BAB 1

Romance Series 10144

"Mama, tu bukan milik Rai. Rai tak pernah buat benda terkutuk macam tu," mohon gadis yang bernama Zara Raisya itu di kaki Puan Rozita sambil menangis.

"Kau ni buat malu nama keluarga aje!" kata Puan Rozita sambil menepis gadis itu dengan kuat.

"Apa yang kau dah buat ni Rai? Kau nak malukan nama keluarga kita ke?" soal Zya kakak Raisya.

"Tapi benda tu bukan milik Rai, Rai tak mengandung pun," tangis gadis itu semakin kuat.

"Kalau bukan milik kau, habis tu milik siapa? Milik Zya?" soal Tuan Rahman dengan nada yang marah.

"Mungkin, kita tak tahu," jawab Raisya.

"Tapi, aku jumpa benda ni dalam bilik kau masa aku nak kemas bilik kau tadi!" jerit Puan Rozita sambil membalingkan pregnancy test tepat di muka Raisya.

"Sumpah mama! Itu bukan Rai punya!" Raisya cuba meyakinkan mamanya yang sedang marah. Cuba menegakkan keadilan yang itu bukan miliknya.

"Kalau bukan kau punya, macam mana benda ni boleh ada dalam bilik kau?" soal Tuan Rahman.

"Please papa, it's not mine. Itu bukan Rai punya! Rai pun tak tahu benda tu boleh ada dalam bilik Rai," tangis Raisya tersedu-sedan.

PANG!

Tamparan diberikan kepada pipi kiri gadis itu menyebabkan dia terteleng ke kanan, serta-merta tubuh Raisya tersungkur ke lantai, dia berhenti menangis kerana terkejut akan tamparan yang diberikan oleh Tuan Rahman tadi.

Zya tersenyum menang apabila melihat adiknya yang selalu disayangi oleh ibu bapanya diperlakukan seperti itu.

"Kau ambil baju-baju kau ni, kau berambus dari rumah ni! Aku dah tak nak tengok muka kau lagi! Aku tak ada anak yang mengaibkan keluarga! Keluar!" jerit Puan Rozita sambil mencampakkan pakaian dan beg Raisya dihadapan gadis itu dengan marah.

"M..Ma...Mama," tersedu-sedu gadis itu menangis dan tidak ada sesiapa pun berada di pihaknya.

"Jangan panggil aku mama lagi! Aku kecewa melahirkan kau! Aku tak ada anak macam kau! From now on, you are no longer my daughter!" ucap Puan Rozita lalu pergi dari hadapan Raisya.

"Zya, bawa dia keluar," kata Tuan Rahman kepada Zya.

Zya mengangkat alis, senyumnya semakin lebar. Dia berjalan menghampiri Raisya dengan langkah yang penuh keyakinan. "Jom, Rai, jangan buat hal lagi. Kau dah buat malu cukup dah," kata Zya sinis sambil menarik beg Raisya dengan kasar.

Raisya tergamam, tubuhnya lemah tak berdaya. Tangisan semakin teresak-esak, hatinya remuk melihat sikap kedua-dua orang tuanya. "Papa... Mama... tolonglah... Rai tak buat benda tu," rayu Raisya sambil menggenggam beg yang dicampakkan ke lantai.

"Kau nak tahu tak siapa yang letak benda tu dalam bilik kau?" soal Zya sambil tersenyum sinis.

"S..si..siapa?" soal Raisya yang masih lagi menangis.

"Actually, benda tu aku punya and disebabkan kau yang always dapat attention dari mama dengan papa. So, aku decide nak hancurkan kau," bisik Zya tepat di telinga Raisya dengan tersenyum menang.

Raisya terkejut dan tidak menyangka bahawa kakaknya sendiri yang hancurkan dirinya.

"Sampai hati kau buat aku macam ni!" jerit Raisya. Memang tidak disangka.

Zya pun pergi dan masuk ke dalam rumah dengan senang hati.

"Tunggu! Jangan tinggalkan Rai!" suara Zara tersangkut di kerongkong, namun tiada siapa yang peduli. Tuan Rahman dan Puan Rozita sudah menghilang di dalam bilik mereka, membiarkan Raisya berdiri sendiri di ruang tamu yang terasa begitu sepi dan kosong.

Zya menolak Raisya keluar dari rumah, dengan wajah yang penuh kepuasan. "Jangan harap kau boleh balik lagi. Ini bukan tempat kau lagi, Rai," kata Zya dengan suara yang keras.

Raisya cuba untuk melawan, tapi tubuhnya terasa begitu lemah. Semua yang dia harapkan, semua yang dia cintai, tiba-tiba hilang dalam sekelip mata. "Tolong... tolong jangan buat aku macam ni," suara Raisya hampir tak kedengaran, namun Zya hanya menggelengkan kepala dan menolak tubuh Raisya keluar dari rumah.

Ketika pintu rumah ditutup, Raisya berdiri di luar, sendirian, tanpa tempat bergantung. Hanya tangisan dan hujan yang menemani, namun entah siapa yang akan mendengarnya.

"Ma, bukan salah Rai," rayu Raisya didepan pintu rumah yang tertutup rapat.

Malam semakin larut, dan hujan mulai turun dengan lebat. Raisya berdiri di hadapan pintu rumah keluarganya yang kini terasa asing. Pakaian dan begnya basah kuyup, namun dia tidak peduli. Tangisannya semakin lama semakin reda, digantikan dengan tatapan kosong yang penuh luka.

"Kenapa semua orang buat aku macam ni?" bisik Raisya perlahan, tubuhnya menggigil menahan dingin. Dia memandang ke arah rumah yang pernah menjadi tempat berlindungnya. Tapi sekarang, rumah itu tidak lagi menerima dirinya.

Dia melangkah perlahan ke arah pagar, membawa beg yang berat seolah-olah memikul beban seluruh dunia. Jalanan gelap dan sunyi, hanya ditemani suara rintik hujan. Raisya tidak tahu ke mana harus pergi, tetapi langkahnya terus maju. Dalam hati, dia bertekad mencari kebenaran dan membersihkan namanya.

Raisya akhirnya tiba di sebuah taman kecil. Dia duduk di bangku batu, membiarkan tubuhnya basah kuyup. Fikiran bercelaru, hatinya luka. "Kenapa semua ni jadi pada aku?" bisiknya. Air mata yang bercampur dengan titisan hujan menuruni wajahnya.

Tangannya menggenggam erat beg pakaian yang berada di sisinya, seolah-olah bersedia untuk mempertahankan diri jika perlu. Hatinya berdetak kencang, rasa takut dan curiga mula menguasai.

Penunggang motor itu mematikan enjin dan membuka visor helmetnya, mendedahkan wajah seorang lelaki muda dengan mata tajam yang penuh misteri. Wajahnya serius, namun ada sesuatu yang membuat Raisya tidak dapat mengalihkan pandangannya. Lelaki itu turun dari motor dan berjalan menghampirinya dengan langkah perlahan.

“Kau buat apa dekat sini sorang-sorang?” tanya lelaki itu dengan nada rendah tapi tegas.

"Sa...saya kena halau dari rumah," jawab Zara ragu-ragu.

"Siapa nama kau?" soal lelaki itu sambil memberikan jaket hitam miliknya kepada gadis itu untuk menutup badannya yang basah.

"Nama saya Zara Raisya," jawab Raisya dengan lembut dan menundukkan kepalanya ke bawah.

"Kau ada tempat nak berteduh tak?" soal Zayyan sambil menundukkan sedikit badan yang tinggi lampai itu.

"Tak ada, saya-" ucap Raisya, terkejut apabila dia mengangkat kepalanya muka Zayyan betul-betul dekat dengan wajahnya.

Zayyan menjauhkan wajahnya dari wajah Raisya, dia berfikir macam mana nak tolong gadis itu.

"Kau nak ikut aku tak?" soal Zayyan tanpa rasa bersalah.

Raisya terkejut dengan soalannya. "Ta..tapi, kita bukan mahram, dan saya tak kenal awak," ucap Raisya ketakutan.

"Aku Zayyan, kau boleh panggil aku Zay or Yan," ucap Zayyan dengan santai.

"Sekarang kau dah kenal aku kan?" soalnya lagi.

"Ya. Saya kenal nama awak sekarang, tapi tu bukan masalah dia," jawab Raisya. Geram pun ada juga.

"Habis tu?" soal Zayyan sambil melabuhkan punggung di sebelah Raisya.

"Kita ni bukan mahram, saya ni perempuan awak tu lelaki. Saya mana boleh ikut lelaki sesuka hati aje," jelas Raisya panjang lebar.

"Ye eh! Habis tu, tak kan kau nak duduk sini sampai esok?" tanya Zayyan yang membuatkan Raisya terdiam.

Raisya hanya diam dan tidak bersuara, dia sedang berfikir macam mana dia nak berteduh? Kalau ikut Zayyan mungkin akan jadi benda lain pula.

Zayyan mengeluarkan telefon iphone miliknya lalu menekan nombor seseorang.

"Helo, bro! Datang sini, aku share location. Datang dengan kereta," kata Zayyan lalu mematikan panggilan tersebut.

"Kita tunggu sampai Alex sampai," kata Zayyan dengan tenang.

[Assalamualaikum semua para readers, ini story saya yang ketiga...Maaflah kalau story ni ada tersama ke dengan story author lain, yang saya boleh cakap dekat sini adalah story ni 100% dari otak saya and saya harap korang tak kecam saya lah erk. Bukan apa tau, sebab saya yang fikir alur cerita and tiba-tiba ada org cakap story ni saya copy dari mana ii author... Bukan takut kena kecam, sebab orang tak ada ditempat kita and orang tak tahu apa yang ada di dalam fikiran kita... Sorry again and Hope you guys enjoy]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience