Flashback

Fantasy Series 137904

Lutfi Adrian melangkah perlahan menaiki anak tangga menuju ke bilik anak majikannya. Dia kenal benar siapa Suraya Sofea kini tidak seperti dulu.

"Sayang, turun makan dulu. Jangan buat Papa marah ye," katanya, bernada lembut tapi mengandung ugutan, sambil mendekati Suraya.

Suraya Sofea hanya mendiamkan diri, memeluk lutut di atas katil.

"Papa tak sayangkan Aya... Papa cuma pentingkan kerja. Bukan Aya," balasnya perlahan, matanya berkaca.

"Kenapa cakap macam tu, sayang? Tak baik." pujuk Lutfi perlahan.

"Papa cari duit siang malam... semuanya untuk awak, baby." Dia duduk di sisi katil, cuba menangkap pandangan Suraya yang masih enggan bertentang mata.

"Pandang Uncle Aya sayang. Awak kena tahu... Papa awak tu cuma nak tengok anak dia yang cantik ni berjaya satu hari nanti."

"Tak bangga ke?" Dengan hati-hati, Lutfi mengendong tubuh kecil Suraya, mendukungnya turun ke bawah.

Namun, suara kecil itu menampar hatinya.

"Tapi... Papa suka pukul Aya, Uncle... Sakit." bisik Suraya sambil memeluk erat leher Lutfi, suara hampir tenggelam dalam tangis yang ditahan.

Sungguh Suraya Sofea takut.

Takut benar kalau Papa naik angin lagi… dan tubuh kecilnya menjadi sasaran seperti selalu.

“Dah puas merajuk, huh?” Suara Azhar kedengaran tajam, seiring pandangan matanya yang menikam tubuh kecil itu dalam pelukan Lutfi.

Lutfi Adrian pantas menjaga jaraknya sedikit ke belakang, cuba melindungi Suraya.

“Tengku, cukuplah… Baby Suraya masih kecil. Dia tak tahu apa-apa,” suara Lutfi tegas, namun masih penuh hormat.

Tengku Azhar mendengus kasar.

“Ni anak aku! Aku tahu macam mana nak ajar dia jadi anak yang tahu dengar kata, Lutfi.” Matanya tidak berganjak dari wajah anak kecil itu.

“Letak dia. Sekarang.”

“Tidak, Tengku!” Lutfi membentak berani.

“Kalau aku turunkan dia, mesti kau akan pukul Cik Suraya lagi.” Matanya merah menahan amarah.

Nafasnya turun naik, berusaha menahan diri.

“Cukuplah dengan sikap baran kau, Tengku!”

Tengku Azhar ketawa sinis, langkahnya mendekat selangkah.

“Hahaha… Aku baran ke, Lutfi? Budak ni… sepatutnya ikut ibu dia ke dalam kubur. Bukannya tinggal untuk menyusahkan aku hari-hari begini.”

Lutfi Adrian tergamam.

Kata-kata itu bagai racun yang menikam dadanya dan telinga kecil Suraya Sofea.

“Uncle!!” jerit Suraya tiba-tiba, suara tangisnya meledak. Tubuhnya menggigil dalam pelukan Lutfi.

“Jangan bagi Papa ambil Aya, Uncle… Aya takut… Aya tak nak sakit lagi…”

Lutfi Adrian peluk anak kecil itu lebih erat, memandang Tengku Azhar dengan mata berkilat.

“Engkau dah lupa ke, Tengku?” suara Lutfi bergetar, menahan sabar.

“Siapa sebenarnya yang menyebabkan Datin Suraya meninggal dunia dulu?”

Tengku Azhar membisu seketika. Wajahnya berubah tegang.

“Kenapa kau masih nak ungkit benda bodoh tu, Lutfi?” gertaknya, suaranya naik.

“Atau… jangan-jangan budak ni anak kau, hah?!” Soalan itu bergema di ruang tamu, berat, tajam seperti belati.

