BAB 22

Romance Series 26699

"Awak!" panggil Raisya yang sedang menyiram pokok bunga matahari—hadiah daripada Zayyan selepas dia keluar dari hospital.

"Hmm?"

"Are you serious want to marry me?" soal Raisya tiba-tiba.

Tengku Kaiden yang sedang menikmati teh hampir tersembur air minumannya.

"Yes. I'm serious," jawab Zayyan tenang.

Raisya menggigit bibir. "Tapi… saya kena jumpa parents saya dulu untuk minta restu dan wali untuk saya." Ada keraguan dalam nada suaranya.

Zayyan mengeluh perlahan. "Tak payah. Kita guna wali hakim saja. Aku yakin keluarga kau takkan restu. Aku juga yakin kalau kau pergi jumpa mereka, kau akan kena halau lagi."

PAKK!

"Aduh! Sakitlah!" Zayyan menggosok lengannya yang baru sahaja ditampar oleh Tengku Kaiden.

"Kau ni kan? Mulut tu memang tak boleh nak jaga, eh? Kau tahu tak, kau baru buat dua orang menangis? Bebal betul otak kau ni, nak bercakap tu pandanglah kiri kanan dulu!" bebel Tengku Kaiden geram apabila melihat wajah Raisya bertukar muram.

Zayyan menepuk dahinya sendiri. Kenapa aku ni suka sangat cakap lepas?

Dia memandang Raisya yang sudah menunduk, memegang hujung bajunya erat sambil merenung tanah. Kata-katanya tadi benar-benar menikam perasaan gadis itu.

Zayyan menarik nafas panjang sebelum menghampiri Raisya. "Flower? I'm sorry, aku tak sengaja. Aku tak maksudkan macam tu… Aku minta maaf, okay?"

"Bodoh betul," Tengku Kaiden mengutuk Zayyan tanpa belas kasihan.

"Diamlah kau, babi." Zayyan membidas dengan muka masam.

Kaiden ketawa sinis. "Inilah cinta monyet yang tak habis-habis dan tak ada penghujungnya."

"Kau diam boleh tak? Dah pergi office sana, nanti Tan Sri pecat kau baru tahu," halau Zayyan, geram dengan sikap menyibuk Kaiden.

Tengku Kaiden tersenyum penuh bangga. "Tak ada maknanya dia nak pecat aku. Aku kan anak kesayangan dia? Paling teruk pun, dia bagi bonda aku bebel dekat aku jelah."

Zayyan tiba-tiba tersenyum jahat. "Ha, nanti aku bagitahu Puan Sri yang kau malas nak masuk office sebab selalu kacau daun time aku dengan Raisya."

Tengku Kaiden buat muka selamba. "Go on. Aku lagi rela kena bebel daripada tengok kau buat Raisya menangis."

Raisya akhirnya bersuara, suaranya perlahan tetapi penuh emosi. "Zayyan, awak tahu tak perasaan bila seseorang yang awak anggap keluarga langsung tak terima kewujudan awak? Awak tahu sakit dia macam mana?"

Zayyan terdiam. Dia memang tak pernah berada di tempat Raisya. Dia tak akan faham sepenuhnya.

Tengku Kaiden menggeleng kepala. "Dah, kau jangan tambah luka dia lagi. Kau tu memang spesies cakap tak guna otak."

"Aku dah minta maaf, kan?" balas Zayyan, geram kerana Kaiden terus menyindirnya.

"Meminta maaf tanpa memahami salah kau tak ada guna, bro," Kaiden meneguk semula air tehnya dengan gaya penuh kepuasan.

Raisya mengesat air matanya. "Saya masuk dalam dulu."

Zayyan hanya mampu melihat Raisya berlalu pergi, dan kali ini perasaan bersalah benar-benar menekan dadanya.

Kaiden menepuk bahu Zayyan. "Kau ni memang pandai buat perempuan menangis, kan?"

Zayyan mengeluh berat. "Aku cuma nak cakap benda yang betul, bukan nak buat dia sedih."

Kaiden ketawa sinis. "You have to remember, sometimes the truth, if not conveyed properly, can be more painful than a lie."

Zayyan diam. Kata-kata Kaiden ada benarnya. Dia perlu betulkan keadaan.

"Nak kata bodoh tak juga, tapi itulah…" bebel Kaiden sambil menggeleng.

"Dah, pergi pujuk dia. Nanti tak pasal-pasal tak jadi nak kahwin."

Zayyan mendengus sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Sampai di depan pintu bilik Raisya, dia mengetuk perlahan.

"Flower? Can I come in?" suaranya lembut, jauh berbeza daripada nada biasanya.

Tiada jawapan.

Zayyan menarik nafas dalam. "Aku tahu aku salah. Aku cuma… aku takut kehilangan kau, Raisya. Aku tak nak tengok kau disakiti lagi, itu sebab aku cakap macam tadi."

Pintu terbuka sedikit. Raisya muncul dengan mata yang masih merah. "Apa lagi yang awak nak, Zayyan?"

Zayyan menelan air liurnya sebelum perlahan-lahan cuba menyentuh pipi Raisya, tetapi tangannya jatuh semula ke sisi. "Aku nak kau tahu yang aku serius, Raisya. Aku nak kahwin dengan kau bukan sebab suka-suka, tapi sebab aku betul-betul sayangkan kau. Aku tak nak tengok kau jatuh lagi. Aku janji aku akan jadi suami yang boleh lindungi kau."

Mata Raisya kembali berkaca. "Macam mana kalau mereka buat sesuatu pada awak?"

Zayyan tersenyum kecil. "Let them try. As long as I'm with you, tak ada siapa boleh sentuh kau. Aku akan pastikan itu."

Raisya menatap anak mata biru lelaki itu lama-lama. Untuk pertama kali, dia rasa ada seseorang yang benar-benar mahu melindunginya.

Dari luar bilik, Tengku Kaiden hanya menggeleng dengan senyuman sinis. "Cinta monyet ke, cinta sejati ke, yang penting kalau gaduh jangan sampai aku kena jadi orang tengah lagi. Penat aku, bro."

Dia melangkah pergi sambil menghela nafas panjang.

"Nasib kau lah, Kaiden. Siap suruh aku single… Huwaa, bonda nak kahwin…" bebelnya seorang diri sebelum masuk ke dalam perut Lamborghini Veneno miliknya.

Setibanya di perkarangan mansion The Dragon's Family, dia keluar dari kereta dan melaungkan:

"Assalamualaikum, Bonda. Ayahanda. Kai balik ni."

"Waalaikumussalam, Tengku Kaiden Rafael. Hah, baru ingat jalan balik rumah? Selalu busy sangat sampai bonda nak tengok bayang pun susah!" suara Puan Sri Richard kedengaran dari dapur.

Kaiden tersengih. "Alah, bonda ni. Kai kan busy kerja…"

"Kerja ke kacau daun pasangan orang?" celah Tan Sri Kair dengan nada tenang tetapi penuh makna.

Kaiden hampir tersedak. "Alaa, ayahanda ni dengar dari siapa pula? Zayyan ke?"

Puan Sri Richard tertawa. "Habis tu? Ingat kami tak tahu anakanda kami ni suka menyibuk dalam urusan percintaan orang?"

Kaiden mengeluh kecil. "Kai bukan menyibuk. Kai cuma nak pastikan sahabat Kai tak buat keputusan bodoh."

Tan Sri Kair ketawa kecil. "Sama macam zaman muda ayahanda dulu. Akhirnya sendiri tak kahwin-kahwin."

Puan Sri Richard menyampuk, suaranya mula berubah serius. "Haah, pasal kahwin ni, bila nak bawa menantu untuk bonda?"

Tengku Kaiden menggigit bibir. Dia sudah jangka soalan itu akan keluar. Ingin sahaja dia menyorok bawah meja.

"Bonda ni kan… bagi la Kai hidup tenang dulu. Kai nak enjoy life, bonda. Lagi pun, Kai tak jumpa calon yang sesuai lagi."

Puan Sri Richard mendengus kecil. "Habis tu, Zayyan dah nak kahwin. Kamu bila?"

Tengku Kaiden tergelak. "Kalau nak bonda happy, nanti Kai pergi culik anak orang seorang buat bini, okay?"

"Hah, jangan buat kerja gila pula!" tegur Tan Sri Kair, tetapi ada nada tawa dalam suaranya.

Tengku Kaiden hanya tersengih sebelum berlari ke dalam lift. Dalam kepalanya, dia mula memikirkan—betulkah dia tak jumpa calon yang sesuai, atau sebenarnya dia masih belum bersedia untuk terikat dengan sesiapa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience