BAB 25

Romance Series 26699

"Zay, macam mana dengan senjata baru tu? Dah sampai belum?" soal Tengku Kaiden dengan nada mendatar.

"On the way," balasnya.

"Kau ni kenapa? Pelik je aku tengok hari ni," Zayyan kehairanan melihat Tengku Kaiden yang hanya menunjukkan wajah dingin sepanjang hari.

"Aku—"

"Tuan! Kita ada masalah besar!" Redza tiba-tiba memotong dengan nafas terputus-putus.

"Kau tak reti nak bagi salam ke?" soal Zayyan.

"Maaf. Assalamualaikum."

"Wa'alaikumussalam," serentak mereka berdua.

"Apa masalahnya?" Zayyan bertanya sambil berpeluk tubuh.

"Laura Media is back! Dia dah balik Malaysia!" jelas Redza sambil menyerahkan fail yang berisi gambar Laura bersama Lucas dan Vegas.

"Oh, memang babi betul perempuan tu," ucap Zayyan dengan nada malas.

"How did you know this?" soal Tengku Kaiden dengan nada dingin.

"Saya... saya jumpa mereka semasa saya temankan Puan Raisya pergi beli barang tadi." Redza bersuara sedikit menggigil ketika menyebut nama Raisya di hadapan Zayyan.

"What?! Dia nampak isteri aku tak?" soal Zayyan panik.

Tengku Kaiden mengerutkan dahi melihat reaksi Zayyan yang tiba-tiba gelisah.

"Relax, bro. Aku rasa Laura tak perasan Raisya, kan?"

Redza menelan liur sebelum menggeleng perlahan. "Saya tak pasti, Tuan. Tapi masa saya nampak mereka, Laura tengah berbual dengan Lucas dan Vegas. Tak nampak dia cari-cari sesiapa."

Zayyan menumbuk meja dengan geram. "Sial! Aku tak boleh biarkan dia kacau hidup aku lagi!"

Tengku Kaiden memandang Redza dengan pandangan tajam. "Pastikan pergerakan mereka. Aku nak tahu apa tujuan mereka balik ke Malaysia. Kau faham?"

"Baik, Tuan!" Redza segera mengangguk sebelum beredar.

Tengku Kaiden mengalihkan pandangan kepada Zayyan yang masih kelihatan tegang. "Kau takut Laura cuba untuk bunuh Raisya macam dulu?"

Zayyan mendengus kasar. "Ya, aku takut. Aku takut aku yang tak boleh jadi pelindung dia. Aku dah janji akan jadi perisai untuk dia."

Tengku Kaiden menyandarkan tubuh ke kerusi, memandang rakannya dengan penuh pertimbangan. "Kalau kau betul-betul nak jauhkan dia, kau kena buat sesuatu sebelum Laura bertindak dulu."

Zayyan meraup wajahnya, otaknya ligat mencari jalan keluar. "Aku kena jumpa seseorang."

"Siapa?" soal Tengku Kaiden.

Zayyan mengangkat pandangan, matanya berkilat dengan niat yang baru terbentuk. "Eagle."

Tengku Kaiden mengerutkan kening apabila mendengar nama tersebut.

"Seriously? Kau nak libatkan assassin tu?" soal Tengku Kaiden ingin kepastian.

Zayyan mengangguk. "Dia je yang boleh tolong kita sekarang ni. Lagipun, Alex aku suruh jaga anak-anak Mickey dekat rumah aku."

"Hmm." Tengku Kaiden hanya menggumam dingin.

"So? How about Cobra?" soal Tengku Kaiden sambil bermain pistol di tangannya.

"Everything’s okay. Cuma, lately ni aku tengok dia macam tak ada selera nak makan," balas Zayyan sebelum berdiri.

"Dia nak bersalin kulit kot?" balas Tengku Kaiden dengan wajah kosong. Lelaki itu semakin dingin sejak Zayyan berumah tangga.

"But... kau betul-betul nak jumpa Eagle? Kau pun tahu dia masih budak belasan tahun."

"Yes!"

Tengku Kaiden menghela nafas perlahan. "Then… just do whatever you want to protect your wife. And remember, I always have your back."

Dia berpaling lalu beredar, meninggalkan Zayyan seorang diri.

Zayyan termenung seketika sebelum mencapai telefon bimbitnya. Jarinya menari di atas skrin, mencari nombor yang sudah lama dia simpan tapi tak pernah dia hubungi.

"¿Hola?"("Hello?")

Suara di hujung talian kedengaran malas, tapi penuh dengan aura bahaya.

"Eagle, necesito tus servicios,"("Eagle, aku perlukan khidmat kau,") ujar Zayyan, nadanya tegas.

"Oh? ¿Desde cuándo me necesitas, Shark?"("Oh? Sejak bila kau perlukan aku, Shark?")Suara itu ketawa kecil. "Pensé que ya te habías retirado de este mundo oscuro."("Aku ingat kau dah pencen dari dunia gelap ni.")

Zayyan mengetap rahang. "Esto es por la seguridad de Raisya."("Ini pasal keselamatan Raisya.")

Senjata di tangan Eagle yang sedang dipusing-pusing terhenti. Dia bangkit dari sofa lusuhnya dan melangkah ke tingkap, memandang malam yang pekat. "¿Qué pasó?"("Apa yang jadi?")

"She's back!"

Keheningan menyelubungi talian buat beberapa saat sebelum Eagle mendecit kecil. "¿Así que esa perra sigue viva?"("Jadi, si jalang tu masih hidup rupanya?")

"Y no permitiré que vuelva a tocar a Raisya. Tú sabes lo que hizo antes."("Dan aku takkan benarkan dia sentuh Raisya lagi. Kau tahu apa yang dia buat dulu.")

"Huh! Of course I remember," suara Eagle dipenuhi sindiran. "¿Quieres que la elimine?"("Kau nak aku hapuskan dia?")

Zayyan diam seketika. Tawaran itu terlalu menggoda.

"Todavía no."("Belum lagi,") akhirnya dia menjawab. "Solo quiero que la investigues. Quiero saber cada uno de sus movimientos, con quién se encuentra y qué está planeando."("Aku cuma nak kau siasat dia. Aku nak tahu setiap pergerakan dia, siapa yang dia jumpa, apa yang dia rancang.")

Eagle menghembus nafas perlahan. "Es fácil. Pero no trabajo gratis, Shark."("Mudah saja. Tapi aku tak buat kerja secara percuma, Shark.")

"Yo pago,"("Aku bayar,") potong Zayyan pantas.

Eagle tersenyum. "De acuerdo. Tienes dos días para hacer el pago. Empezaré la investigación esta noche."("Baiklah. Kau ada dua hari untuk uruskan bayaran. Aku akan mulakan siasatan malam ni.")

"Be careful," pesan Zayyan sebelum memutuskan talian.

Dia menyandarkan tubuhnya ke dinding, matanya memandang ke arah pintu bilik. Dalam kepalanya, hanya ada satu wajah, Raisya.

Tengku Kaiden betul. Kalau dia mahu Raisya selamat, dia perlu bertindak sebelum Laura menyerang dulu.

Dan dia takkan teragak-agak kali ini.

Eagle duduk bersilang kaki di atas sofa lusuh dalam apartmennya yang serba minimalis. Cahaya samar dari lampu meja memberikan suasana yang suram, cukup untuk menampakkan beberapa keping fail dan gambar yang berselerak di atas meja kopi.

Telefon di tangannya bergetar. Dia melirik skrin sebelum menjawab.

"Kau ambil masa lebih lama dari yang aku jangka, Alex."

"Aku kena pastikan tak ada sesiapa yang ikut aku," jawab Alex di hujung talian. "Aku dah dapat detail penuh tentang Laura. Lokasi terakhir dia di hotel lima bintang dekat tengah bandar. Dia tak bergerak sejak petang tadi."

Eagle mencapai sebatang pen hitam, mengetuk-ngetuknya di atas fail di hadapannya. "Kau pasti dia tak tahu kita dah mula perhatikan dia?"

"Pasti," Alex menegaskan. "Tapi aku tak rasa dia datang seorang. Lucas dan Vegas ada bersamanya. Itu bermakna mereka dah rancang sesuatu."

Eagle tersenyum sinis. "Bagus. Lagi ramai, lagi seronok kerja aku."

Alex mengeluh perlahan. "Jangan buat kerja gila, Eagle. Shark cuma nak kau siasat pergerakan mereka, bukan musnahkan separuh bandar."

"Tsk. Aku tahu," balas Eagle acuh tak acuh. "Aku akan hantar laporan pertama dalam masa 24 jam. Kau tahu cara aku."

Alex mengangguk, walaupun dia tahu Eagle tak dapat melihatnya. "Baik. Tapi aku akan ada di kawasan sekitar. Kalau ada apa-apa, kau tahu nak cari aku di mana."

"Jangan risau. Aku tak pernah gagal," ujar Eagle sebelum memutuskan talian.

Dia menyandarkan tubuh ke sofa, jemarinya lincah menyusun gambar di hadapannya.

Laura Media.

Wajah wanita itu jelas terpampang dalam gambar yang diambil oleh Alex. Masih seperti dulu—senyuman angkuh, mata yang penuh muslihat.

Eagle mengangkat sebelah kening. "Kau buat apa balik Malaysia, huh?"

Tangannya mencapai kot hitam di sisi sofa sebelum dia menyarungkan hood di kepalanya. Dalam sekelip mata, dia sudah lenyap ke dalam kegelapan malam.

Masa untuk memburu telah bermula.

"Hidup menyusahkan orang betul!" bebelnya.

(btw, di pun ada... "Anisafiery", mungkin dalam app ni saya akan up story lain. tapi, kalau nak baca story ni boleh pergi search je Anisafiery, ok?)

sorry lambat up

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience