Rate

•EPISOD 14 HANI MEMBUAT KECOH

Fanfiction Completed 134973

Zahirah dan Zahara melambai tangan padanya. Mereka mahu berbual kosong dengan gadis kecil itu. Sejak dua menjak ia mewarnai rambut.

Namanya selalu jadi sebutan para-para lelaki di sana sini.

"Sue."

"Sue nanti." Mereka berdua berlari mendapatkan Suraya di koridor.

"Eh korang ada apa ni..?" Ia berhenti berjalan ke perpustakaan terdekat.

"Kau makin cantik sekarang dah pakai skincare ke? Dulu lain sekarang dah lain.." Tegur Zahara dengan mencubit pipi Suraya.

"Ha'ah aku pakai make up buat alas pucat." Suraya mematikan senyuman.

"Babe."

"Hm."

"Tadi kitorang dengar Hani nak jumpa kau dekat padang, dia nak ambil hak kau sebagai ketua sukan."

"Dia dah umum dekat guru besar tadi.." Zahirah menambah cerita lagi.

"Oooh yeke perduli pula aku dengan dia."

Kalau korang jumpa dengan dia cakap aku tak kisah dia nak ambil sekolah ni sekali pun."

"Eh tak berbaloi pun." Suraya menjuling mata naik keatas.

"Tapi dia cabar kau Sue dia cakap kau penakut. !! Kau mesti lawan dia balik Sue." Tambah Zahara lagi.

"Betul tu. Aku sendiri cakap yang engkau penakut." Hani bercekak pinggang.

Suraya beralih kearah suara itu.

"Kau lagi? Tak habis-habis hidup kau nak ganggu aku selama ni bukan. Kenapa ya.?"

"Kenapa.? Kenapa kau tanya.? Sini aku ceritakan."

"Aku nak hak aku sebagai ketua pasukan. Cepat lucutkan jawatan kau tu."

"Hahaha. Kenapa kau tak minta saja pada pengurusi sukan. Hani." Suraya tayang senyuman sinis.

"Aku nak kau lucut jawatan kau sekarang !!! Ataupun kau nak aku buka rahsia, kau bunuh Zafrul dan Aidan."

"Nak ke.?" Hanida menjerit lagi.

"Hahaha. Alahai kesian nye dengan seorang gadis bernama Hanida ni.."

"Aku tak takut sebab aku bukan orang yang bunuh mereka. Kau jangan reka cerita."

"Aku tak takut." Suraya bergegas beredar pergi.

"Aku nak jadi ketua pasukan !!! Kau dengar tak."

"Tak.."

"Kau jangan kurang ajar Sue. !!" Hani terus berlari mendapatkan Suraya di tepi tangga.

"Kau apahal." Suraya terus menolak tubuh Hani ke tepi.

"Aku cabar kau lucutkan jawatan kau sebagai ketua sukan sekarang, Itu buktinya kalau betul kau tak bunuh Zafrul dan Aidan, Suraya.." Hani memekik kuat.

Beberapa orang sudah berkerumun di depan perpustakaan.

Suraya beralih pada Hani dia kembali melangkah pada perempuan itu dengan lenggok tubuh gedik.

"Psttt.. kalau benar aku bunuh Zafrul dan Aidan lebih baik aku campak kau ke kandang buaya dulu biar mulut celupar kau ni mengelupur di sana."

"Tapi kenapa aku tak buat macam tu.?! Sebab aku ada otak." Suraya menolak dada Hani dengan hujung jari dengan kasar.

"Kau pembunuh!!! Pembunuh."

"Egkau memang pembunuh.." Hani menunding jari pada Suraya di depan orang ramai.

"Tengok lah kera kehilangan maknya."

"Guys ini lah contohnya guys. Hahaha." Zahirah tergelak lucu.

"Kesian dengan kau ni Hani. Sayangnya orang tak kisah pun tentang perangai gila kau tu." Zahara mengejek Hanida di depan orang ramai.

Zahara dan Zahirah berlari anak mengikuti langkah Suraya ke perpustakaan.

"Argh Suraya.. !!! Aku benci kau, aku akan pastikan kau ke lokap nanti. Kau tunggu."

"Engkau tunggu pembalasan dari aku." Dia berlari terus ke ruang guru besar di tingkat enam.

Shah Mikail tergelak besar dengan ugutan anak muridnya yang satu ini. Hani terkejut apabila lelaki itu tiada tanda-tanda untuk takut dengan ugutannya.

"Maafkan saya Hanida saya tak boleh sesuka hati melucut jawatan seseorang lagipun Suraya sudah lama handle acara sukan ni."

"Dia paling layak.."

"Awak masih baru dan awak tak mempunyai prestasi yang bagus di sekolah ini.." Tegas Shah Mikail di depan Hani.

"I tak kira I nak juga jawatan tu!!! Kalau tidak I takkan benarkan Papa I share saham di sekolah ni lagi."

"You faham tak ni.?" Ugut Hani dengan senyuman sinis.

"Nak saya sebutkan nama-nama terbesar yang memberi sumbangan kepada sekolah kita ni ke cik Hanida..?"

"Baca ini." Shah Mikail memberi sebuah fail merah pada Hani.

"Diorang lagi banyak share saham ke dalam sekolah kita ni Hanida, kalau cik Hani nak cakap Papa cik Hani hanya sumbangkan sebanyak sepuluh ribu dalam setahun."

"Maaf itu tak menjaminkan apa-apa pun." Lembut saja percakapannya.

"Tengku Azhar Sulaiman memberi sumbangan sebanyak seratus ribu, perbulan."

"Dato Zailan Adli memberi sumbangan sebanyak tiga puluh ribu, perbulan."

"Datin Fadilah memberi sumbangan sebanyak dua puluh ribu, perbulan."

"Datin Asmirah memberi sumbangan sebanyak lima puluh ribu, perbulan."

"Mohd Zahid amshar memberi sumbangan sebanyak lapan belas ribu, perbulan."

Ia terkedu sendiri.

"Dah puas hati cik Hani?"

"I.. I minta diri dulu.." Hani terus mengangkat kaki keluar dari ruangan itu dengan sakit hati.

Anatasha menyekat laluan Hani untuk ke ruangan lift. Ia masih geram dengan sikap seorang gadis bernama Hanida.

"Hye. Hye.. nanti."

"Apa kau nak ni."

"Tepi lah aku tak ganggu hidup kau pun.." Hani memandang kearah lain.

"Memang kau tak ganggu aku tapi kau ganggu kakak aku."

"Hoi Hanida aku dengar kau cari gaduh dengan dia tadi betul ke...?" Kini tubuh Hani di tolak ke dinding dengan kasar.

"Sakitlah !!! Dia yang cari pasal dengan aku dulu memang aku cari dia sampai ke lubang cacing."

"Puas hati kau?" Hani menjerit kuat di depan wajah Anatasha.

"Ceh. Hey perempuan, kalau kau masih nak ganggu dia. Aku tak harap kau boleh buka mata lagi lepas ni lagi."

"What..?" Hani mula ketakutan.

"Oh aku dengar dia ada bodyguard baru standby baik-baik ya. Hahahaha..." Anatasha menampar pipi Hani dengan lembut.

dia pula segera pergi dari situ dengan tawa lepas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience