BAB 18

Romance Series 27938

Raisya yang dikurung dalam sebuah bilik yang cantik. Raisya terbangun dari pengsannya akibat lelaki yang menculiknya tadi membius ubat tidur agar senang untuk membawanya ke headquarter Black Mamba.

"Did you sleep well, mi amor?" soal sinis Felix yang sedang duduk diatas di sampingnya.

Raisya terkejut apabila melihat lelaki asing di sisinya. Dengan pantas, dia menolak tubuh lelaki itu dan menjauhkan diri, dadanya berombak menahan panik. Matanya liar memerhati sekeliling—sebuah bilik mewah yang dihiasi dengan perabot eksklusif, langsir tebal menutupi jendela besar.

'Mana tudung aku?' Raisya mencari tudungnya. Dia menutup rambutnya dengan selimut yang di sampingnya.

"You look more beautiful without hijab," ucap Felix lalu membuka selimut dengan paksa.

"Siapa kau?!" Raisya separuh menjerit, tangannya meraba-raba mencari sesuatu untuk mempertahankan diri.

Felix hanya tersenyum senget, memerhatikan reaksinya dengan penuh minat. "Ah, querida, jangan takut. Aku bukan musuh kau... sekurang-kurangnya, bukan sekarang."

Jantung Raisya berdegup kencang. Lelaki ini tampak berbahaya, cara dia duduk dengan santai tetapi tetap mengawal situasi, seolah-olah sudah terbiasa menangani situasi seperti ini.

"Apa kau nak dari aku?" Raisya menekan suaranya, cuba menyembunyikan ketakutan yang menjalar dalam dirinya.

Felix bangun perlahan, menghampirinya dengan langkah penuh keyakinan. "Aku nak Tengku Kaiden, tapi aku kena hapuskan lelaki tercinta kau terlebih dahulu. So, aku gunakan kau untuk pancing dia ke sini, understand mi querida?" Senyum sinis Felix sambil mengelus pipi lembut Raisya.

Raisya segera menepis kasar tangan lelaki itu.
"Don't touch me with your filthy hands!"

"Wow, so fiesty. I like," semakin minat Felix melihat wajah garang Raisya. Semakin garang, semakin dia suka.

Felix berdiri dan melihat wajah cantik Raisya yang tidak bertudung akibat dia yang melepaskan hijab gadis itu.
"Jangan cuba-cuba lari. Kau dalam wilayah Black Mamba sekarang," lalu melangkah keluar dari ruang bilik itu.

"Eyes on her and don't try to hurt her," arah dan amaran Felix kepada anak buahnya yang sedang menjaga pintu bilik itu. Mereka hanya menganggukkan kepala.

Raisya berselimut menutupi seluruh tubuhnya. Dia cuba mengingati apa yang telah berlaku. Di mana Zayyan? Pasti Zayyan sedang mencarinya dirumah.

"Raisya! Pintu terbuka. Raisya!" Zayyan dengan pantas berlari masuk ke dalam rumah selepas memarkir motornya.

"Zara Raisya! Kau dekat mana?" panggilnya tanpa henti.

"Flower? Where are you? I'm here sayang," panik Zayyan berlari mencari Raisya satu rumah tetapi tidak dijumpai, malah dia menjumpai sebuah nota yang ditampal pada cermin di ruang tamu.

'Te tomo prestada a tu amor por un momento. Si la quieres, ven a buscarla. Tu querida es realmente hermosa, ¿puedo probarla si quiero?' ('Aku pinjam sayang kau sekejap. Kalau kau nak, datanglah ambil. Cantik betul buah hati kau ni, kalau aku nak rasa boleh tak?')

—Felix—

"Sial!" ucap Zayyan, dia terus mendail nombor Tengku Kaiden.

"Helo!" panik Zayyan.

"Apa? Dah kafir ke kau ni? Tak reti-reti nak bagi salam?" bidas Tengku Kaiden di hujung talian.

"My bad. Assalamualaikum."

"Wa'alaikumussalam. Ha, Apa?"

"We are in trouble,"

"What do you mean?"

"Raisya kena culik!"

"Hah! Siap yang culik?!"

"Black Mamba! Kau dekat mana sekarang ni?"

"Baru je nak pergi dekat kau."

"Stay there I'm coming."

"Apa benda lah, nak end call tu bagi lah salam," bebel Tengku Kaiden yang ingin menendang pintu keretanya.

"Assalamualaikum," terus mematikan panggilan.

"Wa'alaikumussalam. Eh?" Tengku Kaiden berkerut dahi.

"Dia dengar ke?" soal dirinya sendiri

"Redza, kumpulkan yang lain dekat bilik meeting. We have some mission, now!" arah Tengku Kaiden dengan tegas.

Tengku Kaiden kembali masuk ke dalam pejabatnya untuk mencari barang-barang yang diperlukan.

Zayyan yang baru sahaja sampai di headquarter dengan laju berlari masuk ke dalam bilik mesyuarat, kelihatan ramai anak-anak buah Tengku Kaiden yang sedang menunggunya. Tapi, dia tidak melihat kelibat Tengku Kaiden.

"Mana Young Master?" soal Zayyan yang melihat ramai lelaki yang berseragam hitam dan ada yang memakai baju kalis peluru.

"I'm here," wajah ceria Tengku Kaiden berubah menjadi dingin. Dingin apabila orang yang dekat dengannya dalam bahaya, dia tidak akan pernah tinggalkan kawan, lagi-lagi Raisya seorang perempuan dan bakal isteri sahabatnya.

"Young Master!" hormat para anak-anak buahnya sambil mecondongkan sedikit badan sebagai tanda hormat.

Tengku Kaiden berjalan menuju ke kerusi utamanya diikuti oleh Alex dan Zayyan. Alex sempat fitting baju sebelum ke sini.

"So, tell me what going on here?" Tengku Kaiden melabuhkan punggungnya di atas kerusi dengan wajah dingin.

"Aku jumpa note ni dalam rumah tu," Zayyan menyerahkan note yang diambil dari rumah Raisya.

Tengku Kaiden mengambil nota itu dan membacanya namun senyuman sinis terukir dibibirnya.

"I see...macam nak balas dendam je."

"Maksud kau?"

"Aku ada bagi dia hadiah, dan mungkin hadiah yang aku bagi tu yang membuatkan dia marah," sinis Tengku Kaiden. Namun, yang lain hanya mendengar perbualan antara Tengku Kaiden dan Zayyan.

Zayyan berkerut dahi. Hadiah apa? Dia tidak tahu apa-apapun.

"Get ready and don't forget, this is war," senyum sinis Tengku Kaiden yang membuatkan anak-anak buah mereka tersenyum bahagia. Ketua dengan anak buah sama saja, suka membunuh dan melihat darah manusia yang memercik keluar adalah kebahagiaan mereka.

Mereka semua bersedia untuk tumpaskan anggota Black Mamba yang semakin main gila dengan mereka.

"Assalamualaikum! Tak jawab dosa," polos salam dari Tengku Kaiden yang membuatkan Zayyan mengangkat sebelah keningnya.

"Kau buat apa bodoh?" soal Zayyan sambil menekup mulut Tengku Kaiden.

"Kau diam aje lah. Aku tahu apa yang aku buat dan kau pergi ikut Alex untuk menyelinap masuk, sebab yang dia nak hanya aku," ucap Tengku Kaiden sebelum menepuk bahu sahabatnya.

"Tapi kau seorang je sial."

"Don't worry, hero is always alone," seloroh Tengku Kaiden.

"Just go and take care," arah Tengku Kaiden dan memberi isyarat tangan kepada anak buahnya untuk menyorok di dalam semak atau mana-mana tempat yang mereka boleh bersembunyi.

Setelah semuanya selesai, Tengku Kaiden hanya menunggu jawapan dari dalam mansion tersebut.

"Lamanya. Assalamualaikum!" Tengku Kaiden memberi salam dengan nada yang kuat.

KREK!

Pintu pagar mansion itu di buka dan terdapat beberapa orang lelaki yang berpakaian serba hitam mendekatinya.

"Tengku Kaiden?" soal salah seorang dari mereka.

"Yes I am," jawab polos Tengku Kaiden, mata birunya hanya memandang seorang figura yang sedang menatapnya dari balik tingkap mansion tersebut.

"Follow us," arah lelaki itu.

"Tak payah nak suruh-suruh, aku boleh jalan sendiri. Aku ada mata, tangan, kaki dan anggota badan aku masih lagi helok. Tak cacat lagi," jelingan diberikan kepada para anak-anak buah Black Mamba yang memerhatikannya.

Tengku Kaiden melaju masih kedalam sambil memberikan isyarat tangan dari belakang kepada anak-anak buahnya yang sedang bersembunyi.

'Follow Zayyan' genggaman dan menunjukkan kearah dimana Zayyan dan Alex maju.

Arahan tangan diberikan.

Redza yang memimpin bahagian kanan dengan pantas mendapat isyarat itu lalu menyuruh yang lain untuk pergi ke tempat dimana Zayyan dan Alex. Manakala Joshua, yang memimpin di bahagian kiri, hanya menunggu di luar bersama MacBook miliknya untuk mengakses maklumat tentang selok-belok mansion dan mencari lokasi di mana Raisya dikurung.

"Found it!" ucap Joshua melalui alat pendengaran. "La señorita Raisya está encerrada en el tercer piso, en la última habitación al final del pasillo. Hay dos guardias apostados frente a la puerta." ("Cik Raisya dikurung di tingkat tiga, bilik terakhir di hujung koridor. Ada dua pengawal berjaga di hadapan pintu.")

"Got it. Teruskan pantau keadaan," jawab Zayyan yang sedang melihat gerak-geri musuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience