Rate

•EPISODE 67 BAWA HATI

Fanfiction Completed 134973

Seminggu sudah berlalu oksigen pernafasan masih bergerak seperti biasa.. Lutfi masih tak sedarkan diri Maya masih menanti dengan penuh tekun.

Tit

Tit

Tit

"Sayang bangun lah please.. I rindukan you sayang, I sanggup lakukan apa saja demi kesihatan you sayang.."

"You tak nak tengok muka I lagi ke? Please bangun I beg you Lutfi.." Maya mengenggam tangan jari jemari Lutfi

Dalam tangisan dia berdoa agar ada keajaiban muncul untuk suaminya yang lagi kaku di atas katil.

Pintu bilik wad Lutfi dibuka dari dalam.

Terlihat Anif dan Damia mendekat pada tubuh Maya..

"Hey.. macam mana dengan Lut.. dia dah sedar ke?" Damia memeluk tubuh Maya seketika.

"Damia.." terhincut-hincut bahunya menahan tangis di baju Damia.

"Sabar May, I tahu you kuat.. Lutfi pasti baik-baik saja you jangan terlalu bimbang eh."

"I tahu suami you pasti akan pulih seperti sediakala.." Anif menepuk bahu Lutfi perlahan.

"Maya, I turut simpati dengan apa yang terjadi atas nasib husband you ni.."

"Hm apa kata kalau you bawa husband you pergi berubat di luar negara mana tahu sakit husband you boleh membaik kan.." Anif mula memberi cadangan kepada Maya.

Maya mengankat wajah dia memerhati pada anak mata Anif dalam-dalam.

Ia mula berfikir sesuatu tentang Lutfi.

"I pun setuju dengan cadangan Anif tu Maya, Lama sangat husband you tak sedarkan diri ni."

"You tahu sajalah hospital ni.." Damia menepuk bahu Maya agar kawannya itu mengikut plan mereka.

"Hisk.. I cuba untuk bawa husband I ke sana.. I risaukan keselamatan dia Damia, Anif.."

"I tak tahu apa yang buat dia jadi begini. Luluh hati I tengok dia macam ni.." Ia kembali menangis semahu-mahunya.

"Biar I bincang dengan Tengku Fahrin untuk bawa Lutfi ke hospital besar di luar negara."

"Mana tahu dia boleh suggest mana tempat baik untuk kesihatan Lutfi ni ye." Damia memeluk erat tubuh Maya.

Maya mengangguk faham.

Semuanya berubah Lutfi yang dia sayangi terhampar lesu diatas katil..

Ya semua salahnya kerana mendesak beberapa lelaki itu membuat ujuan X-ray beberapa hari lepas.

Damia juga melihat dia mengangguk tanda setuju. Segala surat menyurat di sign oleh Maya.

Ia hanya mampu berdoa agar apa yang dia usahakan ini berhasil.

"Kau mesti buat semu ni demi husband kau Maya, dia tahu kau lah pembakaran semangat dia untuk teruskan hidup.."

"Sign ok.." Damia memujuk Maya untuk menurunkan tandatangan.

"Baiklah aku sign sekarang.." Maya terus menurunkan beberapa tandatangan di surat-surat itu.


ia masih terbayang wajah pucat Lutfi.

"Ni Tengku.. I dah siap tandatangan Tengku boleh tengok sendiri.." Maya mengesat airmata ia tersenyum hambar bila lelaki itu mengambil semula dokumen tadi.

"Terima kasih.." baiklah saya dah baca semuanya lusa saya dan rakan-rakan lain akan bawa Lutfi ke sana dengan kapal terbang persendirian."

"Awak nak ikut tak..?" Tengku Fahrin masih menanti kata-kata dari Maya.

"Maya.. kalau kau ikut nanti kerja kau dekat sini macam mana?"

"Kau dah ambil cuti seminggu lebih dah ni.."

"Kalau kau dibuang kerja nanti susah nak cari kerja baru wey." Damia sedikit berbisik ditelinga Maya.

Maya mengemam bibir sendiri dia buntu akal.

"Ermm.. tak apalah Tengku Fahrin boleh bawa lutfi pergi dulu."

"Jika dia dah sedar nanti I akan datang jenguk dia di sana.." Kedua tangannya digenggam..

Dia harus merelakan semua ini demi kesihatan suami dan bakal bapa pada anak-anaknya nanti.

Tengku Fahrin mengangguk mengerti.

Hari yang di nantikan. Fahrin dan rakan-rakan lain sudah bersedia berlepas ke Belanda.

Tubuh Lutfi di balut kemas agar tiada apa-apa yang berlaku di atas awan nanti.

"Tengku.." Maya menapak laju kearah katil di sisi Fahrin dan beberapa rakan lain.

"Ya Maya ada apa?" Fahrin menolak katil Lutfi kearah nurse tadi dan mereka membawa katil Lutfi naik ke kapal terbang dengan kargo kecil.

"Tolong tengokkan dia bagi pihak I.."

"I janji I akan bayar semuanya bila husband I kembali ke Malaysia nanti.." Wajahnya sedikit pucat, Hari-hari menangis.

"Saya akan usahakan sebaik mungkin, Awak jangan risau semuanya akan baik-baik saja dengan kami ya.." Fahrin menunduk kepala perlahan dia beransur pergi dari situ.

"Sayang take care, I akan sentiasa tunggu you dekat sini.."

"You jaga diri baik-baik jangan susahkan diri ye di sana.." Maya mula mengundur diri ke tepi tangga.

Kapal terbang persendirian mula berterbangan di awang-awangan.

Sayup mata Maya memerhati kapal terbang itu naik hingga menghilang di sebalik awan tebal.

"Maya.." Damia berjalan ke arah Maya dengan laju.

"Diorang dah pergi ke?" Damia memerhati sekeliling awan tetapi tiada apa-apa disana.

"Dah.. aku sedih bercampur gembira sebab kau dengan Anif dah banyak bantu aku."

"Terima kasih Damia.." Maya terus memeluk bahu Damia erat-erat.

"Sama-sama May, aku rasa lega sangat dapat bantu kau. Dan mujurlah Tengku Fahrin tu ada dekat sini bolehlah minta tolong dia humm.." Damia tersenyum kecil sambil meleraikan pelukan.

"Dia...?" Maya berjalan dengan Damia ke kereta yang agak jauh dari laman kapal terbang tadi.

"Nama dia Fahrin Afif.. Dia seorang doktor pakar dekat Belanda."

"Ramai orang sana kenal dia berbanding dengan orang negara sini."

"Title Tengku tu bukan hanya panggilan tetapi tu pangkat dari Raja Pahang sebab dia telah berjaya membedah otak anak tiri Raja Pahang dua tahun lepas hehehe.." Damia tersenyum bangga.

"Wah untunglah dapat title Tengku.. Orangnya pun handsome."

"Ehhhh.. husband aku lagii handsome berganda-ganda tau hahaha.." Sempat Maya memuji suami sendiri.

Damia tergelak besar melihat ghairah Maya memuji Lutfi.

Ada yang rindu..? serah jari di komentar..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience