Rate

•EPISOD 47 DI LANGGAR

Fanfiction Completed 134973

Di ruang kolam renang.

Azhar, Syed dan Suraya berada di sana untuk seketika waktu.

Azhar hanya mendiamkan diri setelah Syed membuat hajat untuk Suraya balik ke KL dan sambung belajar.

"Macam mana Tengku, Kau dah fikir masak-masak ke tentang hal tadi..?" Syed memerhati pada Azhar lama.

"Aku.. aku tengah fikir ni.." Azhar seperti biasa fikir tak fikir sama saja beku.

"Kau tak nak tengok anak kau berjaya ke Azhar.? Enkau tak segan dengan kawan-kawan kau bila anak kau ni di kurung disini oleh bapak sendiri.."

"Kenapa keras betul hati kau Tengku." Syed menjeling pada wajah Azhar.

"Uncle Syed.. Aya tak apa-apa Aya boleh jer duduk sini lagipun Maid dekat sini ramai

"Em Aya boleh jaga diri baik-baik." Suraya menundukkan kepala.

"Oh.. jadi tak nak sekolah tak nak jumpa dengan kawan-kawan lagi.? Nak kawan dengan beruk ke..?"

"Maid tu dia suka atau tak dia tetap dapat pendapatan bulanan."

"Cik Suraya pula duduk sini dapat apa? Dapat Obesiti ke..?" Perli Syed depan-depan.

Suraya menelan airliur payah.

"Uncle datang sini nak bawa Cik Suraya balik ke KL dan sambung belajar di sana."

"Tapi kalau Papa awak masih berdegil nak biarkan awak duduk sini Uncle berhenti kerja.." Syed sudah pun bangun dari duduk.

Terbeliak mata Suraya bila Syed berkata begitu.

"Uncle sabarlah.. aduhai biar lah Papa fikir dulu ye, Aya memang nak balik KL"

"Aya nak sambung belajar Aya betul-betul ni, Aya tak main-main.." Dia sudah bangun dan lengan Syed di peluk erat.

Azhar mengeluh kasar dia buntu akal.

"Tak apalah Cik Suraya dengan Tengku bincanglah dulu Uncle dah terlanjur cakap kasar dengan Tengku dan Cik Suraya tadi.."

"Uncle Syed minta diri dulu."

"Uncle minta maaf kalau kata-kata Uncle tadi mendesak korang." Syed menunduk kepala perlahan.

dia berundur setapak ke belakang langsung dia beredar dari situ.

"Uncle.. Uncle janganlah pergi... Uncle tunggulah Aya..!!" Terus Suraya memerhati pada Papanya.

"Papa..!! Papa memang nak kurung Aya dekat sini macam Papa kurung Mama dulu ke..?"

"Ini je ke jalan penyelesaian terbaik untuk Aya Papa..?? Ini ke.."

"Argh sampai hati Papa kan.."

"Aya jaga mulut kau tu." Azhar menengking kuat pada anaknya.

"Jaga mulut Aya.? Hahaha.. Mungkin Aya ni bukan anak Papa rasanya sebab tu Papa tak pernah sayangkan Aya langsung.."

"Papa balik saja lah Aya nak duduk dekat sini sampai bila-bila.." Suraya berlari keluar dari ruang santai itu.

Azhar memejam mata dia terkesan dengan kata-kata Suraya.

Anaknya bukan binatang bila bersalah dihukum langsung terus kena kurung.

Syed sampai di depan rumah Rusli terus mendapatkan Syed yang lagi turun dari rumah itu.

"Mana Cik Suraya..? Dia ikut kita balik tak.." Rusli memerhati di belakang Syed.

"Tak.. kau bawa aku balik KL sekarang aku ada hal kat sana lagi." Syed berjalan ke kereta terus dia membuka pintu.

ia harus melepaskan gadis itu.

"Okey.." Rusli sudah membuka pintu kereta.

"Uncleee !! Tunggu..." Suraya terus berlari mendapatkan Syed yang sudah masuk ke dalam kereta.

dia langsung tak perdulikan Suraya di luar kereta lagi.

"Uncle tunggulah Aya nak ikut !! Uncle.. !!!" Suraya menangis bila kereta itu sudah mengundur ke belakang.

"Aya!! Sudah.." Tempik Azhar dengan mendapatkan anaknya yang sudah terduduk dengan menangis semahu-mahunya.

Kereta Rusli sudah pun keluar dari perkarangan rumah itu. Syed membatukan hatinya jujur dia sedih dia sakit hati kerana membuat begitu pada Suraya.

Tapi dia ada hak untuk berhenti dari menghampakan diri lagi pada Azhar.

"Uncleeeeeeee!!!!!! Arghhhhh Uncle jahat!! Aya benci Uncle!!!"

"Uncleee tolonglah jangan tinggalkan Aya.." Tubuh Azhar di tolak dia kembali mengejar kereta Rusli yang sudah jauh dari kawasan pedalaman hutan itu.

"Aaaayaaaaa!!!!!" Azhar tak sempat nak selamatkan Suraya dari di langgar oleh sebuah kereta entah dari mana.

BRAK

"Un.." Suraya terus memuntahkan darah yang banyak dia terbaring mengedik, sakit akibat di langgar begitu akhirnya Suraya tak sedarkan diri lagi.

"Allah.. Ayaaaa!!! Bangun nak bangun!! Jangan buat Papa macam ni jangan tinggalkan Papa nak.." Azhar memeluk tubuh lembut itu dengan ratapan airmata.

Beberapa orang Bodyguard Azhar sudah mengejar kereta tadi..

Azhar menangis tak henti-henti, dia tak sanggup kehilangan orang yang dia sayang lagi..

"Tengku.. kita bawa cik Suraya pergi hospital dulu.." Adham cuba memapah tubuh Azhar tapi Azhar sendiri yang bangun.

Dia terus mencembung tubuh anaknya masuk ke dalam kereta dengan darah penuh di baju.

"Allah... kau jangan ambil anak aku dia satu-satunya anak aku. "

"Dia satu-satunya orang yang aku sayang.!!"

"Tolonglah kau sembuhkan dia.." Pipi dan bibir Suraya di lap dengan ibu jari terketar-ketar tangan nya mengelap airmata dipipi Suraya.

Memori lama sudah pun berlegar-legar di dalam ruang otaknya dia menggeleng kepala.

"Sampai hati hubby bunuh anak kite.."

"Sue.. Sue.." Azhar memerhati sekeliling dia mendengar jelas suara sayup-sayup itu berbisik di telinga dia tadi.

Sedangkan anaknya masih di riba dalam keadaan tak sedarkan diri lagi.

Dalam dilema.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience