BAB 24

Romance Series 26699

Di sebuah vila mewah di tengah ibu kota, Laura menghempaskan beg tangannya ke atas sofa dengan kasar. Matanya yang bundar dan tajam berkilat dengan api kemarahan. Nafasnya turun naik, menahan rasa sakit yang membuak-buak dalam dadanya.

"WHAT THE HELL?! KAU CAKAP APA, LUCAS?!" jeritnya, hampir membingitkan seluruh ruang tamu.

Lucas yang sedang duduk di sofa berhadapan dengan skrin besar hanya mengangkat bahu sambil menyedut rokoknya perlahan. Wajahnya selamba, langsung tidak terkesan dengan kemarahan Laura.

"Exactly what I said, Laura. Ex-tunang kau dah kahwin dengan perempuan tu," jawabnya tenang sambil menghembuskan asap rokok ke udara.

"Padan muka kau," ejek Vegas selamba.

"Kau diam! Kau tak tahu apa-apa, lebih baik kau diam!" geram Laura, mundar-mandir dihadapan Vegas dan Lucas.

"Kau rileks boleh tak?" rimas Vegas melihat Laura yang mundar-mandir dari tadi.

"How? Cuba bagitahu aku, macam mana aku nak rileks? Rancangan aku dah hancur kau tahu tak?" tegas Laura sambil menggigit kukunya.

"Eleh, masa kau tikam Zayyan dulu boleh pula kau rileks? Now, dia kahwin kau tak boleh rileks? Santai sis, dia tak lari mana pun," kaya Lucas sambil menyuap burger ke dalam mulutnya.

"Tapi kan? Perempuan tu not bad lah. Dah lah baik, sopan, tutup aurat dan cantik pula tu, siapa je yang tak suka kan?" sindir Vegas yang sedang mengapikan lagi amarah Laura.

"No. No way! I'm better than her!" Laura memberontak masih tidak puas hati.

Laura menghentakkan kakinya ke lantai dengan geram. "Aku tak boleh terima! Zayyan tu hak aku! Aku yang sepatutnya jadi isteri dia, bukan perempuan tak guna tu!"

Lucas dan Vegas berpandangan sebelum Vegas menyeringai sinis. "Hak kau? Jangan nak perasan lebih boleh tak? Kau sendiri yang musnahkan hubungan kau dengan dia. Sekarang dia dah move on, kau pula yang nak meroyan?"

"Lagipun, memang dari dulu lagi dia tak sukakan kau," sambung Lucas.

"Kau fikir aku akan biarkan dia bahagia dengan perempuan tu?!" Laura mengepal tangannya erat hingga kukunya hampir mencengkam telapak tangannya sendiri. Matanya membulat dengan kebencian yang meluap-luap.

Lucas mengangkat kening sambil bersandar santai di sofa. "Kau nak buat apa? Bunuh dia? Atau kau nak musnahkan hidup mereka berdua?"

Laura mengetap bibirnya. Otaknya ligat memikirkan rancangan. Dia tak akan biarkan Raisya hidup dengan tenang. Perempuan itu harus merasai penderitaan yang lebih perit daripada apa yang dia alami.

Vegas tergelak kecil sebelum menepuk bahu Lucas. "Kau tahu tak? Aku suka tengok perempuan meroyan macam ni. Lagi-lagi bila perempuan tu tak dapat apa yang dia nak."

Laura menghumban bantal ke arah Vegas, tapi lelaki itu pantas mengelak. "Sial kau, Vegas!"

Lucas menggeleng kepala sebelum memadam puntung rokoknya ke dalam bekas kaca. "Listen, Laura. Kau nak balas dendam, itu kau punya pasal. Tapi kalau kau nak libatkan kami dalam gila kau tu, lupakan. Aku dan Vegas tak ada masa nak layan drama meroyan kau ni."

"Sebab kami ada banyak lagi kerja lain selain nak sibuk dengan drama kau," sambung Vegas sambil berpeluk tubuh.

Laura mendengus kasar. "Aku tak perlukan kau orang pun! Aku boleh buat sendiri."

Vegas menyilangkan tangan di dada sambil tersenyum sinis. "Kau pasti? Kau ingat Zayyan tu bodoh? Sekarang dia dah jadi suami orang, mesti dia akan buat apa saja untuk lindungi Raisya. Silap langkah, kau yang terjerat."

Laura menggigit bibir, cuba menahan kemarahannya. Dia tahu Vegas betul. Zayyan memang akan lakukan apa sahaja untuk melindungi isterinya. Tapi itu tidak akan menghentikan dia. Dia akan buat Raisya menderita.

Laura tersenyum sinis. "Aku akan pastikan mereka tak akan pernah bahagia dengan perkahwinan ni."

Lucas dan Vegas hanya mengangkat bahu. Mereka tahu betapa obsesnya Laura terhadap Zayyan, tapi mereka juga tahu satu perkara, Laura mungkin tak sedar yang dia sedang menggali kuburnya sendiri.

Malam itu, dalam hati Laura, satu janji telah dibuat. Raisya tidak akan hidup bahagia. Tidak selagi dia masih bernafas.

Di sebuah mansion Zayyan, Raisya sedang bersantai di sofa kerana kepenatan setelah seharian sibuk dengan majlis perkahwinannya semalam. Zayyan telah berangkat ke tempat kerja awal pagi tadi setelah dipaksa oleh Tengku Kaiden untuk pergi bersama. Nampak sangat yang Tengku Kaiden itu cemburu.

"Assalamualaikum," Raisya memberi salam di hadapan pintu rumah yang tertutup rapat.

"Wa'alaikumussalam... Kau nak apa?" balas Puan Rozita acuh tak acuh. Jelas sekali dia tidak senang dengan kehadiran Raisya.

Raisya menarik nafas dalam, cuba menahan sebak yang mula bertamu di dadanya. Dia tahu mamanya tidak pernah menyukai dirinya, tetapi jauh di sudut hati, dia tetap berharap wanita itu akan menerima kehadirannya sebagai seorang anak.

"Mama..." panggil Raisya perlahan, suaranya sedikit bergetar.

Puan Rozita mencebik sebelum melipat tangan di dada. "Kau datang sini nak buat apa? Dan aku bukan mak kau. Aku tak ada anak macam kau ni. Faham?"

"Ma... Rai nak minta restu..." kata Raisya, air mata mula bergenang di kelopak matanya.

"Restu? Apahal kau minta restu dengan aku?" soal Puan Rozita dengan nada penuh sinis.

"Rai nak kahwin," jawab Raisya dengan suara bergetar.

"Kau nak kahwin? Jantan mana yang bodoh sangat nak kahwin dengan perempuan sundal macam kau ni?" celah Tuan Rahman tiba-tiba dari arah dapur.

Raisya terkedu. Kata-kata hinaan itu menikam hatinya seperti belati tajam. Beginikah yang diucapkan oleh orang bahawa cinta pertama anak perempuan itu ialah seorang ayah? Namun, sebelum sempat dia membalas, Zya tiba-tiba muncul dari tangga, turun dengan lengannya erat melingkari tangan suaminya – lelaki yang pernah menjadi cinta pertama Raisya.

Senyuman sinis terukir di bibir Zya. Dia sempat melirik tajam ke arah Raisya, seakan-akan mahu menunjukkan betapa bahagianya dia bersama lelaki itu. Janji-janji manis yang pernah diucapkan oleh bekas kekasihnya dahulu kembali terngiang-ngiang dalam fikiran Raisya, mengorek luka lama yang belum sembuh sepenuhnya.

"Aku tanya ni, kenapa kau diam?!" suara Tuan Rahman meninggi, membuatkan Raisya tersentak dari lamunannya.

Dalam masa yang sama, Zayyan yang berada di dalam kereta hanya mampu menahan diri. Bukan dia tidak mahu menemani Raisya berhadapan dengan keluarganya, tetapi atas permintaan gadis itu sendiri, dia terpaksa menahan diri dan tidak melakukan apa-apa tindakan.

"Rai... Rai nak kahwin dengan orang yang dah selamatkan Rai," jelas Raisya sambil memandang ke arah kereta Zayyan.

Mereka berempat serentak menoleh, menuruti arah pandangan Raisya yang terarah kepada kereta Zayyan.

"Papa... Rai minta tolong sangat, jadi wali untuk Rai. Sekali ini saja papa," rayu Raisya.

Raisya memegang tangan papanya sambil menangis dan merayu untuk permintaan terakhir. Malangnya, Tuan Rahman menepis tangan gadis itu, dengan wajah yang jijik melihat anak bungsunya.

"Get out! I never have a daughter like you, aku tak akan pernah jadi wali untuk kau," ucap Tuan Rahman lalu menolak tubuh kecil Raisya kebelakang nasib sempat disambut oleh Zayyan.

"Ya Allah," ucap Raisya setelah tersedar dari lamunannya, masih terngiang-ngiang sewaktu dia pergi berjumpa dengan keluarganya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience