Rate

•EPISOD 39 BERBAIK SEMULA

Fanfiction Completed 134973

Kini Lutfi dan Suraya berjalan-jalan di sekeliling rumah saja.. Maklum kepalanya masih sakit kadang-kadang kesakitan di kepala kerap menyerang tanpa sebab.

Jadi Lutfi akan sentiasa menjaga Suraya di mana saja Suraya berada.

"Aya duduk dulu sini kejap lagi Uncle suruh Maid buat air coco ya.." Lutfi memapah bahu Suraya untuk duduk semula di kerusi taman.

"Okey.. Uncle ni risau sangatlah bukan Aya hilang ingatan pun.." Suraya terus duduk sesekali kepalanya turut terasa ngilu.

"Mestilah Uncle risau sebab Uncle nak jaga awak nak berbaik dengan awak Aya.."

"Erm rasanya dah berbulan Aya block laman sosial uncle kan?" Lutfi tergelak sendiri.

Terkedu Suraya di situ sedangkan nombor fhone lelaki itu pun sudah di delete.

"Uncle balik kerja pukul berapa hari ni..?" Suraya tukar perbualan.

"Kejap lagi Papa awak balik uncle baliklah. Kenapa tetiba macam nak halau Uncle jer ni tak suka dengan Uncle dah ke Aya..?" Wajahnya sedikit muram.

dulu Suraya tak pernah bertanya begini padanya tapi sekarang Suraya seperti tak selesa dengan diri dia.

"Aya tanye jer.." Suraya memerhati di garaj sebiji kereta sudah tak ada maksud Syed pun tak ada.

"Boleh Uncle tanya sikit..?" Kini anak mata Suraya di renung dalam-dalam.

"Boleh tanya jelah Uncle nak tanya ape tadi..?" Suraya melarikan anak mata ke pokok bunga orked yang tergantung di situ.

"Aya... Aya masih marahkan Uncle ke? Erm.. Aya tak apa-apa kan tengok kekasih Uncle kelmarin..?" Beberapa soalan sudah di lempar pada anak majikan dia.

"Untuk ape Aya nak marah.? Cik tu memang sesuai sangat dengan Uncle."

"Cantik.. pandai ambil hati Uncle.. dan mesti dia baik.. Aya suke orang macam tu beruntung badan cik tu hihi." Suraya sudah bangun pokok hutan di belakang rumah.

Kabus juga masih berterbangan di langit.

Dalam masa yang sama dia sudah tidak ada rasa apa-apa lagi pada jejaka itu.

"Jadi Aya setuju ke kalau Uncle kahwin dengan perempuan tu..? Aya.. Uncle tunggu Aya balik dari belajar nanti baru Uncle dengan dia berkahwin boleh tak."

"Um sebab Uncle nak Aya ada masa Uncle naik pelamin nanti." Jujur Lutfi.

Suraya hanya mampu mengangguk tiada lagi kata-kata mampu di ungkapkan selepas Lutfi berkata begitu.

"Terima kasih Aya.." Lutfi sudah di belakang Suraya sejak tadi dia cuba kuatkan hati untuk menyatakan begitu, dia tak mahu Suraya berharap pada dirinya lagi.

Suraya mengangguk lagi.

Hatinya cukup sakit tapi..

Dia cubakan kuatkan iman tapi..

Dia cuba kukuhkan hati untuk tidak cemburu pada kekasih hati Lutfi Tetapi.

Dia hanya seorang perempuan yang masih belum cukup umur untuk memikirkan tentang hati sendiri. Biarlah dia lepaskan masa lalu tanpa menyakiti hati sesiapa pun.

"Uncle.. Aya masuk ke dalam dulu nak rehat.." Tanpa sedar dirinya sudah pun melangkah terlebih dahulu sebelum Lutfi sempat melakukan apa-apa tindakan disitu.

"Aya..." Lutfi hanya mampu melepaskan Suraya ke dalam rumah dia tahu bagaimana rasa sakit hati.

Suraya sudah dewasa.

Suraya menghubungi seseorang di ruang tamu. Dia berjalan ke sana sini dengan gelisah, Macam mana pun dia mahu susahkan Syed juga.

TUT

TUT

CLACK

"Hello sayang ada apa call Uncle ni..?" Terdengar jelas suara teruja Syed di sana.

"Uncle, Sayang lapar.. tolong belikan aiscream boleh tak? Nak vanilla coklat." Suraya menyilang kaki ke peha kiri.

"Aik kenapa tak makan nasi..? Sayang jangan makan benda dingin selalu tak elok untuk kesihatan tau tak..?"

"Babap karang.." Syed tersenyum lebar kerana gadis itu masih mengingati dirinya.

"Ala satu jer nak yang bekas besar, Bolehlah ekk sayang teringin sangat ni.." Perutnya di ulas berulang kali.

"Yela, Nanti Uncle belikan nak apa-apa lagi tak? Roti ke coklat ke atau minum ke?" Ia mengeluarkan sesuatu di dalam poket.

"Nak air milo kotak besar satu please dengan roti ikan bilis satu aiscream vanilla coklat satu okey dah cukup.." Suraya sengeh sendiri dia pantang betul kalau orang semawa lebih-lebih.

"Ok sayang.. nanti Uncle belikan."

Lutfi memerhati kelakuan Suraya dari tadi dia jadi serba salah.. dia ada bersama Suraya sekarang tapi kenapa Suraya meminta dengan orang lain!

Kenapa bukan dengannya..

"Aya.. Aya nak makan apa-apa ke? Uncle boleh tolong belikan untuk Aya." Lutfi mendekatkan diri.

Terkedu kejap Suraya disitu dia tak tahu nak cakap apa-apa lagi.

"Erk emm.. takde! Aya takde nak makan ape-ape pun perut ni kenyang lagi hihihi Aya naik ke atas dululah nak rehat.." Suraya menapak naik ke bilik tanpa melihat ke belakang lagi.

Dia jadi tak selesa dengan Lutfi dia takut dia akan jatuh hati dengan Lutfi lagi. Dan itu sangat tak relevan langsung di dalam dirinya sekarang.

"Kenapa Aya buat macam ni dekat Uncle..? Aya dah berubah.. Aya betul-betul dah berubah.." Air mata yang berair di tepi pipi di usap kasar.

Lutfi melangkah kaki keluar dari rumah tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience