"Mierda!"("Sial!")carut Felix yang merupakan pemimpin kedua Black Mamba.
"How could they hack our system? Justin, their hacker is already dead!" jerit Felix kepada orang kanannya iaitu Vegas.
"Todavía tienen a Joshua como hacker y también como el protegido favorito de Justin... Estoy seguro,"("Mereka masih ada Joshua sebagai hacker dan juga anak buah kesayangan Justin...Aku yakin,") jelas Vegas lalu memberikan sekeping gambar Justin bersama Joshua kepada Felix.
"Mana perempuan tu?" Felix masih tidak puas hati dengan apa yang telah berlaku kepada sistem internet mereka.
"Dia masih lagi di dalam flight bos," kata Vegas yang sedang memerhati anak buah mereka mengemas senjata-senjata untuk berperang dengan kumpulan Dragon Force.
"Joshua," nama lelaki itu meniti di bibir Felix dengan senyum sinis.
"Kau adik dia atau anak murid dia sebenarnya?" tanyanya mengenai Joshua.
Jika benar Joshua telah mempelajari cara untuk mengehack sistem dari Justin, maka mereka akan mengalami masalah besar. Walaupun Justin sudah tiada tetapi, Joshua akan meneruskan perjuangan dan membalas dendam terhadap orang yang telah membunuh Justin.
"Zayyan?" terkejut Raisya setelah membuka pintu rumahnya apabila dia melihat sosok yang dirinduinya.
"Yes flower?" jawab lelaki itu melihat wajah sembap Raisya, sepertinya gadis itu baru lepas menangis.
'Nak peluk tak boleh,' ujarnya di dalam hati.
Raisya mengalirkan air mata sekali lagi untuk lelaki itu, murahnya air mata Zara Raisya kepada Zayyan Rain. Warna kulit putih Raisya yang menyebabkan Zayyan dapat melihat mata, hidung dan pipi Raisya memerah akibat terlalu kuat menangis.
"Flower, don't cry. I'm here now," ucap Zayyan dengan senyum manis. Tengku Kaiden hanya memerhati mereka berdua dari dalam kereta.
"Bila la aku nak ada awek ni? Bosan hidup single. Bonda nak kahwin..." bebel Tengku Kaiden cemburu dengan mereka.
"Awak buat apa dekat sini?" soal Raisya dengan suara serak.
"Marry me Zara Raisya, aku ikhlas nak jaga dan sayangkan kau. Tolong bagi aku peluang untuk menjadi imam kau dan bapa untuk anak-anak kita," lamar Zayyan dengan memberikan sebentuk cincin emas sebagai tanda dia ingin mengambil Raisya sebagai suri hatinya.
Tengku Kaiden yang sedang minum air mineral tiba-tiba tersembur keluar apabila melihat Zayyan melutut di hadapan Raisya dengan sebentuk cincin di tangan.
"Pfft—! A...apa benda ni?!" sambil mengelap mulut dan dada yang basah. Dia mengeluarkan kepalanya dari kereta melalui tingkap kereta.
Dia terkebil-kebil memandang Zayyan yang masih tersengih, manakala Raisya pula kelihatan terkejut.
"Weh, kau biar betul? Kau nak lamar Raisya?!" jerit Tengku Kaiden yang masih terkejut.
"Habis tu? Nak lamar kau?" sengaja menyakat.
"Hoi! Aku hampir mati tercekik air tadi, tahu tak?!"
"So? That's not my bussines," ucap Zayyan selamba.
"Kau...kau sabar jap! Aku ke sana!" geram Tengku Kaiden, dia membuka pintu kereta lalu keluar dan mendekati mereka.
"So? Kau sudi?" soal Zayyan yang masih menunggu kepastian.
"Tapi–"
"Pasal mummy aku kau jangan risau, biar aku yang pujuk...kalau dia still tak boleh terima kau, aku akan tetap nak kahwin dengan kau. Because you are the only one woman I love after my mom," jelas padat Zayyan yang membuatkan Tengku Kaiden terkedu. Boleh tahan mamat ni bagi ayat.
Raisya hanya menatap wajah tampan dan serius Zayyan. Jawapan apa yang ingin dia berikan? Terima atau tidak? Dia tidak ingin Zayyan menjadi anak derhaka disebabkan dirinya.
"Awak pasti ke nak kahwin dengan saya?" soal Raisya dengan wajah sedih.
"Aku pasti. Aku janji, setelah kau disahkan menjadi isteri aku, aku lindungi kau, jaga kau dan sayangkan kau sampai mati. Itu janji aku, janji dari seorang Zayyan Rain," jelas janji Zayyan dengan bersungguh-sungguh dia ingin menjaga Raisya.
"Baiklah, saya terima," jawab Raisya yang membuatkan Zayyan gembira sehingga dia memeluk tubuh tegap tengku Kaiden dengan erat. Tengku Kaiden masih membeku, dia sebagai ketua utama tetapi masih lagi single.
"Sakitlah bodoh!" Tengku Kaiden menolak tubuh Zayyan daripada memeluknya.
"Jangan cemburu," seloroh Zayyan yang membuatkan Raisya kembali tersenyum.
"Ha...kalau macam ni kan cantik! Senyum...ini tak, masam saja muka tu dah macam cuka," selorohnya lagi. Raisya menjeling tajam kearah Zayyan. Baru sahaja diterima, sudah mula dengan usikannya.
"Dah jom balik! Aku ada banyak lagi kerja dari layan drama kau orang!" cemburu tengku Kaiden.
"Jealous?" soal sindir Zayyan.
"Tak ada maknanya," jeling tajam.
"Wow! Yakinnya kamu," sindir lagi.
"Shut up!"
"Esok aku datang lagi tau. Jangan rindu pula," ucapnya.
"Okey,"
"Bye, my beautiful flower. Don't miss me too much, okay? Because I'm definitely going to miss you," ucap Zayyan yang membuatkan Raisya merinding.
"Disgusting," ucap Tengku Kaiden yang melangkah kaki ke kereta Lamborghini Veneno miliknya.
"Iri? Bilang bos!" bahagia Zayyan. Tengku Kaiden tersenyum lebar semasa berjalan mendekati kereta. Bahagia melihat sahabatnya bahagia, sebelum ini terikat oleh gadis yang bernama Laura Media dan Datin Suraya atas pertunangan mereka secara paksa. Namun kini, Zayyan kembali ceria.
"So, you’re the one our boss has set his sights on now, Zara Raisya," senyum sinis terukir pada wajah lelaki yang sedang mengintip dan mendengar semua perbualan antara Tengku Kaiden, Zayyan Rain dan Zara Raisya.
Adakah Raisya akan menjadi sasaran utama anggota Black Mamba untuk menjatuhkan Zayyan? Jika Zayyan jatuh, maka Tengku Kaiden dan Dragon Force akan kehilangan bos mereka sekaligus sahabat kepada Tengku kaiden Rafael.
RING!
Telefon pintar milik lelaki tersebut berdering dan terpapar nama.... SEÑOR FÉLIX (Tuan Felix)
"Hola?" ("Helo?") Panggilan itu dijawab.
"Target?" soal Felix dengan nada dingin.
"Si"("ya")
"Her name?"
"Her name is Zara Raisya and she's muslim. I'm gonna send you her pictures," ucap lelaki itu sebelum Felix mematikan panggilan.
"Well, well, well. Zara Raisya? You gonna be mine," ucap Felix setelah mendapat gambar Raisya yang dikirim oleh anak buahnya. Lama Felix menatap gambar yang kelihatan wajah cantik Raisya.
"Mi amor, Zara Raisya," bisiknya lagi.
"Zay! Kau serius nak kahwin dengan Raisya?" soal Tengku Kaiden yang sedang membelai Mickey kesayangannya.
"Kenapa? Kau risau pasal mummy aku ke? Kau takut dia tak bole nak terima Raisya as my wife?" soal Zayyan tertubi-tubi sambil menatap wajah anak buat Black Mamba yang sedang di hadapannya.
"Yeah!" balas tengku Kaiden lalu melangkah ke arah lelaki yang masih lagi terikat di kerusi.
"Nanti pandai-pandailah aku pujuk. Kita kena settle kan si bedebah ni dulu," ucap Zayyan yang matanya hanya menatap lelaki itu.
Tengku Kaiden mengambil ular sawa batik kesayangannya itu dan diletakkan di atas leher lelaki itu.
"Tali leher baru untuk kau sebelum kau pergi alam barzakh," ucap Tengku Kaiden yang tersenyum sinis.
"Smart woo! Kalah Zayyan!" sindirnya.
Zayyan menjeling tajam.
ZAP!
Argh!!
Pisau belati ditikam pada pipi lelaki itu oleh Tengku Kaiden.
"Dah tak handsome muka kau, dah buruk dah," seloroh Tengku Kaiden.
"By the way, ¿cuánta información sabes sobre nosotros?"("By the way, dah berapa banyak informasi yang kau tahu pasal kami?") soal Tengku Kaiden sambil menarik rambut lelaki itu sampai mendongak ke atas.
Lelaki itu hanya diam.
"¡Te estoy preguntando, contesta, idiota! ¿Eres sordo o eres mudo?"("Aku tanya ni jawablah bodoh! Kau pekak ke kau bisu?")
Arghhh!
Berkali-kali tikaman pisau belati pada bahagian paha dan perut lelaki itu untuk menarik perhatian ular sawa tersebut.
"Inilah, kecil-kecil tak nak mampus, besar-besar menyusahkan orang," sindir lagi sambil memberi tikaman terakhir ke perut lelaki itu sehingga tanganya menembusi perut ke belakang.
Zayyan hanya memandang situasi tersebut. Biarlah dia nak buat apa pun yang penting dia bahagia. Kebahagiaan Tengku Kaiden adalah membunuh dengan cara menyeksa terlebih dahulu sebelum mencabut nyawa seperti malaikat maut dan juga memberi ayat savage kepada manusia-manusia yang bodoh sombong.
Share this novel