Suraya Sofea yang masih dalam dakapan Lutfi semakin kuat menangis.

“Uncle… Aya nak Mama… Aya nak Mama…”

Lutfi Adrian menunduk, cuba menenangkan si kecil. Tapi pandangannya kini tajam menikam Azhar.

Suraya Sofea mula jatuh hati pada Lutfi Adrian, lelaki yang tidak pernah kurang menunjukkan kasih sayang sejak dulu lagi. Sesekali, dia mahu Lutfi merasakan kehilangannya supaya lelaki itu sedar akan keberadaannya yang sering ada.

Dia ingin menguji, adakah benar Lutfi sentiasa mengambil berat tentang dirinya?

Dengan hati-hati, Suraya berjengket masuk ke pekarangan belakang rumah. Dia memanjat pagar di tepi rumahnya sendiri, berharap agar tidak ada sesiapa yang melihat.

“Harap-harap tak kantoi lah...” bisiknya perlahan sambil terus memanjat, mengerah tenaga wanitanya yang sedikit tapi cukup untuk sampai ke seberang.

Suraya Sofea bersungguh-sungguh memanjat pagar yang tinggi menjulang itu tanpa sedikit pun rasa gentar. Ketinggian bukanlah sesuatu yang pernah menakutkannya.

“Fuh, sikit lagi,” gumamnya, cuba memberanikan diri untuk melompat ke dalam kawasan rumah.

“Aya…” tegur satu suara tenang dari arah luar.

Suraya Sofea terkejut, hampir hilang keseimbangan. Lutfi Adrian sedang berdiri di sisi pagar, menggeleng kepala sambil menahan senyum.

“Uncle...??” ucap Suraya tergamam, wajahnya merah padam dek kantoi di tempat yang tak sepatutnya.

“Pintu depan tu tak ada ke, sayang? Sampai sanggup panjat dinding segala ni, hmm?” tegur Lutfi sambil bercekak pinggang, matanya tajam tapi penuh bimbang.

“Alamak... kantoi jugak! Ehehe...” Suraya tergelak kecil, cuba menutup rasa bersalah.

“Turun sekarang. Kalau Papa nampak awak macam ni memang kena marah nanti, Aya,” arah Lutfi tegas, sebelum mula memanjat tangga untuk mendekatinya.

“Uncle... please, jangan dekat!” Suraya panik, menolak Lutfi dengan cemas.

Tiba-tiba

“Aya! Apa awak buat ni?!”

GEDEBUK!

“Uncle!!!”

Mereka berdua jatuh ke tanah serentak, berpunca daripada tolakan Suraya yang tak sengaja. Namun Lutfi tetap berdegil mahu mendekati.

“Aduh... hati-hatilah, Aya...” keluh Lutfi sambil menggeliat kesakitan di tanah keras itu.

“Uncle! Sorry, sorry!” Suraya cepat-cepat bangun dari tubuh Lutfi, panik dan malu bercampur satu.

“Kenapa degil sangat ni? Uncle tak ajar jadi macam ni tau,” tegur Lutfi sambil mencengkam lembut kedua pipi Suraya dengan tapak tangannya, membuatkan jantung gadis itu berdegup laju.

“Hehe, sorry Uncle... Aya tak sengaja lah. Maaf, ya?” Suraya mengenyit mata manja.

“Aya sayang Uncle Lutfi banyak-banyak tau! Hihihi...” katanya sambil berlari anak masuk ke dalam rumah.

“Masuk tu baik-baik. Nanti Uncle suruh Bibik buatkan makanan untuk Aya... hantar ke atas,” Lutfi menggeleng kepala perlahan, senyum kecil terukir di bibirnya.

“Okey, Uncle! I love you!” Suraya melambai ceria sebelum menghilang ke dalam rumah.

Namun, kata-kata itu... hanya dibiarkan berlalu begitu sahaja oleh Lutfi Adrian. Tidak dibalas. Tidak dijawab. Ia tergantung di udara manis, tetapi sunyi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience