka berdua keluar dari kereta dan mendengar suara perempuan yang sedang bergaduh.
"Laura! Calm down," ucap Datin Suria, yang mencuba menenangkan anak daranya yang sedang mengamuk seperti disampuk dek hantu.
"No mummy! I can't! She's too much! Dia tak layak untuk Zayyan!" Laura semakin menggila.
Laura mencapai pisau yang berada di atas meja itu dan menggenggamnya erat sebelum meluru ke arah Raisya. Matanya merah menyala penuh dengan kebencian, nafasnya turun naik dengan kasar.
"Aku takkan biarkan kau rampas Zayyan daripada aku!" jerit Laura, sambil mengacukan pisau itu tepat ke arah Raisya, seolah-olah bersedia untuk menikamnya pada bila-bila masa.
"Laura! Put it down, it's too dangerious," Datin Suria mencuba untuk menenangkan anaknya.
"Mummy," panggilnya. Emosi Laura terganggu. Laura mempunyai penyakit mental health, dimana dia akan beremosi apabila apa yang dia inginkan dia tidak dapat ataupun dirampas oleh orang lain.
"Dulu Kasyrina! Sekarang kau pula! Apa kena dengan perempuan zaman sekarang ni? Memang minat nak rampas kebahagiaan orang ke?" amarah Laura sudah tidak terkawal, emosinya semakin semakin teruk. Jika dibiarkan begitu sahaja, Raisya akan menjadi mangsa Laura.
"Laura!" tempik suara garau dari pintu utama.
Mereka semua memandang kearah suara tersebut, mereka melihat Zayyan dan Tengku Kaiden yang cemas melihat Laura yang sedang memegang senjata yang tajam itu.
"Put it down!" arah Zayyan dengan nada kuat.
"Why? Sebab dia orang yang you sayang? Yang you cinta? Hmm?" soal Laura, air mata mula mengalir di pipinya.
"Yes. Zara Raisya is the one who I love, and I never love you. Aku nak putuskan pertunangan kita, aku dah penat nak layan karenah kau. Faham?"
Zayyan yang membuatkan mereka semua terkejut termasuk Tengku Kaiden, Raisya, ibu bapa Zayyan dan Laura. Ibu bapa Laura tidak terkejut kerana Zayyan sudah menemui mereka terlebih dahulu untuk berbincang tentang pertunangan ini.
"Zayyan Rain! Kenapa nak putuskan pula?" Datin Suraya bersuara. Dia tidak percaya apa yang anak dia katakan.
"Sebab Zayyan cintakan Raisya mummy, I love her so much," ucap Zayyan yang masih berlembut dengan Datin Suraya.
"Lagipun, perempuan ni bukannya baik sangat. Apa yang mummy cakap semua ni salah, dia bukan perempuan yang suci. Dia dah ditebuk tupai!" ucap Zayyan dengan pantas pandangan matanya tertumpu pada Laura.
"No! I tak pernah ditebuk tupai!" Laura menidakkan.
"Kalau kau tak pernah, habis? Anak yang kau mengandungkan tu anak siapa? Anak aku? Ke anak jantan lain?" sinis Zayyan. Dia sudah mengetahui apa yang berlaku pada Laura.
Laura terdiam, dia tiada kata-kata untuk membalas ucapan Zayyan. Anak siapa yang kau kandung Laura? Siapa bapak budak tu? Dah berapa banyak lelaki yang kau tidur? Dah berapa banyak lelaki yang dah rasa badan kau? Banyak soalan-soalan yang berada di dalam fikiran kedua ibubapa Laura.
"Dah berapa ramai jantan yang kau tidur? Dah berapa ramai jantan yang bagi benih dekat kau?" soal Zayyan dengan penuh ketegasan.
Laura hanya berdiam dan tidak menjawab.
"I'm asking you Laura! Dah berapa ramai jantan yang dah rasa badan kau?" jerkah Zayyan, dia sudah tidak sabar ingin putuskan hubungannya dengan Laura.
"I...I tak pernah tidur dengan mana-mana lelaki pun," Laura menafikan hal yang sebenar.
"Tak pernah? Habis tu, yang kau check-in hotel sebelum kau datang sini tu apa? Malam semalam? Petang semalam? Meeting ke?" sinis Zayyan yang ingin mengapikan lagi Laura.
Tengku Kaiden memberikan laptop kepada Zayyan. Zayyan memulakan video rakaman cctv hotel dan cctv bilik yang Laura dan para-para lelaki yang pernah Laura tiduri.
"No! It's not me!" nafinya lagi.
"Yes. It's you Laura Media," Zayyan semakin mengapikan amarah Laura.
"From now on, we break up. Kau bukan lagi tunang aku dan aku akan menikahi Zara Raisya, faham?" jelas dan pada dari Zayyan.
Laura merasa bengang dengan Raisya.
"Kau memang patut mati Raisya!" jerit Laura dan berlari dengan pantas untuk menikam Raisya. Tetapi, malangnya Zayyan melindungi Raisya dan pisau tersebut tertikam pada bahagian belakang Zayyan.
"Zayyan!" jerit Datin Suraya dan Tengku Kaiden yang berlari menyambut Zayyan dari terjatuh ke lantai.
Raisya terkejut dengan tindakan Zayyan untuk melindunginya dari bahaya. Adakah ini yang dikatakan pengorbanan dari seseorang yang mencintai dirinya? Adakah ini yang dikatakan cinta yang tulus dari seorang lelaki asing setelah bapanya?
Air mata Raisya mula mengalir dan berlutut melihat Zayyan yang masih memandang wajahnya, dengan tatapan penuh kasih sayang. Adakah dia akan kehilangan lelaki yang sanggup berkorban apa sahaja untuk dirinya?
"Awak," panggil Raisya dengan nada teresak-esak dalam tangisan.
"Flower, aku sayangkan kau tau. Dah, jangan nangis. Aku tak akan mati punya lah, okey?" ucap Zayyan yang menahan kesakitan.
Tengku Kaiden dan Dato' Zairil memapah Zayyan untuk dibawa ke hospital milik Rain's.
Laura pula berjaya melarikan diri setelah dia menikam Zayyan.
"Ini semua sebab kau perempuan! Kalau kau tak muncul depan anak aku, semua ni tak akan jadi macam ni! Aku nak kau berambus dari rumah ni, berambus!" ucap Datin Suraya yang sedang memanas dan dia terus mengikuti anaknya yang sedang dikejarkan ke hospital.
Para tetamu yang hadir itu, masing-masing pulang dan kini hanya tinggal Raisya dan kesan darah Zayyan yang berada di lantai Dengan rela hati, Raisya mengemas semua barang-barang dan pakaiannya, lalu keluar dari rumah tersebut. Kunci mansion itu diserahkan kepada guard yang menjaga di pagar utama mansion tersebut.
"Maafkan saya Zayyan," ucap Raisya yang masih menangis dan merasa bersalah keatas apa yang berlaku kepada Zayyan.
"Maafkan saya. Disebabkan saya, awak yang tanggung akibatnya," rasa sakit itu kembali lagi. Dia kembali merasakan sakit yang pernah dialaminya sewaktu dibuang dari keluarganya sendiri.
"Cik Raisya kan?" terus seseorang dari belakang.
Raisya berpaling ke belakang dan melihat figura seorang lelaki yang memakai pakaian yang serba hitam.
"Ya saya, awak siapa?" soal Raisya ragu-ragu. Ingin lari tapi tiada tenaga kerana dia tidak makan dari pagi lagi.
"Saya Alex, orang kanan bos Zayyan," ucap Alex dengan nada rendah. Dia tidak ingin Raisya merasa ketakutan.
"Alex...ada apa awak datang sini? Awak sepatutnya pergi jumpa bos aw–"
"Tuan muda suruh saya bawa cik ke tempat kami, disana cik Raisya anak selamat," potong Alex lalu membuka pintu kereta untuk Raisya.
"Tuan muda? Siapa?" soal Raisya yang keliru.
"Tengku Kaiden," jawab Alex.
"Mari cik," ajaknya.
Raisya mengangguk perlahan dan berjalan memasuki perut kereta Vellfire yang berwarna hitam. Alex menakan butang dan menutup pintu tersebut. Raisya mencuba tenang, tetapi dia masih gelisah dengan keadaan Zayyan.
Alex memandu meluru ke headquarter milik Dragon Force. Ramai mata yang memandang pelik kearah Raisya, kerana dia satu-satunya perempuan yang pernah dibawa oleh Alex. Jika Alex membawanya kesini, itu bermakna perintah dari Bos atau Tuan Muda mereka.
Share this novel