Setelah seminggu kejadian itu berlaku, Zayyan dan Raisya hanya berjumpa apabila Zayyan menghantar barang dapur kepada Raisya. Hubungan mereka semakin jauh, lamaran Zayyan masih lagi tiada jawapan.
"Zay? Kau okey tak ni? Macam orang mati bini je aku tengok kau ni," Tengku Kaiden yang perasan perubahan Zayyan, sebelum ini dia tidak macam ni. Sejak dia kenal Raisya, banyak Zayyan berubah.
"Entahlah Kai, aku rasa macam semakin jauh dengan Raisya. Aku rasa macam aku dah tak ada peluang untuk aku rapat balik dengan dia," jelas Zayyan yang asyik termenung sahaja.
"Kau cubalah ajak dia keluar ke? Cuba bercakap dengan dia empat mata ke? Tak pun kau cakap je yang sebenarnya kau betul-betul ikhlas nak jaga dia sebab kau sayang dan cintakan dia," ucap Tengku Kaiden yang membuatkan Zayyan terkejut. Sebala-bala Tengku Kaiden, dia pandai kalau bab-bab memberi nasihat kepada orang lain.
"Pandai eh kau nasihat aku? Kau sepatutnya nasihatkan diri kau tu, Puan Sri ada tanya aku, kau bila nak kahwin?" kata Zayyan sambil menjeling ke arah lain.
Tengku Kaiden diam dan menjeling tajam kearah Zayyan yang sedang menahan ketawa.
Kalau di pikir-pikir, sudah lama dia tidak pulang kerumah bonda dan ayahandanya. Kalau pulang, sudah pasti akan di ceramah berbakul-bakul.
"Nanti aku pandai-pandailah nak kelentong bonda, daripada dia bising suruh aku kahwin baik aku enjoy dulu. Nanti kalau dah kahwin mesti dah tak boleh enjoy macam ni," ucap Tengku Kaiden seolah-olah mengejek Zayyan.
"Mummy, macam ada orang je dalam rumah Zay ni," ucap Laura kepada Datin Suraya.
"Maid dia kot, kan sekarang ni dia tinggal dengan mummy," kata Datin Suraya sambil mengetuk pintu.
"Assalamualaikum!" salam diberi oleh Datin Suraya.
"Wa'alaikumussalam," sahut Raisya lalu membuka pintu.
"Ya? Cari siapa?" soal Raisya kepada mereka berdua.
"Kau siapa?" soal Laura dengan nada tegas tambah cemburu.
"Saya–" Datin Suraya mencelah.
"Kamu ni, maid Zayyan ke?" soal Datin Suraya.
'Mak dia ke? Dan perempuan ni siap? Tunang dia ke? Habislah aku, nak buat macam mana ni? Nak kena bohong ke?' soal Raisya bertubi-tubi didalam hatinya.
"Ya saya, puan ni siapa ya?" soal Raisya. Gagap-gagap pun tetap nak tanya, kot-kot salah orang ke?
"Saya Datin Suraya, mummy Zayyan dan ini Laura tunang Zayyan," ucap Datin Suraya dengan senyuman manis.
"Masuklah Datin dan cik Laura," ajak Raisya dengan sopan. Laura hanya menatap tajam gadis itu.
"Kau dah berapa lama jadi maid tunang aku?" soal Laura dengan nada tidak puas hati.
"Baru je seminggu," tipu Raisya. Dia dirumah Zayyan sudah 3 minggu.
"Kau ingat sini eh, kau jangan berani nak dekat-dekat dengan tunang aku. Kalau aku tahu siap kau, aku kerjakan," amaran dari Laura, Raisya hanya mengangguk faham tanpa ada rasa takut. Baginya, wajah dingin Zayyan lagi menakutkan dari wajah makcik-makcik Laura.
"Tak apalah, aku cau dulu," pamit Zayyan.
"Nak pergi mana?" soal Tengku Kaiden, dia nak ikut sebenarnya.
"Nak jumpa Raisya, nak ikut?" soal Zayyan yang membuatkan wajah Tengku Kaiden bersinar.
"Nak!"
"Jom!"
"Datin dengan cik Laura duduk dulu saya buatkan air," ucap Raisya dengan sopan.
Datin Suraya melemparkan senyuman kepada Raisya. Raisya meluru ke dapur untuk membancuh air kepada Datin Suraya dan Laura.
"Kalau aku tahu, aku akan jumpa tunang dia secepat ni, mungkin dah lama aku tinggalkan rumah ni," bebel Raisya sambil meletakkan gula ke dalam teko.
"Kau memang tak ada perasaan dekat tunang aku kan?" soal Laura yang tiba-tiba muncul dari mana entahnya, berjalan mendekati Raisya.
"Tak ada lah cik Laura, saya hormat dia sebagai majikan saya sahaja. Cik Laura jangan risau ye?" kata Raisya tanpa memandang wajah Laura.
"Kau yakin ke?" soal kepastian Laura.
"Iya cik Laura. Saya yakin," jawab Raisya.
Laura memaut dagu Raisya dengan paksa. "Aku akan awasi kau dari menjadi orang ketiga dalam hubungan aku dengan Zayyan!"
Raisya menepis kasar tangan Laura dari dagunya. "Kalau saya cakap yang saya akan jadi orang ketiga, macam mana?" sinis Raisya.
"Kau jangan nak melampau dengan aku! Kau hanya orang rendahan! Kau tak setaraf dengan Zayyan! Kau hanya seorang pembantu!" ucap Laura, hati Raisya terasa pedih seperti digores oleh pisau. Perkataan Laura amatlah pedih baginya. Ya, dia sekarang tidak mempunyai sesiapa untuk bergantung dan dia tidak setaraf dengan Zayyan.
"Ya! Memang saya tak setaraf dengan Zayyan, tapi saya masih lagi ada maruah diri untuk dijaga. Cik Laura tak payah lah nak masuk campur hubungan saya dengan Zayyan ya? Saya harap Zayyan akan kick cik Laura dari hidup dia," senyum sinis Raisya terukir. Dia bukan seorang gadis yang penakut untuk bergaduh mulut.
"Kau–"
"Sudah-sudahlah cik Laura, tak penat ke? Saya pun dah penat nak bergaduh mulut dengan cik Laura," kata Raisya lalu membawa dulang air ke ruang tamu untuk dihidangkan.
"Datin, jemput minum," ucap Raisya sambil memberikan segelas jus oren kepada Datin Suraya.
"Thanks. By the way, nama kamu siapa?" soal Datin Suraya sambil menyambut huluran tersebut.
"Nama saya Raisya," jawab Raisya.
Datin Suraya hanya mengangguk dan mencicipi jus oren tersebut. Manakala, Laura pula yang baru sahaja keluar dari dapur dengan wajah yang tidak dapat dibaca. Dia mahu marah? Sedih? Gembira? Kecewa? Cemburu? Entahlah, sukar untuk dibaca.
"Kamu ni dah kenapa Laura? Masam je muka tu," soal Datin Suraya setelah Laura mengambil tempat duduk disebelahnya.
"Tak ada apa lah mummy," jawabnya.
"Oh ya! Sebelum saya lupa. Esok 23 haribulan Oktober, birthday Zayyan. So, kami datang sini sebab kami nak set up barang-barang dalam masion ni," kata Datin Suraya.
"Oh....Datin nak saya tolong? Makanan yang ingin disediakan ke?" Raisya menawarkan dirinya untuk membantu wanita separuh abad itu.
"Hmm....Boleh juga, saya mahu kamu masak makanan kegemaran dia," ucap Datin Suraya dengan senyum lebar, untungnya ada orang yang menawarkan dirinya untuk memasak makanan esok hari.
"Kalau boleh tahu, apa makanan kegemaran Tuan Zayyan?" soal Raisya, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Alang-alang Datin Suraya memintanya menyajikan makanan kegemaran Zayyan, tidak salah untuk dia mengetahui makanan tersebut. Namun, pandangan Raisya secara tidak sengaja bertemu dengan Laura, yang memandangnya dengan tatapan tidak puas hati.
"Zay, kita kena patah balik lah. Joshua text aku dia cakap Black Mamba ada hantar sesorang untuk spy kita," ucap Tengku Kaiden dengan wajah yang cemas.
"Anak buah aku dah tangkap penyangak tu, tangan aku dah rasa gatal ni nak bunuh orang," sambungnya lagi.
Zayyan mendecik, dengan pantas dia memutarkan semula arah keretanya untuk pulang ke headquarter Dragon Force. Kalau Black Mamba sudah berani menghantar orang-orangnya untuk mengintip perbuatan mereka, sudah pasti mereka akan mengancam nyawa orang-orang yang berada disekeliling Zayyan dan Tengku Kaiden.
(Saya rasa macam tak puas hati dengan bab ni...tapi, tak apalah, untuk bab seterusnya saya akan buat biar puas hati,.. ENJOYED!)
Share this novel