Rate

•EPISOD 28 SPARING DENGAN SYED

Fanfiction Completed 134973

Lutfi dan Syed berada di atas gelanggang dan Azhar menjadi saksi di situ.

(Kau jangan harap nak dapatkan Suraya dia hak aku!!..) Fikirannya melayang kejap pada wajah cantik Suraya.

"Mula.." Azhar menepuk tangannya dengan senyuman dibibir.

Dia sudah terangkan di mana tempat kelemahan Lutfi pada Syed tadi..

Syed senyum sinis pada wajah Lutfi.

Dia menapak terus ke depan dengan gaya santai. Matanya tertumpu pada adoman Lutfi yang terluka akibat di operate setahun lepas.

"Majulah tunggu apalagi..?" Syed mencabar diri Lutfi di depannya.

Terus Lutfi menumbuk hampir mengenai pipi Syed tapi pantas Syed mengelak.

Ia terus menumbuk kuat pada adoman Lutfi. Dia tak mahu tunduk pada budak mentah itu lagi.

"Arghhhhhhh!!!! Sial.." Lutfi terduduk dengan menekan tempat luka dengan dalam.

kepalanya mula terasa berdenyut-denyut.

"Bro bangun..." Sinis saja kata-kata Syed di depan Lutfi.

Lutfi kembali bangun tapi luka di dalam terasa amat sakit dia perlu menjaga kerana tempat itu titik lemah dirinya.

"Lut.. come on kau jangan mengalah dulu" Azhar menjongket kening.

"Aku tak mengalah Tengku aku cuma letih sikit.." Bohong Lutfi dengan kembali berdiri.

"Haa begitu lah.." Azhar menepuk tangan dengan gembira.

*FLASHBACK*

"Aku nak kau ajar si Lutfi tu cukup-cukup jangan bagi muka dekat dia sikit, tapi ingat jangan sampai mati."

"Aku masih nakkan dia.." Azhar berkata di depan Syed.

"Tapi kenapa tiba-tiba ni Tengku.. Aku risau dia parah jer nanti kau tahukan kalau sparing tak pakai baju."

"Luka dia tu macam mana?" Syed memerhati kiri kanan di sekitar rumah besar itu.

"Itu yang aku mahukan.." Azhar menghisap rokok tapi separuh sudah dibuang ke dalam tong sampah.

"Tengku, ada apa-apa yang aku tak tahu ke..?" Syed terus bertanya.

"Kau rasa kenapa aku nak ajar si Lutfi tu cukup-cukup..?" Keningnya di jongket sekali dua.

Syed menggeleng kepala.

"Dia dah hancurkan masa depan anak aku!!"

"Dan aku takkan biarkan dia hidup senang.." Bahu Syed di tepuk perlahan dia terus melangkah kaki keluar dari rumah itu.

Azhar tersenyum sendiri bila Lutfi yang berada di depannya saat ini sudah tumbang akibat sparing dengan Syed.

"Bangun Lutfi takkan kau dah lembik dengan Si Syed ni." Azhar bangun dan berjalan ke gelanggang.

"Tak boleh Tengku perut aku sakit sangat ni.." Lutfi muntah darah dengan banyak dia langsung tak boleh bangun.

"Halaaah kau ni.. Lembik betul baru berapa pusingan dah rebah belah lah kau." Azhar terus beredar dari situ dengan tawa mengekek.

"Lut bangun aku tolong.." Syed cuba memapah tubuh Lutfi tapi segera lelaki itu menolak Syed jauh darinya.

"Mungkin hari ni hari bertuah kau Syed! Tapi kau kena ingat tak selamanya hari kau.." Lutfi meludah darah ke lantai.

Dia berjalan turun dari gelanggang dengan menekan adoman dengan kuat.

Syed membuka pelekap gigi dan sarung tangan dia terus duduk di tengah-tengah gelanggang sorang diri.

Selepas Lutfi dapat balutan kali kedua dia bangun dari katil dan berjalan perlahan-lahan ke arah doktor.

"Keadaan awak teruk ni Lutfi.. awak perlu menjalani operasi pembersihan di dalam perut awak tu.."

"Kesan luka macam ni akan membaik selepas pihak kami menjalani jahitan untuk kali kedua."

"Bahaya kalau awak balut saja kesan luka tu.." Maya pandang wajah Lutfi dalam kerisauan.

"Tak apa saya boleh tahan lagi.."

"Awak janganlah risau walau apa pun terjadi saya tetap akan berkahwin dengan awak Maya." Pipi Maya di usap lembut.

"Tapi.. ni bukan luka biasa-biasa awak tolonglah jangan degil macam budak-budak please.." Maya mengenggam tangan Lutfi dia takut kehilangan lelaki itu.

"Saya tak apa-apa.. Lepas makan ubat nanti luka ni sembuhlah ya"

"And please jangan risau tau." Wajah Maya di pandang kejap dia tak melihat Maya saat ini malah wajah Suraya di lihatnya..

"Kenapa Suraya tak perdulikan aku lagi..? Dia cakap okay.."

"Tapi hati dia macam mana pula!! Perlu ke aku cakap aku cintakan dia juga tapi macam mana pula dengan Maya.?" Fikirannya ligat menyalahi diri sendiri.

"Awaak.. masih sakit lagi ke..?"

"Awak tunggu kejap saya ambilkan ubat dulu untuk awak ya.." Maya mengambil resit ubat lalu dia bergegas keluar dari bilik itu.

Sedangkan Lutfi berperang dengan perasaan sendiri.

"Dia masih perlukan kau ke Lutfi..? Dia dah bebaskan kau dia tak perlukan kau lagi Lutfi."

"Hahaha. Semua ni salah diri kau bukan salah dia.." Fikirannya semakin berserabut.

"Kau kena sedar dia dah ada syed dia tak perlukan kau lagi!!! Dia lebih selesa dengan jantan tak guna tu. Kau tahu tak..?"

"Argh sial!!!! Bodoh.. bodoh kau Lutfi!!! Kau yang tolak cinta dia, kenapa sekarang kau perlu fikir semua ni lagi..!!!" Lutfi memegang erat rambutnya.

Maya terkedu sendiri di depan muka pintu dia tak pernah melihat sisi Lutfi begitu ada apa dengan Lutfi.

"Awak..." Maya bersuara perlahan di belakang Lutfi.

"Huh. Ehem ke mana awak tadi..?" Lutfi tersenyum pada Maya.

"Saya pergi ambil ubat awak tadi."

"Ini ambil makan ubat dulu sebelum balik ye.." Maya memberi ubat dan air putih di depan Lutfi.

"Oh terima kasih Maya.." Ia mula mengeluarkan ubat beberapa biji dan langsung di telan.

air diambil lalu diteguk rakus hingga habis satu botol.

"Sama-sama.." Maya mula rasa Lutfi menyimpan sesuatu perkara dari dirinya.

"Saya balik dulu nak ambil Suraya dekat class pula bye.." Ubat di ambil lalu dia menyimpan ke dalam poket.

Beberapa keping duit kertas rm100 di letak atas meja Maya.

JENG JENG JENG..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience