" Haikal kenapa duduk dekat sini " tanya Dina kepada Haikal. Ternyata sosok yang duduk di belakang sekolah itu ialah Haikal. Haikal sedang merenung jauh ke langit dan tidak menyadari kehadiran Dina di sisinya.
" HAIKALLLLL..... " kata Dina kepadanya dengan nada yang kuat. Tersentak Haikal yang sedang termenung di situ.
" Ehhhhh kau buat apa kat sini sibuk je" kata Haikal dengan nada tidak senang dengan kehadiran Dina di situ.
" Hm... Haikal buat apa kat situ jom ikut Dina pergi kelas " kata Dina kepadanya dan ia terus mengapai tangan Haikal untuk menariknya ke kelas.
Haikal berasa hairan kerana selama ini tidak pernah ada perempuan yang mampu memegang tangganya. Haikal terus menepis tangan Dina dan menanyakan kepada Dina " kau tak rasa sakit ke pegang aku " perasaanya tertanya tanya bagaimana Dina boleh memegang tangannya padahal selama ini jika ada perempuan yang memegang tangannya perempuan tersebut akan berasa sakit seperti terkena renjatan elektrik. Baru kali ini ada sosok perempuan yang mampu memegang tangan Haikal dan tidak berasa sakit.
" Dina tak rasa sakit pun " kata Dina menjawab persoalan Haikal. " Seriussslah kau tak rasa sakit ni macam kena elektrik ke? apa ke? pedih ke ? " tanya Haikal kepadanya sekali lagi kerana tidak mempercayai seorang perempuan yang berkelakuaan seperti kanak kanak kecil ini boleh memegangnya. " Ihhhh Haikal ni Dina kata tak sakit, tak sakit lah " jawab Dina dengan nada tampak rimas dengan persoalan yang ditanyakan oleh Haikal berulang ulang kali kepadanya.
"hmmmm pelik lah macam mana budak ni boleh pegang aku " kate Haikal di dalam hati.
" Haikal ni jom pergi kelas " kata Dina kepadanya.Mereka berdua terus berjalan menuju ke kelas dengan berpengangan tangan. Aksi mereka berdua diperhatikan oleh tiga orang murid perempuan yang tidak menyukai Dina.
" Ishhhhh sibuk je lah budak tu pegang pegang boyfriend aku " kata Sarah selaku ketua geng 3c (a.k.a 3 cantik ).
"sejak bila pulak kau couple dengan Haikal ni " serentak Farah dan Tasya menyoal pernyataan yang diajukan oleh Sarah.
" Korang diam lah aku ada idea nak buat budak tu jauh dari Haikal " tampaknya Sarah mempunyai perancangan yang jahat terhadap Dina.
Di sisi lain Dina dan Haikal terus menuju ke kelas dan duduk di bangku mereka. "Halo Maya " sapa Dina kepada Maya yang sedang duduk di bangkunya. " Halo Dina " jawab Maya membalas ucapan Dina.
Maya berasa hairan bagaimana Haikal boleh berada dengannya dan ia terus menyoal Dina tentang Haikal kepadanya.
" Ehhhhh kenapa Haikal boleh ada dengan kau ni bukan tadi kau nak pergi tandas ke? " tanya Maya kepada Dina.
" Dina jumpa Haikal tadi kat belakang sekolah " kata Dina menjawab persoalan Maya.
" Habistu kau dah pergi tandas ke? " tanya Maya kepada Dina.
" belum " jawab Dina dengan jawapan yang ringkas tanpa alasan yang panjang lebar.
"Pergi lah tandas cepat ada masa lagi ni" kata Maya kepada Dina .Dina terus bergegas ke tandas.
Haikal dengan wajah yang masih kebingungan dengan kejadian tadi terus disergah oleh Maya. "Weh Haikal " katanya kepada Haikal dengan memukul bahunya. Tampaknya Maya terkena sedikit renjatan elektrik tetapi tidak terlalu kuat kerana ada lapisan baju. " Auchhh badan kau ada elektrik ehh " kata Maya sambil mengusap tangannya yang kesakitan.
"Hmmmm badan aku memang ada elektrik dan semua perempuan dekat dunia ni tak boleh pegang aku tapi yang aku pelik sekarang ni kenapa Dina boleh pegang aku " kata Haikal kepada Maya.
" lah itu ke yang kau fikirkan dari tadi " tanya Maya kepada Haikal. Haikal pun menganggukkan kepalanya menandakan perkataan Maya itu betul.
" Ooooo hmmm aku pun taktahu lah mungkin Dina jodoh kau kot sebab tu Dina tak rasa sakit " kata Maya sambil tertawa. Maya tampak menjodohkan Haikal dan Dina.
Tankiuuu sape yang baca cerita ni. Sebelum ni saya fikir taknak update tapi takpelah lepas ni saya akan update sehari 1 chapter. Tankiuu yang dh baca.
Share this novel