Rate

•EPISOD 54 MERINDUI DIA

Fanfiction Completed 134973

Hari berganti hari Lutfi mula mengingati memori dulu kala dia masih muda dan Suraya selalu di sisi sehingga dia sanggup mengambil alih sebagai ibu dan ayah kepada budak kecik bernama Suraya Sofea.

Bila Suraya semakin besar semuanya berubah dalam sekelip mata.

Ya dia salah mendidik Suraya hingga anak gadis itu menjadi menaruh hati padanya sekarang.

"Kau buat apa dekat sini.."

Lutfi Adrian mengalihkan pandangan matanya kearah suara tersebut.

"Aku.. aku saja duduk sini tadi hujan lebat." Bohong dia.

"Kalau rindu pergi lah jumpa dia dekat sana.." Syed tergelak kecil mendengar pembohongan Lutfi tadi.

"Aku tak rindu kat sesiapa pun! Kau jangan memandai boleh tak.." Lutfi meneguk air coke dengan lahap.

Syed masih tergelak sendiri.

"Laut mana tak di timpa badai rumah mana tak di tenggelami air banjir cakap mai agak-agak lah nak menipu aku pun haha.." Syed menepuk bahu Lutfi berkali-kali.

"Apa punya falsafah kau bedal ni Syed..? Teruk betul.." Lutfi menggeleng kepala.

"Hahaha entah lah aku tengok falsafah tu kat tiktok.. aku pun main hafal jelah.." Ia tersenyum lebar.

"Bongok punya member..!! hahaha" Lutfi tergelak besar.

"Haha.. biasalah otak simpul biawak mana nak dapat nak ingat ayat bernas memalam buta macam ni, walaupun duduk di tepi sekolah pulak tu.." Meledak tawanya lagi.

Lutfi baru perasan dia tunggu di bas stand berdekatan dengan sekolah Suraya..

ia mengigit bibir sendiri.

"Aku dengar Suraya dah pulih sepenuhnya sejak Azhar berubat dia dekat sana bulan lepas.." Syed memecahkan rahsia Azhar.

"Betul ke ni..? Kau jangan memain tau walaupun aku tak rapat dengan Azhar tapi."

"Aku tak nak ingat apa-apa pun tentang anak dia tu malas..!!" Ugut Lutfi dengan garang.

"Tapi kenapa Tengku ke sana pula, dua bulan lepas dah dia dah pergi jumpa Suraya lagi..?" Berkerut dahi Lutfi.

"Jantan sana sangap der. Macam kau jugak main sangap bukan nak ingat duniaa.."

"Adik Azhar bagitahu yang ada laki ni bawa Suraya ke pub hampir setiap malam."

"Kantoilah Suraya balik mabok-mabok bagai habis duit Suraya jantan tu bedal.." Adu Syed.

Terkedu Lutfi kejap.

"Kau ada alamat rumah adik Azhar tak..? ak6u nak pergi jenguk dia dekat sana."

"T-tapi kau jangan cakap yang aku nak ke sana nak jengukkan Suraya aku risaukan dia ni." Lutfi terus bangun dan berjalan kearah Syed.

"Itulah aku cakap kau rindu tapi tak nak cakap. Bodoh punya member.." Syed mengeluarkan fhone.

dia terus menghantar alamat kepada Lutfi melalui aplikasi WhatsApp.

"Kalau aku bodoh kau pun bodoh..!! Kau tu cuma tua aku dua tahun jer agak-agak sikit.." Lutfi menjeling geram pada Syed.

Mereka mula berperang mulut di tengah-tengah malam buta di stesen bus..

Hantu yang dengar perbualan mereka pun lari lintang pukang.

Seminggu kemudian.

Kaki Lutfi tiba di Belanda dia membawa beberapa pakaian dan barang peribadi saja.

Suraya sudah tunggu di luar tempat menunggu.

"Mane Uncle ni tak jadi datang ke..?" Ia memerhati dari luar pintu airport saja.

Lutfi Adrian berpakaian smart dan kemas sangat-sangat.

Janggut dan misai di trim halus.

Habislah wajah Suraya dia akan gomol nanti.

Dia segera keluar dari pintu airport itu dengan menarik satu bagasi dengan segera.

Melopong mulut Suraya dengan gaya tampan Lutfi, dia terlupa dengan kata-katanya sebelum ini bahawa dia cuma anggap Lutfi tak lebih dari seorang pakcik dan bekas bodyguardnya.

"Eh.. eh Uncle alamak lupa.." Ia bergegas mendapatkan Lutfi yang sudah berjalan mencari taksi sewa.

"Uncle!!! Uncleee waitttt.."

"Uncleeeeeeee Lutfi WAITTTT dont move arghhhh..." Laung Suraya dari belakang.

Lutfi beralih ke belakang dia membuka spek mata hitam, terbutang matanya melihat Suraya berlari laju kearahnya dengan melambai tangan padanya.

"Tunggu. Fuh fehat lari.." Sampai saja didepan Lutfi.

dia memegang baju T-shirt hijau lelaki itu dengan kuat.

"Hahaha.. dasar anak kecik." Lutfi ketawa mengekek.

"Haa afa..? Apa..? Apa..? Dasar anak kecik...? Hey pakcik handsome jangan cakap bukan-bukan ok."

"Kang tak balik Malaysia nanti baru tahu.." Hidung mancung Lutfi di cuit kasar.

"Hahaha sejak bila jadi gangster ni ,Uncle tak ajar tau.." Terus bahu Suraya di kepung lalu di tarik masuk ke dalam pelukannya.

"Hurmmm wanginya dia ni.." Suraya tersenyum lebar di dalam dakapan Lutfi.

"Tahu pun rindu.." Lutfi mengangguk perlahan.

"Cakkkk haaa..." Terus Suraya mengangkat wajahnya pada lelaki itu.

"Hahahahahaha.. Sudahlah ingat comel ke buat macam tu mana kereta Uncle nak drive ni.." Melilau dia cari kereta yang di bawa Suraya tadi.

"Dekat parking lah Uncle takkan dekat depan kapal terbang pula haish soalan pun cengkadak betul.." Pantas dia menjelir lidah pada Lutfi.

Naik kening Lutfi bila Suraya berkata begitu.

Ada yang rindu Suraya atau Aya..? angkat jari kat komen hehehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience