BAB 20

Romance Series 26699

Mereka semua berlari keluar sambil menarik Felix di atas lantai dengan tali yang diikat di seluruh badan oleh anak buahnya.

"Wait!" Tengku Kaiden berhenti dari berlari keluar dari mansion tersebut.

"Yes, young master?" sahut Redza.

"Mana Lucas?"

"Lucas? Siapa?"

"Anak anjing kepada babi tak guna tu."

Redza hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu. Memang dia tidak tahu, Lucas? Siapa?

"Dah siap?" soal Tengku Kaiden kepada Joshua yang sedang fokus pada MacBook.

"Ya tuan! Tuan nak on kan ke? Atau saya yang on kan?" soal Joshua lalu mengikuti langkah Tengku Kaiden keluar dari mansion tersebut.

Kini, mereka semua berada dihadapan dan diluar pagar dari mansion tersebut.

"Give it to me," Tengku Kaiden mengambil MacBook daripada Joshua. Matanya tajam menatap skrin, jari-jarinya bersedia untuk menekan butang terakhir yang akan mengaktifkan bom yang sudah dipasang di dalam mansion itu.

"Tengoklah istana yang sangat kau agung-agungkan dan tempat ni juga yang kau bunuh sahabat aku. Kau masih ingat lagi tak?"  anak mata biru menatap tajam ke anak mata Felix yang masih terbaring di lantai.

"Justin? Jantan tu memang patut mati! Hidup dia menyusahkan aku je!" Felix tersenyum sinis apabila mengingati kejadian 5 tahun yang lalu.

5 TAHUN LEPAS...

"Weh Zay, aku rasa kita ni dah handsome. Tapi, kenapa tak ada perempuan yang tergila-gilakan kita eh?" polos Justin Sambil menatap langit yang cerah.

"Handsome celah mananya? Muka dah macam tepung gomak," celah Tengku Kaiden tiba-tiba dari belakang mereka.

"Eiii...mulut kau, kurang ajar eh? Meh sini aku cilikan mulut tu!" Justin mencebik mendengar kutukan dari sahabatnya.

"Apa? Betullah kan? Muka macam tepung gomak, ada hati nak ada awek," sindir Tengku Kaiden lagi.

"Dah-dah, kau orang ni asyik nak bergaduh aje. Cuba-cubalah berdamai sikit," Zayyan mencelah untuk pisahkan mereka berdua dari bergaduh mulut.

Masing-masing memandang tidak puas hati. Nanti kang tak pasal-pasal dua-dua kena kurung dalam kandang kambing. Eiii, busuk!

Mata tengku Kaiden sedang memerhati sebuah van hitam yang sedang menghampiri mereka dengan lajunya. Sempat dia menolak tubuh Zayyan dan Justin ke sisi jalan supaya tidak di langgar.

Zayyan dan Justin yang terdorong ke tepi jalan mengumpat kecil, tetapi belum sempat dia bersuara lebih lanjut, van hitam itu berhenti secara mengejut di hadapan mereka. Pintu gelangsarnya dibuka dengan kasar, dan sekumpulan lelaki bertopeng keluar dengan pantas.

"Woo...who are you bro?" soal Zayyan.

"It's none of your business," jawab salah seorang dari mereka yang bertopeng.

"Aku tanya elok-elok ni jawab lah sial!" Zayyan mula memberontak.

PAKK!

PAKK!

Zayyan dan Tengku Kaiden terdorong ke belakang akibat hentakan kuat di kepala mereka. Pandangan Zayyan berpinar seketika, tetapi dia masih cuba untuk berdiri tegak. Tengku Kaiden pula menyentuh dahinya yang mula berdenyut, bibirnya mengetap menahan sakit.

"Kau orang memang cari pasal dengan aku, kan?" Tengku Kaiden bersuara, matanya tajam menatap lelaki bertopeng yang baru sahaja mengetuk mereka.

Lelaki bertopeng itu ketawa sinis. "Kami cuma ikut arahan."

"Kalau berani, buka topeng kau. Kita by one," Zayyan menyalak marah.

PAKK!

Sekali lagi kayu itu menghentam perut Zayyan, membuatkan dia terduduk sambil mengerang kesakitan. Tengku Kaiden cuba membantu, tetapi satu tendangan padu di dada membuatkan dia jatuh tersandar ke tanah.

"Arghhh! Sial!" jerit Tengku Kaiden sambil memegang bidang dadanya.

Zayyan pula sudah bersedia untuk melawan sekali lagi, tetapi salah seorang daripada mereka menumbuk perutnya hingga dia jatuh tersungkur.

Justin menjerit, tetapi suara jeritannya ditenggelami bunyi enjin van yang kembali dihidupkan. Dalam beberapa saat, van itu meluncur laju, membawa justin pergi bersama mereka.

Tengku Kaiden terduduk di atas jalan, rahangnya mengetap kuat, matanya memandang van itu menghilang di kejauhan.

"Siapa yang buat ni?" suara Zayyan terketar-ketar.

Tengku Kaiden mengangkat gambar yang ditinggalkan oleh lelaki bertopeng itu. Sekeping nota ringkas ditulis di belakangnya.

"Felix siempre gana." ("Félix sentiasa menang.")

Darah Tengku Kaiden mendidih. Tangan yang menggenggam kertas itu bergetar.

"Memang sial kau Felix!" jerit Tengku Kaiden

KINI...

"Dia mati sebab kau lemah! Kau tak mampu nak protect dia! Kau tak layak digelar pemimpin atau pun sahabat," sindir Felix. Wajah Tengku Kaiden memerah menahan amarah, jika bukan disebabkan Zayyan ingin menghajar Felix selepas ini, sudah pasti Felix sudah mati sekarang ini.

BUKK!

Satu sepakan yang kuat mengenai wajah Felix dan membuatkan hidung lelaki itu berdarah, gigi tercabut. Sadis...

Arghhh!

Felix mengerang kesakitan akibat sepakan dari Tengku Kaiden.

"Rileks bro, itu baru sikit aku bagi."

"Aku nak letupkan istana kau boleh tak?" soal Tengku Kaiden tanpa memandang wajah Felix.

Tanpa membuang masa, tengku Kaiden menekan butang Enter pada MacBook.

BOOM!

Letupan kuat menggegarkan seluruh kawasan, mencetuskan gelombang api yang menjulang tinggi ke langit malam. Bangunan megah yang selama ini menjadi kebanggaan Felix kini musnah dalam sekelip mata. Serpihan kaca dan konkrit beterbangan ke udara, asap tebal mula memenuhi ruang sekitar.

Felix terkaku, matanya membulat menyaksikan istananya yang selama ini menjadi simbol kuasanya kini hancur berkecai. Dia menelan liur, cuba untuk bercakap, tetapi lidahnya kelu.

Tengku Kaiden berdiri tegak, matanya langsung tidak berkelip, menikmati pemandangan kehancuran yang telah lama dia nantikan. Senyumannya sinis, puas.

"Kau cakap Justin patut mati, kan?" suara Tengku Kaiden dingin, penuh dengan dendam yang terpendam bertahun-tahun. "Sekarang kau rasa macam mana bila sesuatu yang kau sayang dirampas depan mata?"

Felix menggeleng perlahan, tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku. "Sial kau, Kaiden…"

Tengku Kaiden menyeringai. "Belum habis lagi."

Tanpa amaran, dia menghunuskan pistol ke arah kaki Felix dan menarik picu.

DUMM!

Felix menjerit kesakitan, tubuhnya menggigil akibat peluru yang kini bersarang di kakinya. Dia cuba merangkak, tetapi kesakitannya terlalu kuat.

Tengku Kaiden berlutut di sebelah Felix, menepuk pipinya dengan kasar. "Sakit, kan? Tapi kau belum rasa separuh pun dari apa yang Justin tanggung."

Felix memandangnya dengan mata yang mula berkaca. "Kau…kau memang gila."

Tengku Kaiden ketawa kecil. "Of course, sebab semua orang tahu macam mana perangai seorang Tengku Kaiden apabila berkaitan dengan sahabat dan orang yang dia sayang."

Dia bangkit, memandang mansion yang kini hanya tinggal runtuhan dan bara api yang masih menyala.

"Jom balik, aku nak sambung kerja aku. Belum habis lagi," ucap Tengku Kaiden kepada anak-anak buahnya.

Zayyan berdiri di luar bilik wad, matanya tidak lepas memandang ke arah pintu kaca yang menghalang pandangannya daripada melihat Raisya. Setiap detik, hatinya semakin sesak. Kegelisahan meresap ke dalam diri, tak mampu dibendung lagi.

Seorang doktor keluar dari bilik rawatan, memandang Zayyan dengan pandangan yang tenang tetapi penuh makna.

"Macam mana keadaan Raisya? Okey ke?" Zayyan bertanya, suara sedikit tercungap-cungap, cuba menahan kebimbangan yang semakin menekan.

Doktor itu menghela nafas panjang, seolah-olah meredakan sedikit beban di bahunya. "Keadaan cik Raisya stabil buat masa ni. Namun, kami perlu pantau beberapa jam lagi. Ubat perangsang yang diberikan cukup kuat, jadi kami terpaksa beri cik Raisya penenang untuk bantu cik Raisya stabilkan keadaan. Tapi tuan jangan risau, kami sedang kawal situasi."

Zayyan mengangguk perlahan, namun kerisauan jelas tertera di wajahnya. "Penenang? Maksud kau, dia akan kembali seperti biasa ke?" Zayyan bertanya lagi, masih tidak yakin dengan penjelasan yang diberi.

"Setakat ini, ya," jawab doktor dengan nada yang sedikit lebih meyakinkan. "Kami akan teruskan pemantauan, dan kalau ada apa-apa perubahan, kami akan segera beri rawatan lanjut."

Zayyan mengalihkan pandangannya, tidak mampu menahan perasaan. Dia berjalan ke tempat duduk berhampiran, duduk dan menyandarkan kepala ke tangan. "Felix... aku akan bunuh kau," anak mata birunya menjadi tatapan tajam.

Doktor itu memandang Zayyan, menelan kesat air liur, kalau Zayyan dah marah setara dengan kemarahan Tengku Kaiden. Tetapi, Tengku Kaiden lebih kejam berbanding Zayyan.

"Kalau macam tu saya minta diri dulu," pamit doktor.

Zayyan mengangguk, walaupun masih ada rasa gelisah yang tak dapat dipadamkan."Thanks."

Doktor tersebut mengangguk dan berlalu pergi dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience