BAB 4

Romance Series 10144

"Kau okey ke stay sini?" soal Zayyan lalu menyandarkan badannya ke sofa yang lembut sambil memeluk tubuh.

"Okey je," ucap Zara lalu memberikan segelas kopi Raisya kepada Zayyan.

Zayyan mengambil cawan itu sambil memerhati gadis itu. Suasana senyap seketika, hanya bunyi hujan renyai di luar tingkap yang menemani mereka.

"Baju kau yang dalam beg semalam dah keringkan?" soal Zayyan lalu meletakkan gelas itu di atas meja.

"Y-ya, dah kering. Kenapa?" Gugup Raisya dan tidak memandang kearah Zayyan.

"Aku nak kau pakai baju kau and ikut aku," ucap Zayyan dengan tegas tetapi nada lembut. Lalu berdiri dari duduknya tadi.

"Nak pergi mana?" soal Raisya lalu memandang wajah Zayyan.

"Jangan banyak tanya, pergi siap. Aku tunggu dalam kereta," ucap Zayyan lalu melangkah keluar dari mansion dan menunggu Raisya di dalam kereta.

Raisya terkebil-kebil dengan apa yang Zayyan kata. Dengan pantas Raisya berlari menaiki anak tangga dan masuk ke dalam bilik lalu menukar pakaian yang sopan.

Dia mencapai jubah putih yang tergantung kemas, mengenakannya dengan pantas. Shawl berwarna putih turut dipadankan, dan dia mengemaskan lilitan tudung di hadapan cermin. Walaupun kelam-kabut, Raisya memastikan penampilannya rapi. Dia berdandan dengan mencalit sedikit lip balm di bibirnya untuk menambah seri. Akhir sekali, dia menyarungkan kasut sneaker putih yang dia bawa dalam beg semalam.

Raisya keluar dari mansion itu lalu mengunci pintu apartment, dengan cepat dia berlari menuju kereta, membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam perut kereta tersebut dengan cepat kerana hujan.

Zayyan memandang kearah Raisya yang baru sahaja memasuki kereta, lalu Zayyan terus menjalankan keretanya dan meninggalkan kediaman tersebut.

Dengan kelajuan sederhana, Zayyan memandu dengan cermat kerana jalan agak licin akibat hujan. Kalau tidak hujan memang dia dah pecut dari tadi lagi.

"Kita nak pergi mana ni?" soal Raisya, matanya memandang jalan yang basah dan rintikan hujan.

"Beli baju kau," jawab ringkas dari Zayyan.

Raisya membulat mata apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Zayyan."Tapi saya dah ada baju," kata Raisya lalu memandang wajah Zayyan yang tampan itu.

"Baju kau tu tak banyak," jawab ringkasnya lagi.

"Tapi–"

"Dah diam! Aku yang bawa kau and aku yang belanja kau," potong Zayyan. Dia tidak suka orang membantah apa yang dia katakan. Kalau dia kata A, A lah tak ada B ke, C ke.

Raisya terdiam dengan ucapan Zayyan. Dia merasa terharu dengan Zayyan, walaupun mereka baru sahaja kenal, tetapi sikap Zayyan amatlah baik dari sudut pandangnya.

Sampai di IOI City Mall, mereka berdua keluar dari perut kereta. Zayyan melangkah masih ke dalam Mall tersebut diikuti oleh Raisya di belakangnya.

Zayyan memandang satu kedai pakaian yang bernama Padini Concept Store. Zayyan melangkah masuk, Raisya hanya mengikuti langkah Zayyan tanpa membantah.

"Cari baju yang kau suka," ucap Zayyan tanpa melihat ke arah Raisya.

"Tapi–"

"No but's," ucap Zayyan yang memandang kearah iPhone miliknya.

"Find her new clothes, yang cantik dan sopan," kata Zayyan kepada pekerja disitu.

Pekerja itu mengangguk kepala dan menolong Raisya untuk mencari parking yang cantik dan sempadan dengannya.

"Jom Puan ikut saya," ucap pekerja tersebut dengan lembut.

"Cik, bukan Puan," sampuk Zayyan.

"Maaf, jom cik," ajak pekerja itu.

Raisya mengikuti langkah pekerja itu dan memilih pakaian yang cantik dan selesa, dan yang paling penting baju itu labuh dan tidak ketat.

Beberapa helai pakaian dipilih lalu Zayyan membayar menggunakan unlimited card credit miliknya.

"Terima kasih," ucap Raisya. Dia merasa tidak selesa dengan apa yang Zayyan lakukan kepadanya saat ini, dia tidak suka menyusahkan orang lain.

"Most welcome," ucap Zayyan lalu melangkah keluar dari kedai tersebut.

"Kau dah makan?" soal Zayyan lalu berhenti melangkah dan memandang wajah cantik Raisya. Comelnya!

"D-dah," jawab Raisya sambil menganggukkan kepala.

"Good, kau ada apa-apa lagi nak beli? Tudung ke? Make up ke?" soal Zayyan sambil matanya melilau mencari kedai-kedai yang berjualan tudung dan barang make up.

Raisya hanya diam, dia ingin tapi, dia telah banyak menghabiskan duit Zayyan di kedai pakaian tadi. Zayyan yang perasaan Raisya hanya diam, dia pun menarik pergelangan tangan Raisya yang berlapik baju, dan dia berjalan menuju kearah Watson untuk Raisya mencari barang make up nya.

"Take all what you need, perempuan kan suka make up," ucap Zayyan. Sempat lagi dia memerli Raisya.

'Eh! Eh! Eh! Orang tua ni, nak perli aku lah tu,' kutuk Raisya didalam hati.

Raisya melangkah masuk dan melihat sekeliling dan dia memandang kearah sebuah tempat yang terletak banyak gincu, lipstick, lip tint, lip balm dan banyak lagi.

Zayyan yang memerhati gerak geri Raisya, dia tersenyum nipis melihat kelakuan comel gadis itu.

'Astaghfirullah hal Azim! Tak baik tenung anak dara orang lama-lama,'  Zayyan beristighfar di dalam hati. Mata meliar melihat tubuh cantik Raisya.

'Argh! Aku dah jatuh cinta ke ni?!' jeritnya dalam hati.

"Aku akan jaga kau Zara Raisya, My Flower," bisiknya lagi.

"Assalamualaikum," tegur suara garau seorang lelaki dari belakang Zayyan.

Zayyan berpaling dari belakang. "Wa'alaikumussalam," sahutnya.

"Weh Zay, kau buat apa dekat sini?" soal Tengku Kaiden itu sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Tak adalah aku teman orang," jawab Zayyan lalu menyambut tangan lelaki itu.

"Oh! Teman siapa? Laura ke?" soal Tengku Kaiden itu.

"Tak ada maknanya, aku nak tengok muka dia pun aku dah nak muntah. Inikan nak teman dia keluar pula? Memang tak lah," ucap Zayyan sambil matanya melilau mencari kelibat gadis itu.

"Zay, aku dengar kau dah nak kahwin. It's truth?" soal Tengku Kaiden itu.

"Tengku Kaiden, kau jangan cakap pasal benda ni boleh tak? Aku malas nak dengar and for your information, aku tak akan kahwin dengan perempuan murah tu," jelas Zayyan yang masih mencari kelibat keberadaan Raisya.

"Kau cari siapa sial?" soal Tengku Kaiden, perasan yang mata Zayyan yang tidak duduk diam seolah-olah ibu kucing hilang anak.

"Kau ada nampak perempuan tu tak?" soal Zayyan yang membuatkan Tengku Kaiden bingung.

"Perempuan mana? Laura?" soal Tengku Kaiden.

"Ish kau ni! Bukan dia, nama perempuan tu Zara Raisya...Aduh! Hilang ke mana pula perempuan ni pergi?" bebel Zayyan, Tengku Kaiden hanya menadah telinga dengar bebelan Zayyan.

"Awak," panggil suara lembut dari belakang Zayyan.

Zayyan memandang dan melihat Raisya yang menggigil dan wajah yang pucat.

"Raisya, kau pergi mana? Kenapa kau menggigil ni?" soal Zayyan yang perasan dengan tubuh gadis itu menggigil.

Raisya hanya diam dan tidak melihat wajah Zayyan sama sekali. Dia hanya melihat ke lantai.

"Anak dara siapa pula kau culik ni?" soal Tengku Kaiden yang memandang kearah gadis itu.

"Aku tak culik lah! Aku pinjam aje," jawab Zayyan tanpa melihat wajah Tengku Kaiden.

"Kau pinjam anak siapa sial? Kau jangan macam-macam, ini anak dara orang tahu tak?!" kata Tengku Kaiden yang kalut.

"Kau diam boleh tak? Aku sepak kang!" bidas Zayyan sambil mengangkat sebelah kakinya untuk menyepak Tengku Kaiden.

"Awa–"

Raisya pingsan dan sempat di sambut oleh Zayyan dan dia berlutut untuk membetulkan kedudukannya.

"Allahhuakhbar! Raisya! Bangun!" panggil Zayyan yang memeluk tubuh Raisya.

"Zay, kau buat apa siot dekat budak ni sampai pengsan?" soal Tengku Kaiden yang panik melihat Raisya yang pengsan.

Pakk!

Zayyan memukul kepala Tengku Kaiden yang suka-suka je nak tuduh orang.

"Kau diam boleh tak? Budak ni demam, bukan aku buat apa-apa pun," jelas Zayyan. Kenapalah aku dapat sahabat yang polos sangat ni?

"Habis tu? Nak buat apa sekarang ni?" soal Tengku Kaiden yang panik.

"Buat apa lagi, bawa dia pergi hospital lah sial! Hadoi!" jelas Zayyan lalu mengangkat tubuh kecil gadis itu.

"Kau bawa barang tu," kata Zayyan sambil menunjukkan beg beli belah milik Raisya.

"Erk! Asal aku pula? Kau lah yang bawa!" tolak Tengku Kaiden.

"Kau buta ke? Aku tengah dukung budak ni kan, kau lah yang bawa benda tu. Lagi pun, itu semua pakaian budak ni," jelas Zayyan lalu melangkah pergi meninggalkan Tengku Kaiden yang memandang kearah beg pakaian tersebut.

Zayyan sampai di kereta miliknya, lalu membaringkan Raisya di bahagian seat belakang, kemudian menutup pintu tersebut.

"Zayyan!" panggil suara seorang gadis dari belakang Zayyan yang membuatkan Zayyan meluat.

"Ck! Kenapa dia ada dekat sini?" bisik Zayyan.

Zayyan menghiraukan suara tersebut lalu berjalan menuju ke tempat pemandu. Gadis itu dengan pantas berlari dan memegang pergelangan tangan Zayyan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience