"Amacam? Barang baru dah sampai? Aku tak sabar nak tengok ni," teruja Tengku Kaiden sebagai ketua kedua Dragon Force setelah ayahandanya.
"Barang baru dah sampai ada dekat atas. Tuan, budak tu ada dekat dalam. Nak saya settle kan atau Tuan sendiri?" soal Joshua yang sedang memandang kearah kotak yang berisi peluru-peluru yang baru sampai.
Tengku Kaiden dan Joshua melangkah keluar dari lift untuk ke atap markas. Menunggu barang yang mereka inginkan itu sampai.
"Biarkan je dulu, nanti Zay datang pandai-pandai lah dia buat, aku malaslah nak kotorkan tangan aku dengan darah," jelas Tengku Kaiden yang melihat sebuah helikopter yang ingin mendarat untuk menghantar senjata baru mereka.
"Bring here," ucap Tengku Kaiden kepada anak-anak buahnya.
"Aku nak semua ni settle and pastikan semua barang yang kita order betul, nanti aku akan double check," kata Tengku Kaiden lalu melangkah pergi dari atap markas Dragon Force.
"Assalamualaikum cik Zara," ucap jururawat yang merawat Raisya sambil melangkah mendekati Raisya.
"Wa'alaikumussalam nurse," senyum Raisya. Badannya sudah merasa ringan dan tidak pening lagi.
"Saya check cik Zara dulu ye," ucap jururawat tersebut dan memeriksa nadi, detak jantung dan suhu badan Raisya.
"Wow! Cik Zara, cepatnya sembuh," terkejut jururawat itu apabila dia melihat suhu badan Raisya yang dari suhu tinggi kepada normal.
"Alhamdulillah, kuasa Allah," ucap Raisya sambil meraup wajahnya.
"Alhamdulillah, petang nanti kalau suhu masih lagi okey, cik Zara dah boleh discharger," ucap jururawat lalu melangkah pergi dari bilik itu.
Raisya termenung mengingatkan ahli keluarga yang telah membuangnya akibat tuduhan dari kakak kandungnya sendiri. Apalah nasib dia sekarang ini jika dia tidak bertemu dengan Zayyan. Mungkin dia tinggal dibawah jambatan? Di lorong yang gelap? Atau diculik oleh orang jahat dan di jual?
'Aku bersyukur Ya Allah, kerana engkau telah kurniakan seorang hamba yang sangat baik untukku. Jika bukan kerana dia, mungkin aku sudah tidak dapat hidup selesa seperti ini,' doa Raisya di dalam hati dengan penuh kesyukuran atas kurniaan Allah SWT. Air matanya mengalir membasahi pipi apabila teringat kembali kejadian malam itu yang membuatkan kehidupannya berubah seratus-peratus.
"Tuan Muda! Barang dah check and semua okey," kata Joshua lalu memberikan tablet kepada Tengku Kaiden.
"Good job, kau boleh pergi," Tengku Kaiden menyambut huluran tablet dari Joshua dan melihat jenis-jenis senjata yang ada.
"Kalau macam tu saya minta izin dulu, assalamualaikum," ucap Joshua.
"Waalai-, woi! Kau Non Muslim bodoh!" jawab salam Tengku Kaiden terhenti apabila mengingati bahawa Joshua adalah Kristen.
"Eh, ha'ah lah. Sorry Tuan, lupa agama sendiri," katanya sambil menggosok belakang tekaknya.
"Itulah kau, aku suruh masuk Islam tak nak," ucap Tengku Kaiden.
"Bukan tak nak Tuan, tak ready lagi," jawab Joshua lagi, kali ini dia menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
"Bukannya kau tak ready, kau takut kena sunat kan?" soal Tengku Kaiden agak panas.
Joshua terdiam, betul apa yang tengku Kaiden katakan. Dia bukannya tidak bersedia untuk masuk Islam, tapi dia tidak bersedia untuk berkhatan, Alex kata yang berkhatan ni sakit. Alex yang baru sahaja memeluk Islam kerana bakal isterinya orang muslim, Alex saja ingin menakut-nakuti Joshua.
"Ha, asal diam? Betul tak apa yang aku cakap?" sinis Tengku Kaiden kepada Joshua yang memandangnya dengan pandangan yang tidak berpuas hati.
"Sakit tak sunat?" soal Joshua yang menginginkan kepastian.
Tengku Kaiden yang tersenyum sinis berkata,
"Yes, it really hurts, feels like being bitten by a tiger. You're doomed; if you're strong, you'll survive."
Terkedu Joshua apa bila mendengar jawapan daripada Tengku Kaiden. Dengan pantas Joshua melangkah pergi dari hadapan Tengku Kaiden yang membuatkan Tengku Kaiden melepaskan ketawa besar.
"Josh-Josh, macam mana lah kau nak pikat awek Malaysia kalau macam ni?" ucap Tengku Kaiden sambil menggelengkan kepalanya.
Zayyan yang berada dalam biliknya, dia sedang berfikir bagaimana untuk dia putuskan pertunangannya dengan Laura, jika ikatan itu putus maka, dia boleh mengahwini Raisya.
"Ck! Perempuan tu pun satu, dah tahu aku tak dia kenapa nak juga kahwin dengan aku? Macam tak ada jantan lain je dekat dunia ni," bebel Zayyan yang berjalan kesana kesini. Gelisah dengan pikiran yang memikirkan perasaannya terhadap Raisya dan menjaga air muka ibubapanya.
Zayyan mengeluh panjang dan memilik sebuah idea untuk mencari tahu aktiviti Laura ketika waktu malam sewaktu Laura keluar dengan sahabat-sahabatnya.
Zayyan yang sedang termenung memikirkan apa yang akan berlaku jika dia betul-betul akan mengahwini wanita yang tidak dicintainya.
Ting!
Satu pesanan mesej masuk ke telefon Zayyan. Mesej tersebut dari Alex, bawahannya yang amat dia percayai.
"Bos, Laura ada lelaki lain dan dia selalu check in dekat hotel *****. Saya ada bukti," mesej Alex.
Alex menghantar beberapa gambar dan video mengenai Laura yang berdua-duaan dengan lelaki lain. Seronok nampak!
"Thanks, tapi jangan bagi tahu sesiapa lagi. Aku akan simpan bukti ni, nanti bila majlis aku nak dekat, aku akan bongkarkan semua tu," balas Zayyan.
"Dan pastikan kau selalu spy dia," balasnya lagi sambil tersenyum sinis.
"Baik bos," balas Alex.
Zayyan mematikan telefon lalu merebahkan badannya ke muka katil.
"Laura-Laura. Kesian kau, nak tipu aku ye? Tunggu aku akan malukan kau dengan seluruh keluarga kau," ucap Zayyan, senyum iblis terpapar di bibirnya.
Zayyan bangkit dari katil lalu keluar dan menuju kearah lift.setelah beberapa saat, dia keluar dari lift dan menuju ke pintu utama rumahnya, dia menoleh melihat kedua ibubapanya sedang rancak berbual dengan sahabat-sahabat mereka.
"Nak ke mana tu?" soal Datin Suraya yang memerhati langkah Zayyan.
"Nak pergi jumpa Kai kejap," jawab Zayyan lalu melangkah keluar.
"Nanti kirim salam daddy dekat dia ye?" kata Dato' Zairil kepada anak tunggalnya.
"Okay daddy, Zay pergi dulu," ucap Zayyan lalu keluar dari pintu rumah tersebut dan menuju ke motorbike Kawasaki Ninja H2R.
Zayyan mengeluh panjang apabila terpaksa menipu ibubapanya untuk berjumpa dengan Raisya.
"Sorry dho Kai, aku terpaksa jual nama kau," bisik Zayyan sambil menggelengkan kepalanya dan tersenyum sinis.
"Hachoo! Siapalah yang mengumpat aku ni? Aku tahu lah aku ni handsome," Tengku Kaiden bersin apabila Zayyan menyebut namanya. Sempat lagi memuji diri sendiri.
"Tuan, siapa cik Raisya?" soal Redza salah seorang orang kepercayaaannya.
"Hah? Mana kau dengar nama tu?" soal Tengku Kaiden pelik. Yang tahu tentang Zara Raisya hanya dia, Zayyan Rain dan Alex sahaja.
"Saya terdengar Tuan sebut nama Raisya tadi," jelas Redza.
"Kau dengar bila?" soal Tengku Kaiden sambil berpeluk tubuh.
"Masa Tuan tersenyum sorang-sorang dekat balkoni tadi," kata Redza sambil menyandarkan badannya ke dinding.
Tengku Kaiden memberikan pandangan yang tajam kepada Redza. Tak baik curi-curi dengar orang tua bercakap.
"Buah hati Tuan ke?" soal Redza sambil tersenyum nakal.
"Kau nak Zayyan bunuh aku ke? Raisya dia punya tahu tak?" jelas Tengku Kaiden.
"Bukan ke bos dengan Laura?" soal Redza yang pelik.
"Entah. Tu, dia dah sampai, kau tanyalah dia sendiri. Aku nak pergi tengok Cobra kejap," ucap Tengku Kaiden yang melihat kelibat Zayyan tiba di hadapan garaj motornya.
"Errr...tak apa lah Tuan, saya minta diri dulu," ucap Redza yang melihat Zayyan dengan muka ketat dan dingin lalu melangkahkan kaki untuk lari. Cau dulu, nanti kena makan dengan rimau!
"Ini lagi sorang, nak bla tak bagi salam, kalau yang itu bagi salam tapi sayang..." ucap Tengku Kaiden yang bengang dengan perangai anak buahnya. Yang muslim tak reti nak bagi salam, yang bukan muslim reti bagi salam.
"Sayang kenapa?" soal Zayyan yang melangkah masuk.
"Sayangnya bukan Islam. Pelik-pelik lah anak buah aku ni," rungut Tengku Kaiden sambil menggosok belakang lehernya.
"But the way, budak tu ada kat dalam, kau nak uruskan?" soal Tengku Kaiden yang memandang wajah ketat Zayyan.
"Tak ada mood lah sekarang ni, lain kali lah," ucap Zayyan lalu melabuhkan punggungnya di sofa yang lembut.
Tengku Kaiden hanya mengangguk faham. kalau lihat dari riak wajah Zayyan, nampak sangat yang Zayyan ni tengah ada masalah. Kalau bukan dengan keluarga, pasti dengan tunangnya.
Share this novel