BAB 23

Romance Series 26699

Meriah sungguh suasana di dalam dewan milik Dragon Force. Logo naga berkepala dua berwarna hitam dan keemasan terpampang megah di dinding utama, melambangkan dua pemimpin besar dalam kumpulan ini.

"Aku terima nikahnya Zara Raisya binti Rahman dengan mas kahwinnya sebanyak sepuluh ribu ringgit tunai."

"Sah?"

"Sah!"

Lafaz itu bergema di seluruh dewan, diiringi dengan ucapan syukur dan doa. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Dengan hanya sekali lafaz, Zara Raisya kini sah menjadi isteri kepada Zayyan Rain.

Meskipun keluarganya tiada di sisi dan ibu mertuanya tidak merestui perkahwinan ini, mereka berdua tetap berpegang teguh pada ikatan suci ini. Bagi Zayyan, Raisya adalah tanggungjawabnya kini. Dan bagi Raisya, dia telah menyerahkan seluruh hidupnya kepada lelaki yang telah memilihnya sebagai pendamping.

Tiada yang pasti dalam kehidupan, tetapi satu hal yang mereka yakini—mereka akan mempertahankan rumah tangga ini, walau apa pun rintangannya.

Selesai akad nikah, suasana di dalam dewan masih dipenuhi dengan ucapan tahniah dan doa. Raisya duduk bersimpuh di hadapan Zayyan, hatinya masih berdebar. Hari ini, dia sah menjadi isteri kepada lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya sebagai teman, pelindung, dan kini suaminya.

"Assalamualaikum Mrs. Rain," ucap Zayyan dengan penuh kelembutan.

"Wa'alaikumussalam," jawabnya.

Zayyan menghulurkan tangan. Dengan penuh rasa hormat dan kasih, Raisya menyambutnya, lalu menundukkan kepala sebelum mengucup tangan suaminya buat pertama kali sebagai tanda taat dan hormat. Sentuhan itu terasa asing, namun dalam masa yang sama menghadirkan rasa tenang dalam jiwanya.

"Terima kasih sebab sudi hadir dalam hidup abang," ucapnya lagi sambil menggenggam erat tangan isterinya.

"Terima kasih juga sebab sudi terima saya sebagai isteri awak," balas Raisya dengan air mata gembira mengalir di pipinya.

Zayyan menghadiahkan sebuah senyuman yang manis untuk sang isteri tercintanya lalu menyeka air mata yang sedang mengalir laju.

"Dah-dah lah tu, sambung malam ni ye?" celah Tengku Kaiden yang sedang memandang mereka berdua.

"Iri? Bilang dong...cupp!" sindir Zayyan lalu mencium pipi isterinya.

"Eii...kau ni kan, memang cari pasal tahu tak?" geram Tengku Kaiden.

Raisya yang masih tersipu malu mencubit lengan Zayyan. "Awak ni kan, depan orang pun nak buat perangai?"

Zayyan tergelak kecil, menikmati wajah isterinya yang kemerah-merahan. "Biar semua orang tahu yang kau ni milik aku sekarang," bisiknya perlahan di telinga Raisya, membuatkan jantungnya berdegup kencang.

Tengku Kaiden yang masih berdiri di situ menjeling tajam. "Dah lah, cepat-cepat habiskan majlis ni. Aku nak balik, malas nak tengok drama cinta monyet korang ni."

Zayyan mengangkat kening. "Kau jealous eh?"

"Bodoh," jawab Tengku Kaiden selamba.

Semua para tetamu ketawa melihat gelagat mereka, terhibur dengan aksi spontan pasangan pengantin baru itu. Raisya yang masih malu-malu mencubit lengan Zayyan lagi, membuatkan lelaki itu mengaduh kecil sambil mengusap lengannya.

"Adoi, sakitlah sayang! Tak baik tau cubit suami sendiri," rungut Zayyan dengan wajah pura-pura merajuk.

"Padan muka! Siapa suruh buat hal depan orang?" balas Raisya sambil menjeling manja.

Tengku Kaiden menjeling kearah pasangan pengantin itu. "Eii...ada juga yang nak kena selam dalam kolam jerung nanti," bisiknya geram.

"Ha, kamu pula bila?" celah Tan Sri Kair yang sedang menggandeng tangan isterinya.

"Ish... Ayahanda ni, dulu bonda, sekarang you pula? Jodoh tu tak ke mana, kalau ada, adalah," kata Tengku Kaiden yang sedang menjeling tajam kearah Zayyan dan Raisya yang sedang menangkap gambar.

"Iyalah," jawab pasrah Puan Sri Richard.

"Zay!" panggil Tengku Kaiden sambil melangkah kearahnya.

Zayyan hanya mengangkat sebelah keningnya menandakan 'apa' yang sedang memeluk pinggang isterinya.

"Dah-dah lah tu peluk dia, meh sini peluk aku pula," dengan nada pura-pura cemburu.

"Eleh, biar lah! Dia isteri aku. Aku nak peluk ke? Nak cium ke? Nak buat apa ke? Dia bini aku," bebel Zayyan.

"Ish! Okay, tak apa... kau tunggu kejap," ucap Tengku Kaiden sebelum melangkah ke arah pentas utama.

Semua mata tertumpu padanya, termasuk Zayyan dan Raisya yang sudah bersiap sedia untuk melihat ‘drama’ terbaru sahabat mereka itu. Dengan penuh keyakinan, Tengku Kaiden mencapai mikrofon dan memberi isyarat kepada pemuzik untuk memainkan lagu.

Saat melodi lagu Jomblo Happy oleh Gamma1 berkumandang, para tetamu sudah mula bersorak dan bertepuk tangan.

"Sedikit pun ku tak merasa malu."

Tengku Kaiden mula menyanyi dengan penuh penghayatan sambil berjalan ke arah Zayyan dan Raisya. Matanya sengaja menjeling ke arah pasangan itu, seolah-olah menyindir kebahagiaan mereka.

"Tanpa ada kekasih dihatiku."

Zayyan ketawa besar, sementara Raisya sudah menekup mulut menahan tawa. Para tetamu semakin galak bersorak, ada yang turut menyanyi bersama.

"Bukan berarti ku tak punya rasa untuk menjalin cinta oh..."

Joshua pula yang join Tengku Kaiden sekali untuk bernyanyi lagi tersebut. Alex dan Redza saling berpandangan.

"Ketua siapa tu?" soal Redza kepada Alex, Alex hanya menggelengkan kepalanya.

"Ya Allah, Kaiden! Joshua! Kau orang ni tak pernah berubah!" jerit Zayyan, namun jelas dia terhibur.

Tengku Kaiden terus menari kecil di hadapan mereka berdua sambil menghayati lirik lagu dengan penuh perasaan.

"Ku tak pernah merasa kesepian atau menganggap sebuah cobaan."

"Hidupku ini penuh dengan cinta dan ku sangat bahagia..."

Sambung Joshua.

"Abang," panggil Puan Sri Richard.

"Yes?" sahut Tan Sri Kair.

"Anak siapa tu?" soal Puan Sri Richard melihat anaknya yang sedang seronok bernyanyi diatas pentas utama.

"That's not my son," ucap Tan Sri Kair sebelum meneguk jus oren.

"Jomblo happy memang pilihan hati."

Joshua dan Tengku Kaiden bersama-sama bernyanyi serentak di bahagian chorus.

"Bukan karna tak mampu untuk jadi kekasih."

Raisya sudah menggeleng kepala melihat telatah Tengku Kaiden. "Dia ni memang tak boleh tengok orang bahagia betul!"

"Jomblo happy memang pilihan hati."

"Biarku bisa bebas terbang kesana sini..."

"Biarlah dia, sayang. Dia tu memang tak boleh tengok aku menang," balas Zayyan sambil merangkul erat pinggang isterinya.

Tengku Kaiden yang melihat aksi itu terus menunjuk ke arah mereka dengan gaya drama king. "Hoi, depan aku pun nak lovey-dovey ke?!"

Satu dewan gamat dengan gelak ketawa. Suasana bertambah meriah dengan sorakan para tetamu yang menikmati persembahan spontan Tengku Kaiden dan Joshua.

Habis sahaja lagu, Tengku Kaiden meletakkan mikrofon dengan gaya dramatik. "So? Siapa kata jomblo tak happy? Aku happy okay!"

Zayyan mendekati sahabatnya lalu menepuk bahunya. "Happy kepala hotak kau!"

"You shut your mouth!" merajuk!

"Dah! Pergi baliklah kau, rosak majlis aku," jeling tajam Zayyan.

"Ewah-ewah, ada hati nak halau bos ya? Nak kena pecat ke?" bidas Tengku Kaiden yang membuatkan Zayyan berkerut dahi.

Sekali lagi, dewan dipenuhi dengan tawa.

Malam itu bukan sahaja menjadi malam bahagia untuk Zayyan dan Raisya, tetapi juga malam penuh kenangan buat semua yang hadir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience