"Tuan muda, anak Black Mamba tu dah mati. Nak saya tanam atau bagi Mickey?" soal Alex yang memandang Tengku Kaiden yang sedang termenung di balkoni.
"Bungkus mayat dia, aku nak bagi hadiah dekat Felix," jelas Tengku Kaiden sambil mencicipi segelas susu panas.
"Baik tuan!"
"Let's play the game bro," sinis Tengku Kaiden.
"Josh! Mana Zayyan?" terkejut Joshua apabila namanya dipanggil oleh tuan mudanya.
"Bos pergi jumpa cik Raisya," jawab Joshua.
"Erk! Mentang-mentang dah ada awek, tinggal aku sorang-sorang dekat sini? Seriously?" bebelnya seorang diri, Joshua dan Redza hanya mendengar bebelan tersebut.
"Tuan muda, it's done. Should I send this present now?" soal Alex yang diiringi empat orang lelaki yang sedang mengangkat sebuah kotak besar tersebut.
"Sabar jap, aku ada note nak bagi dekat dia orang. Baru sweet...Josh hulurkan kertas dan pen dekat atas meja tu," Tengku Kaiden ingin menghantar pesanan kepada musuh terbesarnya.
"Bos! Ada barang sampai," ucap Vegas yang terkebil-kebil berlari mencari keberadaan Felix.
"Hmm? Barang apa?" Felix berkerut dahi, setahunya dia tidak ada memesan barang online.
"I'm not sure but it's a big box," jelas Vegas yang nafasnya tercungap-cungap kerana berlari.
"Take it," arahnya.
"Okay."
Vegas menyuruh anak buahnya untuk mengangkat kotak tersebut ke dalam untuk melihat apa isi dalam kita tersebut.
"Open it," arahnya lagi.
Setelah membuka dan semua yang melihat isi dalam kita itu terkejut. Kotak itu berisi mayat yang merupakan salah seorang dari anak buahnya, dia mengenalinya kerana di leher mayat lelaki itu mempunyai tattoo yang melambangkan kumpulannya.
"What the hell?! Who send this?!" tengking Felix, suaranya bergema didalam headquarter Black Mamba.
"This note," serah nota kecil kepada Felix.
'Hi Felix, did you like my present? I Hope you like It because I spend my time to create to give you. Well, kalau kau still do the same thing like this again, I'm gonna take this as a war. Cantik tak hadiah dari aku? Sweet kan? Aku tak pernah bagi hadiah dekat orang lain selain parents aku, so have fun. Oh! By the way, don't be mad okay? Tak baik untuk kesihatan, takut nanti darah tinggi. Have fun with my present for you.'
—From: Tengku Kaiden Rafael yang ganteng lagi bijaksana—
"Sial punya jantan! Kau tunggu Tengku Kaiden Rafael! Aku akan buat kau berlutut depan aku!" api membara dalam diri Felix. Amarah semakin meningkat seperti air yang menggelegak.
Setelah semuanya selesai, Alex kembali lagi dan terserempak dengan Zayyan yang sedang memakirkan BMW S1000rr. Dengan santai Alex berehat di sofa utama. Tengku Kaiden dan Zayyan sedang memeriksa senjata untuk kali yang sedia setelah anak buahnya.
"Alexander Alvaro!" jerit Keyra Dania apabila melihat Alex yang sedang santai disofa utama itu. Cakap busy!
"Pfft—...Dania! What are you doing here? Kenapa tak tunggu saya dekat butik?" tersembur air teh panas yang diminumnya apabila melihat cik tunang kesayangannya datang ke headquarter. Tak sempat nak rehat.
"Dania dah tunggu lama awak dekat sana, tapi awak boleh pula duduk santai dekat sini!" bebel Dania.
Zayyan dan Tengku Kaiden hanya menonton mereka berdua dari bilik senjata apabila mendengar panggilan nama penuh Alex.
"Dah kenapa pula tu?" soal Tengku Kaiden. Busy body betul.
"Entah...bukan aku yang jaga mereka," jelas Zayyan mengangkat kedua-dua bahunya.
"Dear...come here," Alex yang sudah tidak tahu untuk memberi alasan apa.
"No! You stand up and follow me at boutique! Now!" marah Dania, dengan pantas Alex berdiri dan berlari mendekatinya. Mana Alex yang tenang itu? Hilang sikap tenangnya apabila berhadapan dengan seorang wanita yang bernama Keyra Dania.
"Sorry dear, now let's go," Alex sudah terkebil-kebil apabila Dania mula meninggikan suara.
"Alex! Kau nak pergi mana?" soal Tengku Kaiden yang sedang masih berada dalam bilik senjata.
"Saya nak pergi butik fitting baju pengantin," jelas Alex.
"Oh, kau boleh balik terus lepasni. Sebab esok aku nak kau teman aku dengan Zayyan pergi tempat latihan tentera," jelas Tengku Kaiden yang asyik menilik pistol-pistol yang ada di dalam bilik itu.
"Baik tuan muda," balas Alex lalu melangkah keluar dari headquarter tersebut.
Setelah Alex dan Dania pergi dari situ. Di dalam perjalanan ke butik pengantin, Alex hanya menadah telinga apabila Dania membebel. Agak lama juga sehingga mereka sampai di butik barulah Dania berhenti bercakap.
"Boleh tahan garang future wife dia," ucap Zayyan, Tengku Kaiden hanya mengangguk sahaja.
"Kau? Bila nak kahwin?" soal Tengku Kaiden.
"Petang ni kot," seloroh Zayyan.
"Bodoh!" jeling Tengku Kaiden.
"How about Datin? Kau dah bincang pasal hal ni?" soal Tengku Kaiden, Zayyan berhenti dari melakukan aktivitasnya yang sedang memasukkan peluru ke dalam pistol.
"Dah. Mummy aku still tak boleh terima dia, but daddy aku setuju," jawab Zayyan tenang.
"Get married straight away or get engaged first?" Tengku Kaiden mengangkat sebelah keningnya.
"Kahwin terus, malas lah aku nak tunang-tunang," sinis Zayyan terukir dibibirnya.
"Kau nak mengata aku ke?" side eyes diberikan kepada Zayyan. Tahulah Tengku Kaiden ni single.
"Lah! Terasa ke?" sinis Zayyan lagi.
"Dah lah kau! Buat sorang-sorang," merajuk lalu melangkah keluar dari bilik senjata dan meninggalkan Zayyan yang sudah terbahak-bahak ketawa.
"Ha! Gelak-gelak! Gelak biar sampai terkeluar usus perut tu!" jelingan tajam diberikan, kakinya melangkah pergi dari pandangan Zayyan.
"Bos. Tuan muda tu dah kenapa? Macam sentap aje," spontan soalan dari Redza yang baru sahaja selesai mengangkat barang Tengku Kaiden dari bilik senjata kedua.
"Ha'ah, memang pun," senyum kecil Zayyan yang membuatkan Redza berkerut dahi.
"Kenapa?"
"Sentap sebab masih single."
Redza hanya mengangguk perlahan-lahan, Zayyan sambung ketawa sehingga tidak sempat untuk bernafas.
RING!
iPhone milik Zayyan berdering, terpapar nama pemanggil....'MY FLOWER'
"Assalamualaikum awak,"
"Wa'alaikumussalam, ada apa call aku ni?" soal Zayyan lalu melabuhkan punggungnya diatas kerusi di sebelahnya.
"Awak dekat mana?" soal Raisya.
"Dekat headquarter, kenapa?" soal Zayyan kembali.
"Awak boleh datang rumah tak? Sebab saya rasa macam ada orang intip saya lah lately ni," jelas Raisya dengan suara gementar.
"Sabar kejap, nanti aku sampai. Kau kunci semua pintu dan tingkap, jangan buka pintu tak kira siapa pun datang sehingga aku sampai, faham?" Zayyan memutuskan talian. Cemas Zayyan yang berlari keluar dari bilik senjata dan terus menuju kearah motor BMW S1000rr miliknya.
"Hoi! Kau nak pergi mana?" soal Tengku Kaiden yang melihat Zayyan berlari keluar dari bilik senjata dengan tergesa-gesa.
"Ikut aku Kai."
"Pergi mana?"
"Rumah Raisya."
"For?"
"Nanti aku cerita, aku pergi dulu. Aku tunggu kau dekat sana."
Tanpa membuang masa Zayyan meluncur laju menuju ke rumah Raisya dengan selaju yang boleh.
"Lepaskan aku lah! Kau orang ni siapa?" soal Raisya yang sedang berusaha untuk melepaskan diri dari cengkaman lelaki yang berbaju serba hitam.
"Siapa kami tu tak penting, yang penting ketua kamu nak jumpa kau," ucap lelaki itu lalu melangkah keluar dari rumah sambil mendukung Raisya dengan Shoulder Carry.
Raisya meronta-ronta untuk dilepaskan sambil memukul belakang badan lelaki tersebut. Adakah ini pengakhirannya?
"Lepaskan aku!"
Lelaki itu tidak menghiraukan Raisya yang sedang mencuba untuk melarikan diri. Para-para lelaki itu hanya memekakkan telinga mereka.
Share this novel