Rate

•EPISOD 24 KISAH SILAM

Fanfiction Completed 134973

Suraya pula sedang berlari di laman rumah dengan seekor kucing yang begitu manja dan gebu..

"Anak siapa ni.."

"Haish bibik buang bulu-bulu ni." Azhar segera melarikan diri ke belakang Lutfi.

"Bibik. !! Aku pecat korang nanti." Azhar sudah menjauhkan diri.

dia langsung tak menyukai binatang berbulu.

"Papa hahaha..." Suraya terus berlari mendapatkan Papanya dengan tawa mengekek.

"Haish jangan dekatlah Papa tak suka dengan benda tu.." Muncung bibir Azhar dengan mengelak diri dari binatang berbulu itu mendekati dirinya.

Suraya terus memeluk tubuh Azhar dengan gembira.

Lagi papa dia mengelak lagi dia mengejar hingga kakinya tersadung lantai di laman rumah.

"Aduh.."

"Ay.." Lutfi ingin mendapatkan Suraya tapi ia menggeleng kepala.

*Budak ni memang nakal.*

"Auchhhh!!! Papa huaaarrr sakit.."

"Papa nak dukung.." Suraya menangis seperti anak kecil.

"Kan Papa dah cakap !! Benda berbulu tu pembawa malang tau tak.."

"Sudah bangun !!" Ia terus mengendong anaknya.

perut Suraya sudah di letak atas bahu dia terus berjalan ke taman.

"Kaki Aya sakit Papa.." Suraya merengek minta perhatian.

"Yeke sakit bukan sedap ke..?"

"Oh tadi bukan main kejar Papa, mengada.." Azhar memerli anaknya cukup-cukup terus anaknya di letak atas meja.

"Hihihi sedap.." Kakinya di hayun ke depan belakang dengan senyuman dibibir dia bahagia.

sekarang Papanya sudah jarang duduk di office lagi kebanyakan masanya habis di rumah saja.

"Jatuh nanti Aya duduk baik-baik lah.." Peha anaknya di tampar sedikit kuat.

"Papa.." Bahu Azhar di cuit.

"Hmm ada apa Aya..?" Azhar memerhati fhonenya agak lama.

"Uncle Lutfi dah ade girlfriends belum..?" Kini wajahnya semakin di senyumkan lagi.

Azhar pandang mata coklat anaknya lama-lama..

"Sudah.. Papa pernah jumpa diorang dekat mall haritu kenapa tanya..?" Azhar hanya bersahaja.

Mati terus senyuman dibibir Suraya.

"Cantik tak..?" Suaranya semakin sayu hatinya dikuatkan juga dia tak ingin lemah di depan Papanya.

"Not bad lah. Tapi sebab dia tu ber make-up tebal so memang cantiklah.." Azhar membayangkan wajah wanita itu.

"Ooh I see.." Ia tersenyum hambar.

Lutfi mengigit bibir Azhar telah membuka cerita semuanya pada Suraya.

"Arwah Mama dulu make-up tebal tak Papa..?" Wajahnya di senyumkan lagi.

"Tak.. tapi Arwah Mama kau dulu jarang ber make-up dia lebih suka pakai berbaju kurung atau pun abaya saja."

"Oh." Suraya mengangguk kepala
"Dulu Papa takde rasa apa-apa pun dekat Mama kau masa kitorang baru berkahwin. tapi lama-lama Papa mula rasa Mama kau tu terlalu sempurna di mata Papa." ia tersenyum lebar.

"Jadi Papa tak nak sesapa pun tengok dia dekat luar sana nak pergi Mall pun Papa iring dengan bodyguard tau.." Ia tersenyum bagaikan Suraya di depannya sambil melambai tangan.

"Wah special.."

"Tapi itulah masa tu Papa tak fikirkan keselamatan Mama. Masa tu musuh Papa terlalu ramai mereka sanggup ikut Mama kau sampai ke dalam Mall."

"Papa.." Suraya segera mendekati Azhar.

Isk..

"Mereka sanggup letak bom semata-mata nak Papa tewas.." Azhar memejam mata rapat dia masih kenang kejadian itu.

"Sampai hati.." Suraya mengusap airmatanya yang mengalir laju turun ke pipi sambil tergelak sendu.

"Lepas tu ape jadi Papa..?" Suraya mengusap airmata Azhar di pipi.. Lutfi melihat tingkah Suraya dia mengemam bibir.

"Papa sempat selamatkan Mama kau Aya, tapi lepas Mall tu di letupkan Papa bawa Mama kau keluar dari sana."

"Bodyguard Papa ada yang mati masa Papa bawa Mama kau masuk ke dalam kereta tu."

"Kau nak tahu orang-orang Papa tak tahu pun yang kereta yang di naiki kami juga ada bom pemasa." Pantas airmata dipipi diseka kasar.

Semakin laju airmata di pipi Suraya mengalir.

"Hiks.. lagi Papa.." Airmatanya di sapu dengan hujung baju.. dalam tak sengaja Lutfi pun turut berduka hati.

"Kereta yang di naiki kami meletup di tengah jalan hutan. Papa sempat tolak Mama kau keluar dari kereta itu tetapi kedua bodyguard Papa mati di dalam kereta."

"Kami berdua pula sudah terbabas di curam Mama kau pula."

Hisk..

"Mama kau cakap.."

"Hubby lari jangan risaukan Sue.. cepat selamatkan diri Hubby dulu Sue tak apa-apa.."

"Kau tahu tak Aya."

"Darah di kepala dia mengalir laju tiba-tiba ada satu kereta tu muncul kereta tu milik orang-orang Papa."

"Dalam masa yang sama musuh Papa lagi ramai hinggakan ke lima-lima orang Papa di tembak tanpa belas kesian.." Azhar terus bangun dia tak sanggup untuk bercerita lagi.

Lutfi kembali menghayati cerita itu.

*Maafkan saya Datin, saya tak jaga anak Datin dengan bersungguh-sungguh.*

Dia adalah orang baru masa kejadian itu berlaku.

"Macam mane dengan Mama.. Pa.." Pinggang Azhar di peluknya erat.

dia menangis semahu-mahunya.

"Papa terpaksa lari dari situ. Musuh Papa terlalu ramai mengejar Papa masa tu Papa terpaksa selfish meninggalkan Mama kau di sana.."

"Papa lari turun ke gaung tetapi nasib Papa tak baik akhirnya Papa juga turut di tangkap oleh musuh ketat Papa ya itu Nash.." Azhar mengesat airmata di pipi lagi.

"Hiks.. hiks.. kenapa diorang kejam sangat Papa. Kenapa??" Suraya terduduk di tanah kakinya sudah lembut untuk tampung diri.

"Masa Papa sampai Mama kau dah di ikat dengan gari kesan tamparan di pipi Mama kau juga kelihatan hingga keluar darah pekat di tepi bibir.."

ISK

"Mama kau menggeleng kepala melihat Papa juga di tangkap lalu di bawa ke depannya." Azhar beralih tubuh Suraya di tarik masuk ke dalam pelukannya.

"Demi nyawa Papa dan kau dia sanggup berkorban nak.." Azhar membisik sayu di telinga Suraya.

Makin esak tangisnya Suraya.

"Diorang sangat jahat Papa.. Suraya benci mereka..!!" Pinggang Azhar semakin kejap dipeluk.

"Tapi untung saja tepat pada masanya Lutfi dan Syed sempat selamatkan kita masa Mama kau hampir-hampir kena tembak dulu."

"Tapi lepas peristiwa tu Papa tak serik Papa buat lagi kerja jahanam tu sampaikan Mama kau betul-betul tinggalkan Papa.." Azhar menangis sesungguhnya.

"Semoga Mama tenang di sana ya Papa.." Wajah Suraya di sembam pada dada Azhar.

"Saat itu Papa dah tak mahu bunuh orang lagi. Papa hanya mahu minta kerja sebagai doktor saja demi keselamatan kau, sayang.." Ubun-ubun Suraya di kucup lembut.

dia menyesal kehilangan orang tersayang di masa usia muda dulu.

"Papa harap kau maafkan Papa ya Aya.." Azhar memerhati mata coklat anaknya dalam-dalam.

"Aya maafkan Papa, Sampai mati pun Papa ialah ayah Aya." Suraya mengangguk laju dia kembali memeluk tubuh Azhar.

Lutfi mengelap airmata di pipi dia turut tersenyum melihat kedua anak beranak itu.

Sebenarnya kisah Azhar Dan Suraya di masa muda tu memang pernah bermain di dalam otakku yang comel ini.. cuma tulah tak publikkan jerw hehehe.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience